Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Jawatan Kosong Lembaga Lada Malaysia April 2024

Jawatan Kosong LEMBAGA LADA MALAYSIA APRIL 2024

Makluman terbaru daripada Lembaga Lada Malaysia berkenaan dengan jawatan kosong Lembaga Lada Malaysia April 2024 yang telah dibuka permohonan secara atas talian untuk permohonan orang ramai bagi mengisi kekosongan jawatan yang diperlukan oleh pihak lembaga. Jawatan kosong yang dibuka ini bertaraf sektor awam.

Jawatan kosong Lembaga Lada Malaysia April 2024 ini adalah merupakan peluang ke keemasan untuk anda berkhidmat dan bekerja di bawah sektor awam yang merupakan impian kebanyakan para pekerja. Apabila diterima untuk bekerja di bawah sektor awam kebiasaannya memberi pengukuhan dari segi kerjaya.

Makluman Pengambilan Jawatan Kosong Lembaga Lada Malaysia April 2024

LEMBAGA LADA MALAYSIA LOGO

Berkenaan dengan tawaran jawatan kosong Lembaga Lada Malaysia april 2024 ini telah dibuka sebanyak dua jenis jawatan kosong untuk mengisi kekosongan di semenanjung dan Sabah dan Sarawak.

Berikut adalah merupakan maklumat berkenaan dengan tawaran jawatan kosong beserta skop tugas jawatan yang telah ditetapkan oleh pihak lembaga lada malaysia:

Jawatan KosongSkop Kerja
PEMBANTU AWAM GRED H11a) Menjalankan aktiviti pemprosesan di loji;
b) Membantu dalam menjalankan tugas-tugas pembersihan dan penyelenggaraan pejabat serta kawasan pemprosesan; dan
c) Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penyelia dari semasa ke semasa.
PEMANDU KENDERAAN GRED H11a) Memandu kenderaan pejabat mengikut jadual yang ditetapkan oleh penyelia;
b) Membuat pemeriksaan dan membuat laporan kerosakan (jika berkaitan);
c) Mengemaskini buku log kenderaan;
d) Membantu dalam menyelenggara kenderaan; dan
e) Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penyelia dari semasa ke semasa.

Tarikh Tutup Permohonan Jawatan

Tempoh permohonan bagi mengisi jawatan kosong Lembaga Lada Malaysia April 2024 ini telah mula dibuka bermula pada tarikh iklan 15 april 2024 dan permohonan akan ditutup pada 30 april 2024.

Bagi para pemohon yang berminat untuk membuat permohonan adalah perlu mengikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan. Anda boleh ikuti beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan dan boleh membuat semakan cara membuat permohonan.

Syarat Kelayakan Mohon Kerja

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bagi membuat permohonan dalam jawatan kosong lembaga lada malaysia april 2024:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  3. Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  4. Memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  5. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik;
  6. Keutamaan diberikan kepada calon-calon berumur kurang dari 35 tahun pada tarikh tutup permohonan, sihat tubuh badan, penglihatan yang baik, tidak rabun warna, boleh bekerja pada luar waktu pejabat dan di luar stesyen apabila diperlukan.

Syarat untuk jawatan Pemandu Kenderaan H11:

  1. Memiliki Lesen Memandu kelas E, Lesen Perkhidmatan Awam (PSV) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan;
  2. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini; dan
  3. (Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang berumur kurang dari 35 tahun pada tarikh tutup permohonan, mempunyai pengalaman memandu bas, boleh memandu jentera angkut (forklift) dan lori, mempunyai penglihatan yang baik, tidak rabun warna, boleh bekerja di luar waktu pejabat dan di luar stesen apabila diperlukan).

Sila semak maklumat lebih lanjut berkenaan iklan jawatan kosong Lembaga Lada Malaysia April 2024 serta panduan permohonan jawatan kosong.

Prosedur Permohonan Jawatan Kosong Lembaga Lada Malaysia April 2024

jawatan kosong lembaga lada malaysia april 2024

Sebelum membuat permohonan para pemohon adalah dinasihatkan untuk membuat semakan berkenaan dengan tawaran jawatan kosong Lembaga Lada Malaysia April 2024 yang lengkap melalui laman web rasmi Lembaga Lada Malaysia sendiri.

Para pemohon boleh membuat semakan melalui klik pada pautan yang kami sediakan di bawah:

Cara Mohon Kerja Jawatan Lembaga Lada Malaysia

Bagi para pemohon yang ingin membuak permohonan boleh merujuk pada langkah-langkah cara mohon kerja bagi jawatan kosong Lembaga Lada Malaysia April 2024.

Berikut adalah merupakan langkah-langkah bagi membuat permohonan secara atas talian:

  1. Layari laman web e-jawatan Lembaga Lada Malaysia
  2. Log masuk sekiranya anda sudah mempunyai.
  3. Sekiranya anda adalah permohon baru sila klik saya adalah permohon baru.
  4. Selepas berjaya melog masuk akaun anda, terlebih dahulu semak maklumat kekosongan jawatan dan boleh membuat isian maklumat.
  5. Anda boleh mengisi beberapa maklumat seperti yang diarahkan dan perlu juga mengisi maklumat berkenaan dengan kelayakan akademik.
  6. Selepas anda berpuas hati dengan pengisian maklumat anda boleh membuat pengesahan berkenaan dengan yang ingin anda mohon.

Selepas selesai membuat permohonan anda perlu menunggu maklum balas daripada pihak majikan kebiasaannya maklum balas akan dimaklumkan melalui laman e-mel anda.

Biarkan para pemohon melakukan persediaan yang rapi apabila dipanggil untuk menghadiri temuduga dan bagi seterusnya.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati