Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Resepi Bubur Kacang Hijau Sedap dan Lazat

bubur kacang hijau
Resepi Bubur Kacang Hijau

Bubur kacang hijau merupakan salah satu makanan yang sangat popular di Asia. Terbuat daripada kacang hijau yang direbus hingga lembut dan kemudian dicampur dengan santan serta gula, bubur ini mempunyai kombinasi rasa yang manis , lazat dengan tekstur cecair berbutir yang lembut.

Kelazatan bubur kacang ini tidak hanya terletak pada rasanya yang memikat namun juga nilai gizinya yang tinggi. Kacang hijau yang kaya dengan protein, serat serta nutrisi lainnya membuatkannya pilihan sihat untuk orang ramai.

Makanan ini juga adalah salah satu hidangan tradisional negara-negara Asia pada zaman dahulu. Dari Vietnam hingga ke Indonesia dan Malaysia, setiap negara mempunyai caranya yang tersendiri untuk menghasilkan hidangan ini. Marilah kita mengetahui secara mendalam tentang hidangan ini, bahan-bahan yang diperlukan serta cara menyediakannya.

Asal-Usul Bubur Kacang Hijau

kacang hijau

Apakah cerita di sebalik bubur kacang hijau?

Hidangan ini mempunyai asal usul yang kaya dalam sejarah seni makanan Asia terutamanya di wilayah China, India dan Asia Tenggara. Walaupun amat sukar untuk mengetahui bila kali pertamanya makanan ini tersebar namun ramai yang meyakini bahawa hidangan ini telah lama wujud.

Di China, bubur kacang hijau dikenali sebagai ‘lu dou tang’ dan telah menjadi sebahagian penting daripada masakan Tionghoa sejak berabad lagi. Selain itu, bubur kacang hijau ini juga menjadi sebahagian daripada hidangan tradisi di India yang dikenali sebagai ‘moong dal’ atau ‘moong dal halwa’ dalam bahasa Hindi.

Di Asia Tenggara pula seperti di Indonesia, hidangan dikenali sebagai ‘bubur ketan hijau’ atau ‘bubur sumsum’ dan sering dijadikan sebagai pencuci mulut atau makanan ringan. Di Malaysia dan Singapura pula, hidangan ini dikenali sebagai ‘bubur kacang hijau pulut’ dan sering disajikan dengan nasi pulut.

Seiring dengan perkembangan budaya dan perdagangan di Asia, bubur ini telah tersebar ke berbagai negara lain di kawasan yang berdekatan seperti Thailand, Vietnam dan Filipina. Hari ini, hidangan ini menjadi salah satu hidangan yang sangat dihargai dan disukai oleh pelbagai masyarakat dari berbagai budaya di Asia serta semakin popular di seluruh dunia sebagai hidangan pencuci mulut atau makanan ringan yang lazat dan berkhasiat.

Resepi Bubur Kacang Hijau Sedap

bubur kacang hijau sedap

Berikut adalah resepi untuk membuat hidangan yang lazat ini. Anda hendaklah menyediakan bahan-bahan terlebih dahulu.

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan kacang hijau yang telah dicuci bersih
  • 4 cawan air
  • 1 batang serai
  • 2 helai daun pandan
  • 200ml santan pekat
  • Gula secukupnya
  • Garam secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Rebus kacang hijau yang telah dicuci bersih dengan air bersama dengan air, serai dan daun pandan dalam kuali yang besar kemudian biarkan mendidih.
  2. Setelah mendidih, kecilkan api dan biarkan kacang hijau terus mendidih hingga lembut selama 30 hingga 40 minit.
  3. Setelah kacang hijau lembut, tambahkan santan pekat ke dalam kuali besar dan gaul dengan rata.
  4. Tambahkan gula dan garam yang secukupnya mengikut selera anda.
  5. Gaul dan biarkan mendidih.
  6. Matikan api setelah bubur mendidih sepenuhnya.
  7. Bubur siap untuk disajikan. Boleh tambahkan topping sesuai selera seperti kelapa parut, bijan atau potongan mangga.

