Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Sesi Persekolahan Kekal Dibuka 3 Oktober 2021 dan SOP Pengoperasian

Sesi Persekolahan Kekal Dibuka
Sesi Persekolahan Kekal Dibuka

Sesi Persekolahan Kekal Dibuka pada 3 Oktober 2021 dan SOP Pengoperasian. Tarikh buka tersebut adalah dibawah Pengoperasian Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Perkara ini baru sahaja dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Radzi Jidin melalui sidang media sebentar tadi. Sebelum ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan berkaitan tarikh pembukaan persekolahan akan dibuka pada 3 Oktober untuk negeri-negeri yang berada dalam Fasa Dua dan Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara.

Sebagai langkah untuk memastikan jangkitan Covid-19 dapat dicegah dengan baik, pihak Kementerian Pendidikan juga memberikan perincian SOP pengoperasian sekolah dan telah diumumkan dalam sidang media jam 3 petang sebentar tadi.

Sesi Persekolahan Kekal Dibuka SOP Pengoperasian Sekolah bermula 3 Oktober 2021

Beliau telah menerangkan bahawa pembukaan sesi persekolahan adalah secara berperingkat mengikut negeri dan fasa masing-masing bermula pada 3 Oktober 2021.

1 sop e1631436506162
Sesi Persekolahan Kekal Dibuka

Pembukaan Sekolah Secara Berperingkat

Dibawah ini akan menerangkan pembukaan sekolah secara berperingkat mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada setiap negeri:

FASA 1

  • Negeri yang berada pada Fasa 1 diarahkan MENUTUP SEMUA INSTITUSI PENDIDIKAN
  • Segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan secara PdPR sahaja

FASA 2

  • Sama seperti Fasa 1, SEMUA INSTITUSI PENDIDIKAN DITUTUP
  • Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara PdPR sahaja
  • Hanya kelas peperiksaan dibenarkan untuk pergi ke sekolah

FASA 3

  • Negeri yang berada pada Fasa 3, dibenarkan untuk MEMBUKA SEMUA INSTITUSI PENDIDIKAN yang di bawah Kementerian Pendidikan dibuka secara berperingkat. Segalanya adalah tertakluk kepada ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia dan penilaian risiko.

FASA 4

Manakala negeri-negeri yang berada pada Fasa 4, akan MEMBUKA SEMUA INSTITUSI PENDIDIKAN SEPENUHNYA dimana ianya juga tertakluk kepada penilaian risiko semasa.

2 sop sekolah e1631437104909

Berhubung dengan pembukaan sesi persekolahan nanti, pihak KPM juga telah menetapkan kehadiran murid ke sekolah hanya 50% daripada enrolment keseluruhan dan sistem penggiliran turut dilaksanakan. Ianya supaya memastikan keselamatan semua warga sekolah dan masyarakat setempat terjamin dan mengelak penularan jangkitan Covid-19.

3 sop sekolah

Sistem penggiliran minggu akan dilaksanakan seperti yang telah ditetapkan berikut:

  • Para pelajar akan dibahagikan kepada 2 kumpulan
  • Kapasiti kelas dihadkan hanya sebanyak 50%
  • Ia dilaksanakan adalah bertujuan memastikan keselamatan pelajar-pelajar dengan kapasiti yang ditetapkan untuk mengurangkan kesesakan di dalam kelas

Namun begitu, terdapat beberapa pengecualian kepada golongan pelajar bagi penggiliran di sekolah mengikut fasa-fasa berikut:

  • Pelajar Tingkatan 6
  • Pelajar berkeperluan khas
  • Pelajar sekolah kelas peperiksaan
  • Pelajar sekolah berasrama penuh
  • Pelajar sekolah tadika yang berusia 4 hingga 6 tahun
  • Sekolah-sekolah yang tergolong dalam Sekolah Kurang Murid

Pelaksaan Pembukaan Sekolah mengikut Fasa PPN

FASA 1

4 sop

FASA 2

5 sop
6 sop

FASA 3

fasa 3 sek ren
8 sop

FASA 4

9 sop

Kami juga ada berkongsi tentang penangguhan peperiksaan MUET sesi 2 & 3.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkiatan tarikh pembukaan sekolah dan pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM dan Swasta yang berdaftar dengan KPM, sila hubungi TALIAN HOTLINE Bilik Gerakan Pembukaan Semula Sekolah di talian berikut:

talian lanjut

Perkongsian

Perkongsian artikel berkenaan Sesi Persekolahan Kekal Dibuka pada 3 Oktober 2021 dan SOP Pengoperasian ini diharapkan dapat memberikan berita kepada warga pendidik dan pelajar berkaitan pembukaan sekolah. Untuk mengetahui pelbagai berita berkaitan pendidikan, jawatan kosong, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati