Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia MPM Mohon Sekarang 

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia, Mohon Sekarang
Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia

Ambilan Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia MPM Mohon Sekarang Untuk makluman buat seluruh rakyat, kini sebuah badan di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka satu peluang keemasan buat warganegara Malaysia dengan permohonan yang telah dibuka sekarang.

Bagi mereka yang memiliki SPM, Ijazah dan lain-lain, amatlah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan yang dibuka. Untuk makluman para pemohon dan mereka yang berminat, Majlis Peperiksaan Malaysia membuka peluang kerjaya ini dengan beberapa jawatan kosong yang penting untuk diiisi. Oleh itu, para pemohon atau mereka yang ingin mencuba perlulah dengan segera mengisi jawatan tersebut dengan menghantar permohonan borang seperti mana yang diminta.

Ambilan Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Mohon Sekarang!

Bina kerjaya di sebuah badan yang berada dibawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah satu peluang keemasan dan semestinya buat rakyat Malaysia mengambil peluang keemasan ini kerana gaji yang ditawarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia amatlah menarik serta manfaat kelebihan dengan jawatan tersebut.

Apakah Itu Majlis Peperiksaan Malaysia?

hand 2722107 640 2
Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia

Untuk makluman tambahan para pemohon sebagai langkah persediaan seandainya terpilih untuk sesi temuduga, anda sediakan beberapa maklumat mengenai MPM sebagai langkah jika sekiranya ditanya soalan mengenai latar belakang bagi badan ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) adalah sebuah badan yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225] yang mana ia merupakan sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis perasmian penubuhan MPM telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu, iaitu YB Dato’ Musa bin Hitam pada 22 April 1980.

Apakah Matlamat penubuhan MPM?

Untuk pengetahuan para pemohon, matlamat bagi Majlis Peperiksaan Malaysia adalah untuk mengelolakan peperiksaan-peperiksaan tertentu serta semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaan-peperiksaan itu. Antara peperiksaan yang diwartakan seperti berikut:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1982 untuk menggantikan peperiksaan Higher School Certificate (HSC) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) yang dikendalikan oleh University of Cambridge Local Examinations Syndicate (UCLES).
  • Selepas pengambilalihan kedua-dua peperiksaan tersebut oleh MPM, nama peperiksaan STP dan HSC telah ditukar kepada peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
  • Penubuhan MPM juga bertujuan untuk merealisasikan pengendalian peperiksaan tersebut dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya. Hal ini bersesuaian dengan pelaksanaan dasar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dari peringkat pendidikan rendah hingga peringkat pendidikan prauniversiti, iaitu tingkatan enam.

Apakah Bidang Tugas/Fungsi Bagi Majlis Peperiksaan Malaysia?

Fungsi Utama Berdasarkan Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980 [Akta 225], tugas utama MPM ialah mengelolakan

  1. peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sejak tahun 1982
  2. ujian Malaysian University English Test (MUET) sejak tahun 1999. Mulai tahun 2019, di samping MUET sesi, ujian MUET juga telah ditawarkan secara kaedah ujian MUET on Demand (MoD)
  3. Ujian Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing (SKBMW) sejak tahun 2016

Ujian lain yang dimiliki oleh MPM ialah ujian psikometrik yang dikenali Career Selection Inventory for Malaysian (CaSIM 1 dan CaSIM II) yang dilancarkan pada tahun 2011. Ujian ini digunakan bagi memilih calon yang sesuai untuk mengikuti program yang bersesuaian di IPT dan bagi tujuan memilih pekerja berdasarkan minat kerjaya, personaliti, kecerdasan emosi, nilai integriti, dan kemahiran insaniah.

Anda boleh merujuk di sini untuk dapatkan info dan maklumat yang lebih lanjut mengenai latar belakang Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) ini dengan menekan link yang disediakan Latar Belakang Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia | Maklumat Jawatan Kosong 

Apakah Maklumat Jawatan Kosong Serta Senarai Jawatan Kosong Yang Ditawarkan?