Resepi Bubur Kacang Hijau Tanpa Santan

bubur kacang hijau tanpa santan

Untuk mereka yang tidak boleh mengambil produk yang mengandungi susu, bolelah cuba resepi di bawah ini. Bubur ini tidak semestinya menggunakan santan tetapi penggunaan santan dalam hidangan ini dapat menambahkan lagi rasa yang membangkitkan selera kerana mampu membuatkan bubur ini terasa berlemak dan manis sesuai dengan selera semua orang.

Bahan-bahan:

  • 100g kacang hijau
  • Daun pandan
  • 30g gula merah
  • Gula pasir
  • 20g fiber cream

Cara penyediaan:

  1. Cuci kacang hijau dan rebus selama 1 jam agar lembut.
  2. Masukkan daun pandan ke dalam kuali yang berisi kacang hijau yang direbus.
  3. Masukkan gula merah dan biarkan gula mencair.
  4. Masukkan sedikit gula pasir.
  5. Masukkan fiber cream sebagai pengganti santan.

Resepi Bubur Kacang Hijau Pisang

bubur kacang hijau pisang

Penggemar buah boleh cuba resepi di bawah ini. Menu ini boleh dijadikan sebagai pengganti menu minum petang. Anda boleh lihat bahan-bahan yang disenaraikan di bawah ini sekali dengan langkah-langkah pembuatan hidangan ini.

Bahan-bahan:

  • Kacang hijau
  • 2 helai duan pandan
  • 1 inci halia
  • 2 keping gula merah
  • 1/2 gula pasir
  • Pisang
  • Santan
  • 600 ml air

Langkah-langkah:

  1. Masukkan 600 ml air untuk merebus kacang hijau.
  2. Masukkan kacang hijau ke dalam kuali bersama daun pandan dan halia.
  3. Masukkan gula merah dan gula pasir ke dalam kacang hijau yang sedang direbus.
  4. Tutup kuali dan rebus selama 30 minit.
  5. Setelah 30 minit, buka tutup kuali dan masukkan pisang yang telah dipotong bersama santan dan biarkan ia mendidih selama 7 minit.
  6. Gaul hingga sebati.
  7. Hidangan siap untuk dijamah.

Terima kasih kerana telah meluangkan masa membaca dan mempelajari menu ini. Diharap anda dapat melakukannya di rumah. Kongsikan resepi ini kepada rakan dan keluarga.

Mengapakah bubur kacang hijau sangat popular?

Hidangan ini amat popular kerana ia merupakan makanan tradisional Asia yang mempunyai rasa yang lazat, tekstur yang lembut dan kandungan nutrisi yang tinggi.

Bagaimanakah cara memasak bubur kacang hijau dengan sempurna?

Langakh pertama adalah dengan merendam kacang hijau semalaman untuk mempercepatkan proses masakan keesokan harinya. Kemudian, rebus kacang hijau dan tambahkan santan, gula dan garam sesuai selera.

Apakah variasi yang sesuai untuk bubur kacang hijau ini?

Selain versi tradisional dengan santan, terdapat juga versi moden seperti jagung, ubi rambat dan tambahan topping seperti barli atau sagu.

Adakah bubur kacang sesuai untuk semua orang?

Bubur kacang memang sesuai untuk semua orang namun terdapat golongan yang tidak boleh memakan ini kerana kandungan kacang yang mungkin menyebabkan alergik kepada sesetengah orang dan kandungan santan yang tidak boleh dimakan oleh mereka yang tidak boleh mengambil produk tenusu.

Bolekah bubur kacang hijau disimpan di dalam peti sejuk?

Ya boleh kerana ia boleh bertahan lama di dalam peti sejuk dan panaskan sebelum disajikan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati