Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Mohon Bantuan Raya 2024 Seluruh Negeri

CARA MOHON BANTUAN RAYA 2024

Hari raya aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Terdapat beberapa cara mohon bantuan raya 2024 seluruh negeri yang disediakan mengikut pihak yang bertanggungjawab. Mohon bantuan raya 2024 mungkin menjadi suatu kepentingan untuk sesetengah pihak bagi membantu dan memberi sokongan kewangan bagi mereka yang memerlukan.

Bantuan yang disediakan dapat memberi sinar baharu dan memeriahkan sambutan hari raya 2024. Terdapat senarai untuk mohon bantuan raya 2024 yang pihak kami sediakan untuk anda. Anda boleh merujuk info lebih lanjut dibawah.

Senarai dan Cara Mohon Bantuan Raya 2024

Bagi setiap negeri ada disediakan bantuan kewangan khas untuk hari raya. Bantuan kewangan adalah disediakan samaada pihak jabatan agama negeri atau kerajaan negeri. Berikut adalah merupakan senarai jenis bantuan raya 2024 mengikut negeri:

Cara Mohon Bantuan Raya 2024 Kelantan

cara mohon bantuan raya 2024 kelantan

Untuk rakyat Kelantan ada disediakan bantuan daripada MAIK sebagai inisiatif untuk membantu para asnaf. Anda boleh merujuk jenis bantuan, kadar bantuan, syarat kelayakan pada pautan dibawah.

Cara Mohon Bantuan Raya 2024 Terengganu

Cara Mohon Bantuan Raya 2024 Terengganu

Bagi rakyat Terengganu, kerajaan negeri ada menyediakan bantuan i-fitri yang disediakan setiap kali tiba musim perayaan. Bantuan juga disediakan dengan pemberian secara one-off melalui permohonan di laman I-Bantuan. Rujuk maklumat lebih lanjut pada pautan disediakan:

Cara Mohon Bantuan Raya 2024 Pahang

cara mohon bantuan raya 2024 pahang

Bantuan yang disediakan oleh MUIP adalah untuk membantu para asnaf dalam menyediakan dan membuat persiapan hari raya. Bantuan ini boleh dimohon melalui semakan amil berdasarkan syarat-syarat kelayakan. Rujuk syarat kelayakan dibawah:

Cara Mohon Bantuan Raya 2024 Selangor

cara mohon bantuan raya 2024 selangor
Cara Mohon Bantuan Raya 2024 Seluruh Negeri 10

Melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah mengumumkan peruntukan RM31.9juta untuk disalurkan kepada mereka yang layak. Bantuan akan diagihkan diantara RM300-RM1000 berdasarkan jumlah tanggungan keluarga bulanan. Bagi bakal penerima boleh membuat semakan pada pautan semakan LZS dibawah.

Bantuan Raya 2024 Perak

bantuan raya 2024 perak

Berita gembira untuk rakyat Perak. Kerajaan Perak bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK RAYA) 2024 sejumlah RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri dan ketua kampung. Bantuan ini akan disalurkan kepada mereka sebelum raya.

Bantuan Raya 2024 Pulau Pinang

bantuan raya 2024 pulau pinang

Penjawat awam Pulau Pinang mendapat bantuan raya daripada kerajaan negeri dengan jumlah bantuan RM1,200. Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow melalui bantuan khas kewangan aidilfitri (BKKA) 2024.

Cara Mohon Bantuan Raya 2024 Melaka

bantuan raya 2024 melaka
Cara Mohon Bantuan Raya 2024 Seluruh Negeri 11

Majlia Agama Islam Melaka turut bersetuju menyalurkan Bantuan Persediaan Ramadan kepada golongan asnaf fakir sebanyak RM400 bagi setiap ketua isi rumah, manakala isi rumah golongan itu akan menerima tambahan RM100 setiap seorang.

Bagi penerima kategori asnaf miskin akan menerima RM250 bagi setiap ketua isi rumah dan isi rumah kategori itu akan menerima tambahan RM100 setiap seorang.

Cara Mohon Bantuan Raya 2024 Johor

cara mohon bantuan raya 2024 johor

Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT(ASAL) MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR yang boleh didapati di Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tingkat 5, Blok `B’, Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru atau Pejabat-pejabat Agama Daerah berhampiran.

Pemohon mestilah anak Negeri Johor sebagaimana ta’rif mengenainya yang telah menetap tidak kurang tiga(3) tahun berturut-turut di Negeri Johor dan membayar zakat (fitrah dan harta) di dalam Negeri Johor. Pemohon mestilah tidak mendapat bantuan /sumbangan/pinjaman daripada mana-mana pihak lain. Bagi para pemohon yang ingin mengemukakan permohonan online rujuk pautan dibawah:

Permohonan Bantuan Zakat Seluruh Negeri

Untuk bantuan zakat, para penerima atau asnaf boleh membuat permohonan bantuan zakat melalui Jabatan Agama Islam seluruh negeri masing-masing mengikut tempat bermastautin. Bantuan zakat akan diagihkan bagi individu yang berkelayakan dan menepati syarat kelayakan taraf asnaf.

Bagi merujuk maklumat lebih lanjut, anda boleh merujuk Majlis Agqma Islam negeri masing-masing. Bagi memudahkan urusan anda, berikut adalah senarai majlis agama islam mengikut negeri:

  • Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis
  • Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
  • Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
  • Majlis Agama Islam Negeri Johor
  • Majlis Agama Islam Negeri Kedah
  • Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
  • Majlis Agama Islam Melaka
  • Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
  • Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
  • Majlis Agama Islam Selangor
  • Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
  • Majlis Islam Sarawak
  • Majlis Ugama Islam Sabah

8 KOMEN

  1. Saya seikhlasnya Mohon bantuan Aidilfitri ini Wallahi Wallahuakbar Kami amatlah memerlukannya.
    Semuga Allah Subhaana Wataalla limpahkan segala Nikmatnya Dan Rahmatnya buat Tuan &Puan sekeluarga Dunia Dan Akhirat hinggalah ke Jannah.Jazakallahu khayr

  2. Assalamualaikum wbt…
    Boleh ke saya memohon bantuan utk ayah saya, beliau seorg oku dan bapa tunggal (kematian isteri). Ayah sy berumur 76 tahun, smg ada rezeki buat ayah sy. Tkasih

  3. Assalammulaikum saya muhammad moni suadara baru dah berkelurga bapak tunggal 4 anak masih besekolah .sekarang kami baru menetap di serawak.boleh ke kami dapat dalm segi apa2 bantu an makan tau duit.kami anak beranak baru pindah ke serawak dalm segi kewangan tempat tinggal tak setabil sebap saya belom lagi ada keja tetap saya masa ni keja ikut siapa yg ajak keja klau tak ada tak keja.harap ada lah rezeki anak2 thun ni raya d tempat baru ini.

  4. Memohon dangan budi bicara dari pada majlis agama Islam dan adat Melayu Islam negeri perak.memohon persediaan hari raya untuk anak2

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati