Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bayaran STR Fasa 2 : Semakan, Kategori dan Kadar Bantuan

bayaran str fasa 2

Dijangka sejumlah 8.4 juta rakyat bakal menerima bayaran STR Fasa 2 yang akan dikreditkan mulai pada hari Rabu ini. Kenyataan tersebut dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagi peruntukan STR Fasa 2 kali ini ditingkatkan sebanyak 20 peratus dengan melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM1.5 bilion berbanding RM1.26 bilion pada tahun 2023 yang lalu.

Diminta kepada penerima STR, anda boleh ikuti maklumat lebih lanjut berkenaan bayaran STR Fasa 2 yang disediakan kepada oleh Sistem Guru Online.

Berkenaan Bayaran STR Fasa 2 Tahun 2024

Bantuan RM10 Billion untuk STR Tahun 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jelaskan bahawa kerajaan sentiasa meneruskan bantuan STR di mana jumlah penerima ditingkatkan kepada 9 juta pada tahun 2024 yang akan memanfaatkan oleh 60 peratus rakyat dewasa.

Dana peruntukan STR pada tahun 2023 berjumlah RM8 bilion iaitu tambahan pada sebelumnya, manakala pada tahun 2024 jumlahnya ialah sebanyak RM10 bilion. Kerajaan telah tambah 2 Billion memandangkan kadar pemberian STR 2024 telah ditingkatkan berbanding kadar STR 2023.

Pemberian STR Tahun 2024 RM3,700 Untuk Satu Keluarga

Seperti diumumkan, bantuan STR diperuntukkan sebanyak RM10 billion adalah geran secara langsung kepada rakyat dengan tujuan untuk memastikan dan memaksimakan pemberian kepada rakyat. Sebelum ini di tahun 2023, jumlahnya sebanyak RM3,100 satu keluarga, pada 2024,Pemberian STR ditingkat sebanyak RM3,700 setiap keluarga.

image 1
Bayaran STR Fasa 2 : Semakan, Kategori dan Kadar Bantuan 4

Jumlah bayaran STR untuk golongan bujang juga meningkat pada tahun ini berbanding tahun lalu dengan menyaksikan peningkatan daripada RM350 kepada RM500.

Senarai Kategori Penerima Bayaran STR Fasa 2

Berikut adalah merupakan senarai penerima STR fasa 2 mengikut kategori:

Kategori PenerimaJumlah Bayaran
Isi Rumah bawah RM2,500RM150 – RM650
Isi Rumah RM2,500 – RM5,000RM100 – RM300
Warga Emas Tiada PasanganRM150
BujangRM100

Tarikh Bayaran STR Fasa 2

Sebelum ini, di Fasa 1 kerajaan Malaysia sudah bayar pada Januari sebanyak RM500 dan bagi bayaran STR Fasa 2 akan dibayar pada 3 April.

Menerusi kenyataan oleh Kementerian Kewangan, Anwar berkata, selain dikreditkan ke dalam akaun penerima, bayaran STR Fasa 2 akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori yang telah tersedia.

Kaedah Bayaran STR Fasa 2 Akaun BSN

Makluman daripada pihak BSN, Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan dibuat mulai 3 April 2024 (Rabu). Pembayaran juga melalui pengkreditan ke dalam akaun BSN akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.

image 2

Penerima dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN. Bagi penerima bayaran secara tunai pula akan turut dilakukan dibayar pada 3 April 2024 (Rabu) di seluruh Cawangan BSN.

Peringatan : Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

Cara Semak Kelayakan Bayaran STR Fasa 2

Pemohon STR boleh menyemak status kelayakan. Boleh ikuti melalui cara-cara berikut:

  • Layari laman LHDN.
  • Masukkan No kad pengenalan dan buat semakan.
  • Sekiranya terdapat apa-apa masalah. Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Hotline STR melalui talian 1800-88-2747
  • Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR. Rujuk laman sesawang STR untuk maklumat lanjut.

Seadainya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori yang tersedia.

Berita Baik Kepada Rakyat Malaysia Berkenaan Bantuan Kerajaan

PM jelaskan bahawa reformasi ekonomi yang diterajui Kerajaan Madani bukan semata-mata untuk memperbetul struktur kewangan negara,Namun ia juga berbekalkan niat ikhlas untuk pastikan kekayaan negara dapat dikongsi dengan rakyat secara lebih saksama.

“Insya-ALLAH, kerajaan akan tingkatkan lagi bantuan tunai kepada rakyat sejajar dengan penambahbaikan fiskal negara termasuk pelaksanaan penyasaran subsidi kepada golongan yang benar-benar memerlukan,”

Pertdana Menteri, Anwar Ibrahim

Menurut PM, kerajaan Malaysia telah mengambil pendekatan baharu untuk membuka pendaftaran STR 2024 sepanjang tahun untuk memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan.

Disamping itu, bilangan penerima yang layak dijangka terus meningkat pada tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini yang dijalankan sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati