Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Pembantu Pengurusan Murid April 2024 di Bawah PPD Negeri

Jawatan Kosong Pembantu Pengurusan Murid April 2024 di bawah PPD Negeri
Jawatan Kosong Pembantu Pengurusan Murid April 2024 di Bawah PPD Negeri 3

Info bulan April berkenaan jawatan kosong Pembantu Pengurusan Murid April 2024 untuk anda. Pihak sekolah yang berkaitan sedang mencari tenaga kerja dibawah jawatan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang sangat membantu organisasi kerja di sekolah. Untuk itu, para pemohon diseru untuk membuat permohonan secara atas talian di beberapa PPD yang dibuka.

Untuk pengetahuan umum, jawatan kosong Pembantu Pengurusan Murid kini tersedia di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Negeri bagi bulan April 2024. Oleh itu, permohonan untuk jawatan ini dibuka kepada umum, menawarkan peluang pekerjaan yang menarik untuk permohon yang berkelayakan dan berminat.

Berkenaan Jawatan Kosong Pembantu Pengurusan Murid April 2024

Pembantu Pengurusan Murid(PPM) sangat memainkan peranan penting dalam pengurusan harian sekolah di bawah arahan Pejabat Pendidikan Daerah. PPM membantu dalam menyelenggara operasi sekolah, memberikan sokongan kepada guru dan staf, serta memastikan kelancaran proses pembelajaran.

Mohon semak senarai jawatan kosong PPM yang dibuka untuk permohonan orang ramai, terdapat banyak kekosongan yang dibuka mengikut PPD negeri.

Senarai Jawatan Kosong Pembantu Pengurusan Murid April 2024

Untuk makluman umum, berikut adalah merupakan senarai kekesongan jawatan PPM yang disusun mengikut negeri bagi bulan April 2024:

Senarai JawatanLokasi Kekosongan
MySTEP Pembantu Pengurusan Murid Ganti (PPM)PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA TERENGGANU
PEMBANTU PENGURUSAN MURIDPEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA LANGAT
PEMBANTU PENGURUSAN MURID PPKI & PRASEKOLAHPEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PENDANG

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan tawaran kekosongan jawatan ini, anda boleh membuat rujukan pada bahagian semakan iklan rasmi bagi jawatan.

Syarat Kelayakan Jawatan

Bagi membuat permohonan jawatan PPM ini, para pemohon yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Kelayakan akademik minimum diploma dalam bidang berkaitan.
  • Berpengalaman dalam bidang pendidikan atau pentadbiran sekolah (diutamakan).
  • Mahir dalam menggunakan komputer.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan semangat dalam perkhidmatan.

Tarikh Tutup Permohonan Jawatan

Para pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan dengan kadar segera dan perlu membuat permohonan dengan betul sebelum 21-22 Mei 2024 berdasarkan jenis jawatan yang dipohon.

Tempoh tutup permohonan adalah berbeza mengikut lokasi, mohon para pemohon menyemak iklan lengkap dibahagian bawah.

Tugasan dan Skop Kerja Jawatan Pembantu Pengurusan Murid

Bagi para pemohon yang berminat untuk mengemukakan permohonan, anda boleh mengetahui beberapa perkara dan senarai tugasan PPM bagi prasekolah dan PPM bagi PPKI.

Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah

  • Membantu guru dalam urusan pentadbiran kelas Prasekolah
  • Membantu guru dalam urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-murid Prasekolah
  • Membantu guru dalam urusan penyediaan makanan/mengemas/membersih
  • Membantu guru dalam urusan menjaga hal ehwal murid

Pembantu Pengurusan Murid PPKI

Membantu guru dalam perkara berikut:

  • Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas
  • Pengurusan Bilik Darjah/Bangunan Pendidikan Khas
  • Pengurusan Dokumen dan Stok Pendidikan Khas
  • Perjalanan Pengajaran dan Pembelajaran
  • Pengurusan / Pergerakan dan Aktiviti Murid Pendidikan Khas (Mobiliti)
  • Tugas Sewaktu Cuti Sekolah

Sila semak panduan lengkap untuk membuat permohonan jawatan kosong Pembantu Pengurusan Murid April 2024 yang kami sertakan dibahagian bawah.

Urusan Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Pengurusan Murid April 2024

Rujukan Iklan Tawaran Kerja

jawatan kosong pembantu pengurusan murid april 2024

Berdasarkan makluman dan wawaran daripada pihak PPD, terdapat kekosongan 3 jenis jawatan kosong PPM di beberapa negeri. Oleh itu, untuk pemohon, anda boleh membuat semakan segera berkenaan tawaran kerja lengkap pada pautan dibawah:

Cara Mohon Jawatan Kosong Pembantu Pengurusan Murid April 2024

Bagi membuat permohonan, berikut adalah merupakan langkah-langkah permohonan jawatan kosong yang anda boleh lakukan:

  • Layari laman web Myfuturejob.
  • Sila semak jawatan kekosongan PPM yang ada.
  • Baca teliti maklumat yang disediakan.
  • Klik ‘Apply’ untuk mohon. Kemudian anda perlu log masuk dan lengkap maklumat permohonan anda.
  • Sahkan permohonan anda.
  • Tunggu maklum balas daripada pihak PPD.

Untuk maklumat lanjut tentang jawatan kosong Pembantu Pengurusan Murid April 2024 di bawah PPD Negeri dan untuk membuat permohonan, sila layari laman web rasmi PPD Negeri anda atau hubungi mereka secara langsung.

Terima kasih atas minat para pemohon untuk mengemukakan permohonan seterusnya dalam memajukan pendidikan di negeri ini. Buatlah permohonan anda dengan teliti dan berharap permohonan berjaya dalam usaha anda.

2 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati