Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tanpa Kabel Lelaki Ini Kongsi Tips Rahsia Beliau Lulus 2 Temuduga Jawatan SPA & SPP

Tanpa Kabel, Lelaki Ini Kongsi Tips Rahsia Beliau Lulus 2 Temuduga Jawatan SPA & SPP
Tanpa Kabel

Tanpa Kabel Lelaki Ini Kongsi Tips Rahsia Beliau Lulus 2 Temuduga Jawatan SPA & SPP. Dalam menghadapi sesi temuduga ini sudah tentu ia bukanlah perkara yang mudah. Kerana temuduga ini adalah syarat atau proses yang wajib dilalui oleh mana-mana individu yang nak mohon jawatan kosong terutama bagi yang mahu bekerja dengan kerajaan sama ada melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

91cd44a5 5f4c 4dbc 831a 84bd08c771d5
Tanpa Kabel

Oleh yang demikian itu, pelbagai tips dan cara untuk menghadapi sesi temuduga telah diperluaskan di media sosial bagi membantu memudahkan urusan mereka-mereka dalam menghadapi sesi temuduga. Dan perkongsian tips rahsia lulus temuduga dari lelaki atau dikenali dengan Jacob Salim di facebook beliau ini adalah merupakan yang terbaik untuk hadapi sesi temuduga kerna terbukti beliau sendiri telah berjaya dapat 2 kelulusan jawatan dari SPP dan SPA. Tahniah diucapkan buat beliau.

Berikut adalah tips rahsia lulus temuduga yang dikongsikan oleh Jacob Salim di facebook beliau. Untuk makluman tambahan, bagi anda yang ingin mengetahui info atau maklumat permohonan kerja kerajaan, sila layari telegram rasmi permohonan kerja di link yang disediakan.

https://t.me/officialpermohonankerja

Tanpa Kabel Lelaki Ini Kongsi Tips Rahsia Beliau Lulus 2 Temuduga Jawatan SPA & SPP

Ramai orang kata bahawa bila mohon kerja kerajaan ni dan nak lulus sesi temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) adalah perkara yang bukan senang. Adakah benar kenyataan ini? Kita sedia maklum, ramai yang mohon untuk kerja kerajaan ni bagi setiap jawatan kosong yang ditawarkan dan menaruh harapan yang tinggi nak lulus.

Namun demikian, itu semua kita bergantung pada rezeki yang Allah berikan. Jika anda berjaya lulus di tahap peperiksaan dan dipanggil untuk sesi temuduga. Maka sekalun ucapan tahniah diucapkan kepada anda.

0468b999 33c6 42d1 8e36 c67a99727dcf
Tanpa Kabel

Perkongsian tips lulus temuduga dari Jacob Salim ini boleh dipraktikkan dengan moga-moga sedikit sebanyak dapat membantu anda lulus sesi temuduga jawatan kosong yang anda mohon. Kata Jacob Salim dalam facebook beliau “memandangkan ramai jugak rakan2 yang dm dan WhatsApps tanya tips IV atau temuduga SPA, SPP dan E-Recruitment ni. Jadi saya berkongsi beberapa tips la yaa. Setiap orang lain2 pengalaman”.

271543601 4756328197784011 1106632484024813770 n
Tanpa Kabel
271661482 4756328107784020 2057385825670728260 n

Lelaki Ini Kongsi Tips Rahsia Beliau Lulus 2 Temuduga Jawatan SPA & SPP

Berikut adalah tips rahsia yang dikongsikan oleh Jacob Salim untuk sesi temuduga jawatan dan tips pemilihan jawatan dalam sistem.

1. Pemilihan Jawatan semasa memohon:

  • Memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.
  • Pengalaman bekerja yang berkaitan dengan jawatan yang di mohon.
  • Minat
  • Latarbelakang pendidikan

2. Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK:

  • Ulangkaji Rujuk soalan² ujian yang terbaru
  • Persiapan mental, capaian internet yang baik.
  • Buat persiapan yang seperti menduduki SPM.

3. Tips Semasa Temuduga:

  • Pakaian warna yang bersesuaian. Contoh Putih, Biru Muda, Hijau Gelap. Warna yang memberi ketenangan kepada panel temuduga. Sebab panel kadang2 stress dengan perangai calon² ni. Jadi kena hati2.
  • Sewaktu/sebelum memohon sesebuah jawatan. Pastikan memang diminati anda. Sesuatu yang anda betul2 suka/berkaitan dengan diri sendiri(cth pekerjaan sebelumnya) Kaji dan pelajari jawatan tersebut. pergi ke Jabatan tersebut. Catat setiap pengalaman temuduga seseorang.
  • Rangkumi dan Sebolehnya pergilah cari maklumat ttg jawatan yang anda mohon itu. Sama ada melalui internet atau terapkan. Jadi secara tak langsung dpt kenalpasti apa kelebihan dan kelemahan diri sendiri.
  • Panel sangat suka seseorang yang berkeyakinan dalam pertuturan (Tapi jangan overconfident). Bersederhana sahaja) Pastikan setiap jawapan diberikan ada isi) Bukan sekadar bicara sahaja. (Loyar buruk)

Sumber mengenai tips dari calon ini anda boleh merujuk di link yang telah disediakan ini Link Facebook Jacob Salim

Rahsia Beliau Lulus 2 Temuduga Jawatan SPA & SPP

Tips Temuduga Mengikut Pengalaman Beliau:

Beliau (Jacob Salim) berkongsikan tips beliau pengalaman beliau dalam sesi temuduga:

  1. Ketuk Pintu 2/3 (pantas dan tegas)
  2. Masuk ucapkan selamat pagi Tuan/Puan
  3. Bagi fail/ serahkan fail kpda Panel
  4. Undur kebelakang tanpa menoleh.
  5. Duduk sekiranya diberitahu
  6. Posisi Tegak (jangan bongkok/silang Kaki)
  7. Semasa diminta untuk perkenalkan diri. Ucap terima kasih sebab diberikan peluang untuk di temuduga.
  8. Elakkan ayat Mungkin/Kurang pasti / Tidak Pasti.
  9. Gunakan ayat penegasan.
  10. Sederhana (jangan overconfident/less confident).
  11. Jangan teragak agak. dan senyum.
  12. Jangan kerutkan dahi.
  13. Jangan masamkan muka.
  14. Senantiasa ceria
  15. Eye contact dengan panel sepanjang temuduga. Jangan sesekali tundukkan kepala.Owh ya, satu lagi semasa memberi penerangan jawapan yang serius jangan ketawa. Contoh panel bagi soalan situasi. Sekiranya anda ditempatkan dibahagian kaunter. Dan ada pelanggan / pengunjung datang dengan emosi yang tidak stabil atau marah-marah. Apa yang anda lakukan. Tapi semasa panel tak buat lawak/begurau. Jangan ikut mood panel. Ikut tegang/serius. Mesti senyum manis sepanjang 15 minit dari mula masuk hingga keluar pintu (Kena jadi fake sekejap walaupun anda ada masalah emosi yang tak stabil juga.).Jawap panel dengan dengan yakin/serius dan bersopan. Dan jangan lupa sikit senyum baik hati.
  16. Senyum 30 darjah.Ketawa sikit2 bila panel buat lawak/ceriakan suasana. Sebab panel bukan sahaja sekadar menilai jawapan daripada calon. Tapi ingin melihat reaksi muka anda dan keseriusan anda dalam mengurus/menyelesaikan sesuatu masalah itu.

Untuk makluman anda, dalam sesi temuduga juga, terkadang akan ada soalan yang famous yang sering ditanya oleh panel mengenai apakah perbezaan diantara Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Jadi, sebagai untuk anda buat persediaan. Sila baca sedikit maklumat yang dikongsikan ini tentang perbezaan SPA, SPP dan JPA.

Apakah Perbezaan diantara SPP, SPA dan JPA?

Logo Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran SPP

SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Manakala Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 iaitu bersamaan dengan hari Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Tugas SPA ini melantik penjawat awam kecuali dalam bidang pendidikan. Pengambilan pelbagal Jawatan di bawah semua kementerian/ jabatan adalah melalui SPA. Sama seperti SPP, kelayakan untuk mohon jawatan di bawah SPA adalah bermula dari PMR hingga ke PhD.

jpa

Manakala Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pula ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang merancang, membangun, dan mengurus sumber manusia untuk perkhidmatan awam. Dengan kata lain, JPA ni HR (Human Resources).

Untuk dapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai SPP, SPA dan JPA, sila ke link laman web portal rasmi yang disediakan di bawah:

  1. Latar Belakang Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
  2. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
  3. Latar Belakang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Akhir Kata

Semoga dengan tips yang dikongsikan ini dapat membantu mereka yang bakal berhadapan dengan sesi temuduga dan direzekikan oleh Allah kejayaan jawatan yang dipohon.

Sertai Telegram Rasmi Sistem Guru Online untuk dapatkan info terkini dan maklumat yang bermanfaat yang sentiasa diupdate dari semasa ke semasa.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati