Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Jawatan Kosong MARDI April 2024

JAWATAN KOSONG MARDI APRIL 2024

Pengumuman bagi bulan April 2024, terdapat jawatan kosong MARDI April 2024 yang dibuka untuk permohonan oleh mereka yang berminat. MARDI adalah merupakan sebuah institut penyelidikan yang mengambil berat dengan kemajuan pertanian di Malaysia. Dengan matlmat untuk membawa kemajuan, mereka amat memerlukan para calon yang berkaliber untuk memastikan matlamat tercapai.

Bagi mengetahui berkenaan jawatan kosong MARDI April 2024, anda boleh ikuti beberapa maklumat berkaitan dengan tempoh permohonan dibuka, syarat kelayakan dan cara permohonan jawatan.

Info Jawatan Kosong MARDI April 2024

MARDI sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

Tawaran Jawatan Kosong MARDI

Bagi membantu anda mengetahui lebih banyak info mengenai tawaran, boleh rujuk maklumat jawatan kosong berserta tugasan dalam bentuk jadual dibawah:

PerkaraMaklumat
JawatanPembantu Operasi
Gred JawatanSetara dengan Pembantu Operasi Gred N11
Pusat TanggungjawabPusat Pengurusan Sumber Manusia (HM)
PenempatanTaska MARDI, Program Khidmat Pengurusan, Psikologi dan
Kebajikan (HM4)
GajiRM1,500.00 (secara pukal)

Tempoh Permohonan Jawatan Dibuka

Bagi makluman dalam urusan mohon kerja kepada semua pemohon, permohonan adalah dibuka sekarang dan tarikh tutup permohonan adalah pada 29 April 2024.

Oleh itu, para pemohon boleh mengemukakan dengan cepat dan pastikan permohonan anda mengikut ketetapan dan cara seperti yang dilampirkan bahagian dibawah.

Syarat Permohonan Jawatan Kosong MARDI

Bagi membuat permohonan, para pemohon perlu mengikuti beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut:

Syarat Lantikan :

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kelayakan :

  • Bahasa Melayu : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah.

Skop Tugasan Kerja

Bagi jawatan kosong Pembantu Operasi N11, berikut adalah merupakan senarai tugasan kerja membantu urusan perkhidmatan mengasuh kanak-kanak di TASKA MARDI :

  • Menjaga anak-anak jagaan mengikut tugasan yang diberi oleh penyelia
  • Memberi makan kepada kanak-kanak mengikut skala diet yang ditetapkan
  • Memastikan keselamatan kanak-kanak adalah terkawal
  • Menjalankan aktiviti dalam dan luar bagi taman asuhan kanak-kanak
  • Lain-lain tugasan yang berkaitan dari semasa ke semasa

Seterusnya, anda boleh merujuk makluman lanjut berkaitan dengan iklan jawatan kosong MARDI April 2024.

      Panduan Mohon Jawatan Kosong MARDI April 2024

      Semakan Rasmi Iklan MARDI

      image 20
      Pengambilan Jawatan Kosong MARDI April 2024 3

      Bagi para pemohon, anda boleh merujuk kepada siaran iklan yang dibuka di oleh MARDI. Bagi merujuk iklan jawatan kosong MARDI April 2024 berserta borang permohonan adalah boleh klik pada pautan dibawah:

      Panduan Mohon Kerja di MARDI

      Bagi membuat permohonan jawatan kosong MARDI, ia adalah melalui permohonan secara manual dengan membuat penghantaran secara pos ke alamat-alamat yang berkait dalam iklan yang diwar-warkan atau melalui hantaran emel.

      Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang MDI.1 Pindaan 1/2013 dengan lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan. Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara pos atau e-mel ke alamat seperti di bawah:

      Pengarah 
      Pusat Pengurusan Sumber Manusia
      Ibu Pejabat MARDI
      Persiaran MARDI-UPM
      43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan
      MALAYSIA
      (U.p: Puan Nur Atiqah Binti Zolkarnain)

      Alamat e-mel: [email protected] / [email protected]
      • Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
      • Hanya calon yang layak selepas sesi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

      Khususnya kepada para calon, anda boleh memastikan segala dokumen permohonan anda adalah lengkap sebelum membuat penghantaran. Penting untuk anda membuat semakan supaya permohonan anda diterima dan sah dalam isian permohonan.

      Selain itu, selepas penghantaran permohonan samaada secara manual atau emel, anda perlu menunggu maklum balas daripada pihak MARDI sendiri untuk mengetahui permohonan anda berjaya atau tidak.

      TINGGALKAN KOMEN

      Sila masukkan komen anda!
      Sila masukkan nama anda di sini

      Cikgu Ahmad
      Cikgu Ahmad
      "It always seems impossible until it's done."

      Anda Mungkin Meminati