Buat makluman para pemohon yang berminat serta ingin mengisi kekosongan jawatan ini, perlulah anda teliti beberapa senarai jawatan kosong yang telah ditawarkan di bawah dan anda perlulah melihat dan menilai dengan syarat kelayakan anda untuk memohon jawatan tersebut, berikut senarai jawatan yang ditawarkan:

  1. Nama Majikan: Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
  2. Status Jawatan: Kontrak/Tetap
  3. Penolong Jurutera Gred JA29 (Elektrik) (Kontrak/Tetap) – 1 kekosongan
  4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 (Kontrak/Tetap) – 3 kekosongan
  5. Pembantu Operasi Gred N11 (Kontrak/Tetap) – 1 kekosongan
  6. Gaji yang ditawarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM): Bermula dari RM1,216.00 sehingga kenaikkan gaji yang telah ditetapkan beserta bonus sehingga RM350.00
IMG 20230101 141902 694
Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia

Anda boleh ikuti maklumat lebih details mengenai jawatan kosong ini dengan menekan link yang telah diberikan Maklumat Iklan Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Perhatian, disini disertakan tips rahsia bagaimana pemuda ini telah lulus dua sesi temuduga SPA dan SPP dengan perkongsiannya di halaman facebooknya Tanpa Kabel, Lelaki Ini Kongsi Tips Rahsia Beliau Lulus 2 Temuduga Jawatan SPA & SPP

Apakah Syarat Kelayakan Untuk Memohon Jawatan Ini?

Buat makluman para pemohon, anda mestilah menilai jawatan kosong yang ditawarkan dengan kelayakan yang anda miliki supaya permohonan yang telah anda hantar tidak ditolak oleh majikan. Berikut adalah syarat umum kelayakan untuk permohonan jawatan ini:

  • Pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan keatas dari tarikh tutup permohonan jawatan ini
  • Pemohon juga mestilah memiliki sijil sekurang-kurangnya SPM, Ijazah serta Sijil yang lain dimana ia diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
  • Selain itu, pemohon juga perlulah memiliki ciri-ciri kepimpinan serta mempunyai sikap senang memberi kerjasama antara satu sama lain.
  • Pemohon mestilah seorang yang berdisiplin serta bertanggungjawab.
  • Pemohon adalah seorang yang amanah dalam melaksanakan tugasan yang telah diberikan.
  • Pemohon adalah seorang yang menepati masa dan waktu kerja yang telah ditetapkan

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia | Segerakan Permohonan Anda!

Bilakah Tarikh Permohonan Jawatan Ini Dibuka dan Ditutup?

Buat anda yang telah memiliki cukup syarat kelayakan serta telah memilih jawatan yang diinginkan, permohonan untuk anda mengisi jawatan ini telah dibuka sekarang dan anda sekali lagi diingatkan menghantar borang permohonan anda dengan segera sebelum tiba tarikh tutup permohonan jawatan ini iaitu 12 Januari 2023  hari Khamis.

Bagaimanakah Cara Untuk Membuat Permohonan Jawatan Ini?

Untuk pengetahuan bagi mereka yang mahu mengisi borang bagi beberapa jawatan kosong yang telah diwar-warkan, cara untuk anda membuat permohonan adalah secara atas talian (online) tanpa perlu bersemuka. Anda hanya perlu menekan link yang kamj sediakan di atas dan anda perlulah mengikuti syarat-syarat serta cara-cara untuk mengisi permohonan ini agar permohonan anda dapat sampai dengan baik kepada majikan.

Baca juga beberapa senarai jawatan kosong kerajaan dan swasta pada link yang disediakan di bawah:

  1. Jawatan Kosong Guru Tadika/Taska Seluruh Malaysia | Mohon Segera!
  2. Jawatan Kosong Majlis Sukan Negara 2023
  3. Terkini : Peluang Kerjaya Bersama AirAsia 2023 Kini Dibuka | Minima SPM Layak Memohon!
  4. Jawatan Kosong Di BERNAMA Bagi Tahun 2023 | Mohon Sekarang!
  5. Jawatan Kosong Telekom Malaysia (TM) | Mohon Sekarang Sebelum..

Sila layari telegram rasmi Sistem Guru Online untuk dapatkan info terkini dan maklumat terbaik mengenai Malaysia yang diupdate dari semasa ke semasa

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati