Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Panduan Mohon Bantuan Rumah Mesra Rakyat 2.0 Seluruh Negeri

Rumah Mesra Rakyat 2.0
Rumah Mesra Rakyat 2.0

Kerajaan Malaysia masih meneruskan program RMR dengan ‘Bantuan Rumah Mesra Rakyat 2.0’ yang dijangkan akan dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki sebuah rumah. Melalui peruntukan tahunan kerajaan Malaysia, Program Rumah Mesra Rakyat 2.0 ini dapat dipenuhi dan diberikan kepada penerima yang layak.

Untuk pengetahuan semua, sebelum ini program RMR ini sangatlah mendapat sambutan tinggi kerana ia adalah program yang diwujudkan kerajaan untuk menyelesaikan isu ketiadaan kediaman kepada golongan rakyat B40. Mohon ikuti lebih lanjut berkenaan program bantuan Rumah Mesra Rakyat 2.0 dengan lengkap dibawah.

Berkenaan Program Bantuan Rumah Mesra Rakyat 2.0

Apa itu Program RMR 2.0?

Program Rumah Mesra Rakyat 2.0 ini diwujudkan sebagai kesinambungan daripada Program Rumah Mesra Rakyat yang sedia ada bagi meningkatkan lagi pemilikan rumah bagi golongan B40 melalui pembayaran tunai atau pinjaman daripada institusi kewangan.

Penerangan Konsep dan Ciri RMR 2.0

Kerajaan Malaysia telah menyediakan rangka dan konsep yang sangat menarik bagi program RMR 2.0. Dengan rekaan yang mesra rakyat serta menepati spesifikasi, rakyat boleh hidup dengan selesa.

Berikut adalah merupakan konsep dan ciri RMR 2.0:

BahagianPenerangan
Konsep Rumah satu tingkat3 bilik tidur & 2 bilik air
Saiz rumah750 kaki persegi
Saiz tanah3,000 kaki persegi (279 meter persegi)
hargaRM 75,000 Semenanjung
Subsidi kerajaanRM 20,000
Tunai/institusi kewanganRM 55,000 Semenanjung
PerjanjianDisediakan oleh SPNB
Pelaksanaan pembinaanPelantikan oleh SPNB
Kaedah permohonanPermohonan dalam talian
Laman Web SPNB: www.spnb.com.my

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan permohonan bantuan Rumah Mesra Rakyat 2.0 yang perlu dipenuhi oleh pemohon:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur antara 18 dan 65 tahun.
  3. Pendapatan bulanan seluruh isi rumah mestilah tidak melebihi RM 5,000.
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki sebarang harta atau memiliki rumah usang atau usang.
  5. Bagi tanah cadangan yang sesuai mestilah bebas daripada gadai janji, beban atau sekatan. Sekiranya pemohon bukan pemilik tanah tersebut, mereka mesti mendapatkan kelulusan daripada pemilik tanah yang dicadangkan.
  6. Saiz tanah mestilah tidak kurang daripada 3,000 kaki persegi (bergantung kepada reka bentuk).
  7. Bergantung kepada bajet pembiayaan.

Reka Bentuk Rumah Mesra Rakyat 2.0

Rekaan bagi rumah mesra rakyat 2.0 adalah rekaan yang ringkas namun menepati spesifikasi keselesaan kepada penghuni. Dengan 3 bilik dan 2 bilik air, ia akan memberi kecukupan dan keselesaan yang maksimum untuk penduduk nanti.

reka bentuk rumah mesra rakyat 2.0

Panduan Permohonan Bantuan Rumah Mesra Rakyat 2.0

Cara Mohon Bantuan Rumah Mesra Rakyat 2.0

Bagi para pemohon yang berminat untuk membuat permohonan, boleh kemukakan permohonan anda dengan ikuti langkah dibawah:

  • Layari laman SPNB RMR. Buat pendaftaran baru.
  • Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
  • Terima ID dan Kata laluan yang akan dihantar kepada pemohon
  • Log masuk guna ID dan kata laluan tersebut.
  • Lengkapkan borang online dengan mengisi maklumat ke dalam sistem.
  • Selepas selesai mengisi, klik ‘Selesai’ pendaftaran dan boleh cetak borang.
  • Majukan borang permohonan dan dokumen anda kepada pihak SPNB.
  • Bawa ke pejabat cawangan SPNB berdekatan anda.
  • Semakan permohonan anda akan disemak oleh SPNB.
  • Tunggu maklum balas dalam 3 bulan dan status kelulusan bergantung pada dana peruntukan tahunan.

Dokumen yang Diperlukan untuk Permohonan RMR 2.0

Terdapat beberapa dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon semeasa proses permohonan seperti dibawah:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan pemilik tanah.
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkenaan).
  • Salinan geran hak milik tanah terkini, dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah.
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat sumpah pendapatan / pemohon atau/dan surat pengesahan pendapatan pemohon kedua*.
  • Surat sumpah / surat pengesahan tidak mempunyai rumah, atau memiliki rumah usang*.
  • Surat kelulusan daripada pemilik tanah.
  • Salinan sijil nikah pemohon.
  • Laporan tapak bercetak dengan gambar.

Nota:

  • Surat pengesahan pendapatan / pengesahan tidak memiliki rumah / pengesahan memiliki rumah usang perlu disahkan oleh Ketua Kampung / Ketua Kampung / Pegawai Ikhtisas Kelas A.
  • SPNB berhak meminta dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan berkala.
  • Format Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB.

Perkara yang Perlu Disediakan Oleh Pemohon (Diluluskan)

Selepas pemohon selesai membuat permohonan dan berjaya, berikut adalah perkara yang perlu pemohon sediakan dalam pembinaan rumah mesra rakyat:

  • Perlu mengisi borang permohonan yang lengkap.
  • Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk laluan untuk pembinaan.
  • Perlu menyediakan bekalan air dan elektrik.
  • Perlu menyediakan sambungan utiliti selepas rumah siap.

Penting untuk pemohon mengikuti sama seperti yang ditetapkan oleh pihak SPNB. Mohon pemohon cakna maklumat lengkap rumah mesra rakyat 2.0 di laman web SPNB.

Soalan FAQs Berkenaan Rumah Mesra Rakyat 2.0

Berapa lama kebiasaan pembinaan RMR?

Kebiasaan proses untuk menyiapakn RMR adalah dalam 6 bulan – 1 tahun.

Berapa kos keseluruhan yang ditanggung pemohon dalam RMR?

Kos keseluruhan adalah RM75000 tetapi pemohon perlu membayar RM55000 sahaja kerana subsidi kerajaan RM20000.

Adakah terdapat pilihan reka bentuk RMR 2.0?

Buat masa kini, reka bentuk RMR 2.0 hanya dipaparkan satu pilihan sahaja.

Adakah boleh bina RMR diatas tanah orang lain?

Boleh, dengan syarat perlu mendapatkan persetujuan daripada pemilik asal.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati