Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Resepi Cekodok Pisang Ranggup dan Sedap

cekodok pisang
Resepi Cekodok Pisang

Cekodok pisang adalah sejenis makanan yang terbuat daripada adunan tepung gandum yang dicampur dengan pisang yang telah dilumatkan. Biasanya, adunan ini dicampurkan dengan gula, garam dan rempah-rempah seperti kayu manis atau vanila untuk memberikan rasa yang khas.

Setelah itu, adunan dibentuk menjadi bulatan kecil dan digoreng hingga berubah menjadi warna kecoklatan. Cekodok pisang sering dianggap sebagai makanan ringan tradisional yang popular di Malaysia, Indonesia dan negara-negara Asia Tenggara lainnya.

Rasanya yang manis dengan aroma pisang yang khas dan teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam merupakan salah satu sebab mengapa hidangan ini menjadi pilihan menu minum petang yang popular.

Asal Usul Cekodok Pisang

sejarah cekodok pisang

Sejarah Cekodok Pisang

Asal usul cekodok pisang tidak mempunyai catatan sejarah yang pasti tetapi ia diyakini berasal daripada Malaysia atau Indonesia. Makanan ini merupakan sebahagian daripada hidangan warisan masyarakat di kedua negara ini.

Secara tradisi, hidangan ini dibuat menggunakan pisang yang telah matang kemudian dihancurkan dengan bahan-bahan lain seperti tepung gandum, gula, dan garam sebelum digoreng. Makanan ini awalnya muncul sebagai cara untuk memanfaatkan pisang yang terlampau matang atau overripe.

Seiring dengan waktu, hidangan ini menjadi makanan ringan yang popular kerana rasa manis yang memikat selera. Nama lain bagi hidangan ini adalah ‘jemput-jemput pisang’. Makanan ini sering disajikan semasa acara keluarga dan majlis keramaian.

Resepi Cekodok Pisang Ranggup

resepi cekodok pisang ranggup 1

Berikut merupakan resepi cekodok pisang yang harus anda cuba. Di bawah ini merupakan bahan-bahan dan langkah-langkah penyediaan.

Bahan-bahan:

  • 3 hingga 4 pisang matang
  • 1 cawan tepung beras atau tepung gandum
  • 1 sudu besar gula pasir
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kayu manis
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan pisang yang telah dihancurkan, tepung beras atau tepung gandum, gula pasir, garam dan serbuk kayu manis dalam mangkuk besar kemudian aduk rata hingga menjadi adunan yang kental.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
  3. Ambil adunan dan bentuk menjadi bulatan kecil.
  4. Goreng cekodok dalam minyak panas hingga bertukar warna kecoklatan dan masak sepenuhnya sekitar 2 hingga 3 minit.
  5. Angkat cekodok dan tapiskan minyak menggunakan kertas minyak atau dapur.
  6. Sajikan kepada ahli keluarga.

Resepi Cekodok Pisang Khairul Aming

cekodok pisang kahirul aming

Berikut adalah resepi cekodok pisang versi Khairul Aming. Anda semua harus cuba resepi ini di rumah.

Bahan-bahan:

  • Pisang
  • 5 sudu gula
  • Sedikit garam
  • Tepung gandum
  • Minyak masak

Cara penyediaan:

  1. Lenyekkan pisang.
  2. Masukkan 5 sudu gula.
  3. Masukkan sedikit garam
  4. Masukkan 2 cawan tepung gandum. Tambah tepung gandum mengikut keperluan adunan.
  5. Jadikan adunan menjadi bentuk bulat.
  6. Goreng cekodok dalam api yang panas.
  7. Angkat cekodok dan tapiskan minyak.

Resepi Cekodok Pisang Kelapa Parut

cekodok pisang kelapa parut

Hidangan ini adalah sejenis kuih tradisional Malaysia yang terbuat dari pisang yang dilumatkan, kelapa parut, gula dan tepung gandum. Adunan kemudiannya digoreng sehingga keemasan. Hidangan ini boleh dijumpai di gerai -gerai atau bazar di Malaysia. Kreativiti masyarakat kita hari ini dalam pembuatan menu dapat dibuktikan dengan adanya resepi cekodok pisang yang pelbagai ini.

Ikuti langkah-langkah dan sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan menu ini.

Bahan-bahan:

  • 5 biji pisang emas
  • 2 sudu makan gula
  • Sedikit garam
  • Soda berkarbonat
  • 1/2 cawan kelapa parut
  • 3/4 cawan tepung gandum

Cara penyediaan:

  1. Masukkan pisang emas dan gula perang atau gula putih ke dalam mangkuk. Kemudian, tambahkan garam dan soda berkarbonat sebagai penaik makanan.
  2. Masukkan kelapa parut dan tepung gandum kemudian gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan adunan yang telah digaul sebati dan dibentuk menjadi bulat ke dalam minyak masak yang panas dengan api yang sederhana.
  4. Hidangan siap.

Sampai di sini sahaja perkongsian kali ini, diharapkan penulisan ini dapat membantu anda dalam menyediakan menu minum petang untuk keluarga dan jiran tetangga. Selamat mencuba!

Apa itu cekodok pisang?

Hidangan ini ialah sejenis makanan yang terbuat daripada pisang yang telah dilumatkan bersama tepung gandum atau tepung beras beserta bahan-bahan lain seperti gula dan garam. Terdapat juga variasi moden iaitu yang dicampurkan dengan kelapa parut.

Bagaimanakah cara membuat cekodok pisang?

Pertama-tama sekali pisang harus dihancurkan dan kemudiannya dicampur dengan tepung gandum atau tepung beras serta bahan-bahan lain seperti gula dan garam. Adunan ini kemudian dibentuk menjadi bulatan kecil dan digoreng sehingga kecoklatan.

Darimanakah datangnya cekodok pisang?

Hidangan ini merupakan makanan tradisional yang popular di Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara lainnya. Ia menjadi sebahagian daripada kebudayaan dan hidangan tempatan masyarakat Melayu.

Adakah cekodok pisang menu yang sihat?

Ianya boleh menjadi pilihan baik sebagai snek atau pencuci mulut tetapi kerana ia digoreng ia mengandungi jumlah lemak dan kalori yang tinggi. Waalaupun begitu, jika ia dimakan dengan sederhana daripada diet seimbang ianya boleh menjadi hidangan yang mengenyangkan.

Bolekah cekodok pisang disimpan untuk dimakan kemudian?

Ya, ia boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk beberapa hari dan dipanaskan sebelum dimakan tetapi ianya sedap dimakan apabila baru digoreng.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati