Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Guna CIMB dan Cara Check Status Loan CIMB

Check Status Loan CIMB

CIMB kini menyediakan pelbagai inisiatif yang memudahkan pengguna termasuk check status loan CIMB. Check status loan CIMB kini boleh dibuat secara atas talian bagi memudahkan anda dari menyemak secara manual.

Sebelum anda menikmati kelebihan yang disediakan oleh pihak CIMB, anda haruslah mendaftar terlebih dahulu akaun CIMB Clicks. Anda boleh merujuk panduan serta cara daftar CIMB Clicks yang kami sediakan di bawah.

Berkenaan Perkhidmatan dan Cara Guna CIMB

Cara Guna CIMB Clicks

Check Status Loan CIMB

Bagi pengguna yang belum mendaftar CIMB Clicks, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Cara daftar CIMB Clicks adalah sangat mudah, anda boleh ikut sahaja langkah-langkah yang kami sediakan di bawah :

CARA DAFTAR CIMB CLICKS

  1. Layari https://www.cimbclicks.com.my/clicks/#/registration atau pilih ‘Register User’ dari aplikasi CIMB Clicks
  2. Pilih akses :
    • Masukkan nombor kad debit/kad kredit CIMB
    • Masukkan PIN 6 digit anda
  3. Masukkan kod pengaktifan SMS 6 digit anda dan pilih ‘Continue’

Setelah mendaftar dan menetapkan nombor PIN, anda boleh terus mengaktifkan CIMB Clicks anda dengan berpandukan langkah-langkah dibawah :

CARA MENGAKTIFKAN CIMB CLICKS

  1. Layari laman CIMB Clicks di https://www.cimbclicks.com.my/
  2. Pada bahagian menu, klik “Register for Clicks”
  3. Langkah satu: Pilih “CIMB ATM/DEBIT & Credit Card”
  4. Masukkan nombor kad ATM, 6 digit nombor pin ATM dan tulisan CAPTCHA pada skrin
  5. Kemudian, tandakan pada kotak persetujuan Terma dan Syarat
  6. Klik butang Next
  7. Tunggu kod pengaktifan OTP dihantar ke nombor telefon anda
  8. Masukkan User ID dan kata laluan anda
  9. Masukkan nama ibu, emel dan juga perkataan keselamatan
  10. Abaikan bahagian “Introducer’s Details”
  11. Klik butang I Agree & Submit

Setelah selesai melakukan pengaktifan akaun CIMB Clicks, anda boleh terus log masuk ke akaun anda untuk menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk setiap pengguna CIMB Clicks.

CARA LOGIN AKAUN CIMB CLICKS

  1. Pada halaman utama, klik butang Login to Clicks
  2. Masukkan User ID
  3. Klik butang Login
  4. Pastikan gambar SecureWord sama dengan SecureWord yang anda tetapkan
  5. Kemudian, klik pada kotak “Yes, This is my SecureWord”
  6. Masukkan password
  7. Klik butang Login

Cara Guna CIMB Octo

Check Status Loan CIMB
Cara Guna CIMB dan Cara Check Status Loan CIMB 6

Sebelum anda menggunakan CIMB Octo, anda perlu mendaftarnya terlebih dahulu. Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar CIMB Octo :

  1. Muat turun aplikasi CIMB Apply
  2. Klik pada “Open a New Account” dan masukkan butiran peribadi anda
  3. Scan MyKad anda dan aktifkan fungsi pengecaman wajah untuk mengesahkan identiti anda
  4. Isi borang e-form
  5. Lakukan pemindahan wang minimum RM20 daripada akaun peribadi anda dari bank lain
  6. Cipta akaun CIMB Clicks

Seterusnya, Kad debit anda akan dihantar ke alamat anda sebaik sahaja anda melengkapkan pembukaan akaun CIMB OctoSavers anda.

Setelah itu anda perlu mengakitkan kad debit octo anda. Anda boleh ikuti langkah-langkah tersebut :

  1. Log masuk ke laman web https://www.cimbclicks.com.my/
  2. Log masuk ke CIMB Clicks dengan Clicks ID yang didaftarkan
  3. Klik ‘Yes, Active Now’ pada skrin yang tertera atau pergi ke ‘My Account’ dibawah ‘Current/Saving’, klik ‘Active Card’
  4. Masukkan nombor 14 digit kad Debit
  5. Ciptakan nombor PIN Kad Debit 16-digit anda masukkan semula nombor PIN Kad Debit 16-digit anda
  6. Minta dan masukkan kod TAC yang diterima melalui SMS ke nombor telefon bimbit anda yang didaftar.

Cara Check Status Loan CIMB

Cara Check Status Loan CIMB
Cara Check Status Loan CIMB

Bagi pengguna bank CIMB, anda boleh membuat semakan berkenaan status loan CIMB dengan check status loan CIMB. Berikut adalah langkah untuk check status loan CIMB:

  • Layari laman status checker CIMB.
  • Masukkan no kad pengenalan anda dan nombor permohonan anda. (Boleh rujuk surat atau dokumen berkenaan).
  • Apabila memasukkan maklumat yang diminta, anda boleh mengetahui adakah permohonan loan anda berjaya atau tidak.

Cara Guna CIMB Qr Pay

Check Status Loan CIMB

Berikut adalah panduan guna CIMB QR Pay yang membolehkan anda melakukan transaksi pantas secara QR Pay. Ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Pilih ikon QR Pay melalui Laman Utama Aplikasi Mudah Alih CIMB Clicks
  2. Sahkan menggunakan Cap Jari/Face ID
  3. Masukkan jumlah yang perlu dibayar
  4. Masukkan kod laluan
  5. Sahkan & Lengkapkan transaksi

Dengan perkongsian kali ini berkenaan cara check status loan CIMB, diharapkan ia dapat membantu anda melakukan semakan bank CIMB dengan betul.

Soalan FAQs Berkenaan Check Status Loan Cimb

Berapa lama proses loan CIMB?

Kelulusan permohonan pinjaman peribadi CIMB Bank adalah bergantung kepada komitmen dan pendapatan bulanan pemohon. Namun begitu, tempoh lulus bagi pinjaman peribadi CIMB Bank oleh pemohon yang layak adalah dalam tempoh 24 jam sehingga 48 jam

Apa keburukan kad kredit cimb?

Penggunaan kad kredit yang berlebihan boleh menyebabkan individu mengumpul hutang yang tinggi. Selain itu, Jika baki bulanan tidak dibayar sepenuhnya, faedah akan dikenakan pada baki tertunggak.

Bagaimana kad kredit cimb boleh keluarkan duit?

Pengeluaran boleh dibuat dengan kad kredit, 24 jam sehari di mana-mana ATM bank seluruh dunia dengan nombor PIN dan juga boleh membuat pengeluaran di kaunter dengan mengunjungi mana-mana cawangan CIMB

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati