PM Umum Tol Percuma Kepada Rakyat Malaysia

PM Umum Tol Percuma Kepada Rakyat Malaysia

PM Umum Tol Percuma Kepada Rakyat Malaysia. Terbaru! Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru sahaja telah mengumumkan pengecualian tol pada Jumaat dan Sabtu ini sempena Tahun Baharu Cina.

Menurut Dato seri Anwar berkata, semua jenis kenderaan di seluruh negara akan mendapat pengecualian tersebut. Ini adalah merupakan satu berita gembira kepada rakyat Malaysia khususnya untuk meraikan mereka yang pulang ke kampun halaman.

PM Umum Tol Percuma Kepada Rakyat Malaysia

“Berita baik, untuk Tahun Baharu Cina, menteri kerja raya dan menteri pengangkutan mengambil inisiatif bincang dengan dua syarikat konsesi dan setuju supaya ditiadakan tol bagi 20 dan 21 (Januari),” katanya dalam sidang media di Putrajaya sebentar tadi.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya berhati-hati dan mematuhi undang-undang supaya kemalangan dapat dielakkan.

Kerajaan Perpaduan Akan Terus Berterusan Membantu Rakyat Malaysia

Syukur dengan berita gembira yang baharu sahaja diumumkan oleh perdana menteri Malaysia. Melalui pengumuman tersebut akan banyak membantu rakyat Malaysia dalam membantu mengurangkan bebanan hidup.

Kerajaan perpaduan akan terus komited dalam membantu pelbagai aspek untuk kepentingan rakyat dan negara. Usaha kerajaan adalah jelas untuk membangunkan semula negara.

Sumbangan Tunai Rahmah Diberikan Sebagai Tanda Kerajaan Menghargai Rakyat

Baru sahaja diumumkan beberapa hari lepas dengan pemberian bantuan kewangan secara tunai yang dikenali sebagai Bantuan STR.

Ramai rakyat yang senang akan pemberian tersebut oleh kerajaan Malaysia. Ia dilihat membantu ramai golongan antara bujang dan isi rumah. Hal ini akan meringankan mereka yang terbeban.

Disalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Bernilai RM1.67 Bilion Secara Berperingkat Mulai 17 Januari 2023 (Selasa)

Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.

Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Maka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.

Pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa) seperti pada jadual di bawah.

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.

Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.

Perdana Menteri 10 “Perform” Untuk Beberapa Bulan Ini

Sesudah diberi mandat dan kuasa untuk terajui negara, kini tiba masanya untuk rakyat Malaysia menilai dan melihat sendiri keupayaan tan sri anwar ibrahim selaku perdana Menteri Malaysia.

PM sebelum ini baru sahaja mengadakan sesi dialog Belanjawan 2023 bersama jabatan-jabatan kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) di Kementerian Kewangan.

PM juga mengingatkan bahawa kita tidak boleh ada sikap selesa terutamanya melibatkan aspek ekonomi yang merudum. Sebaliknya, harus segera mencari jalan dalam bidang-bidang baharu.

Menurutnya lagi,Ini kerana ekonomi masih dianggap malap. Ia juga berkait perkembangan geopolitik saat ini serta serangan COVID-19 yang belum menzahirkan kekuatan kepada ekonomi kita.

PM :Antara sektor yang akan diberikan tumpuan

Menurut PM antara sektor yang diberikan tumpuan adalah pendidikan, kesihatan, teknologi hijau, ekonomi digital dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

PM juga tegaskan bahawa Belanjawan 2023 harus mengambilkira pendekatan yang realistik yang mencakup keadaan ekonomi semasa.

Sekiranya ada keperluan untuk membuat perubahan, kerajaan akan lakukan kerana mandat diberikan adalah mandat untuk melakukan perubahan.

PM Sempena Tahun Baharu 2023

Semasa PM di acara Perhimpunan dan Amanat Tahun Baru 2023 bersama warga Kementerian Kewangan. Yang mana, Turut hadir kedua-dua Timbalan Menteri Kewangan serta Pengurusan Tertinggi.

Menurut PM, Anjakan yang mahu  pasakkan saat ini memerlukan keterlibatan dan komitmen semua terutamanya Kementerian Kewangan.

Kekangan saat ini dari segi kelembaban ekonomi tidak harus mengesankan rencana kerajaan dalam mengangkat islah untuk rakyat.

Anwar juga jelaskan, turut tegaskan kecurangan di masa lalu itu berlaku kerana ada kelemahan di peringkat sistem yang terlalu sistemik, dan tidak didepani dengan baik.

Di bawah Kemudi Kerajaan Perpaduan..

budaya dan etika baru pemerintahan sedang digerakkan kerana kita mahu tatanan ini menjadi teladan yang terbaik, dan dalam masa yang sama memberi pembelaan yang sewajarnya kepada rakyat terbanyak.

Semoga Malaysia Terus Maju Jaya!

Kerajaan dibawah tan sri anwar Ibrahim akan terus berusah untuk membawa yang terbaik untuk rakyat.Melalui berita PM Umum Tol Percuma Kepada Rakyat Malaysia ia merupakan satu berita yang melegakan semua rakyat Malaysia. Kerajaan Perpaduan bersatu untuk rakyat Malaysia.