Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

BANTUAN PERSEDIAAN AWAL PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2023

persediaan awal persekolahan

TERKINI :BANTUAN PERSEDIAAN AWAL PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2023 | MOHON SEKARANG!. Maklumat baharu kepada rakyat atau masyarakat yang bermastautin di Negeri Sembilan.Pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sentiasa mengambil cakna akan kebajikan rakyat setempat dan mencuba sedaya mampu untuk menolong orang awam khususnya orang yang beragama Islam yang dalam kesusahan dan kebuntuan.Di samping itu,antara alternatif dalam mengurangkan beban rakyat adalah memperkenalkan pelbagai skim bantuan bagi golongan yang memerlukan.

Ikuti Link Telegram Info semasa bantuan kerajaan Malaysia secara lanjut dan penuh

Telegram Info Bantuan

TERKINI : BANTUAN PERSEDIAAN AWAL PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2023 | MOHON SEKARANG!

Ibubapa yang berminat ingin mencuba memohon dalam bantuan persediaan awal persekolahan bagi tahun 2023 bolehlah scroll ke bawah untuk maklumat seterusnya.

Apakah Manfaat Skim Bantuan Persediaan Awal Persekolahan Ini?

Manfaat bantuan ini tersangat-sangat membantu dan mengurangkan beban kewangan ibubapa yang gajiya tersangat minima dari gaji basic yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia iaitu RM1,500 bahkan ibubapa tidak perlu pening lagi nak mencari bajet atau dana untuk membeli keperluan anak-anak anda untuk kemasukan yang baru bagi tahun 2023.

Apakah Itu MAINS?

MAINS merupakan nama singkatan bagi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan merupakan majlis agama bagi rakyat Negeri Sembilan. MAINS selalu menolong asnaf,yatim piatu dan wakaf tanah.

LATAR BELAKANG

Sehingga 1947 tiada peruntukan khusus mengenai penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan cuma ada Peruntukan Undang-Undang Islam dan Adat Istiadat Melayu(The Muslim Law and Malay Custom(Determination) Enactment.F.M.S. Cap 196) yang digunakan di Negeri -Negeri Melayu Bersekutu bagi urusan berkaitan agama dan adat istiadat Melayu termasuk Negeri Sembilan. Manakala bagi kesalahan syarak telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan beberapa kesalahan dan peraturan berkaitan dalam Perentah dalam Mesyuarat No.1 tahun 1983 (kesalahan-kesalahan syara’) (N.S.P/M No.1 Tahun 1938).

Usaha penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan bermula sejak tahun 1947 apabila pihak British memperkenalkan sistem pentadbiran moden dan mula mengambil tindakan melantik pentadbir dari golongan orang Melayu dalam usaha ke arah persediaan untuk kemerdekaan.

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1948 adalah merupakan peruntukan yang paling awal berkaitan pentadbiran Kerajaan Negeri yang telah diperkenalkan. Pihak pentadbiran Negeri yang diketuai oleh Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama iaitu YAB. Dato’Hj.Abdul Malek b.Yusuf (1948-1950) pada ketika itu telah mewujudkan jawatan Mufti dan Tuan Sheikh Hj.Ahmad b Sheikh Hj.Mohd Said b Hj.Jamaludin Al Linggi telah dilantik menjadi Sahibul Fadilah Mufti Negeri Sembilan yang pertama pada tahun 1949 setelah mendapat perkenan DYMM Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad(Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-9).

Bidang Kuasa MAINS

Sebagai sebuah badan yang beroperasi, majlis mempunyai kuasa-kuasa yang tertentu sebagaimana yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan tahun 2003.

Selain menolong dan menasihati DYMM Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus selaku Ketua Agama dalam semua perkara berkenaan dengan agama Islam negeri ini, Majlis juga merupakan badan Induk Agama Islam yang tertinggi yang bertujuan mengawal hal ehwal agama Islam negeri ini.

Antara bidang kuasa Majlis menurut sebagaimana yang tercatat dalam Enakmen tersebut:

  • Sebagai penguasa wasiat, pentadbir pusaka oarang Islam di negeri ini dan juga sebagai pemegang amanah
  • Menjalankan urusan kontrak atas harta alih dan tak alih menurut syarat-syarat tertentu mengenainya mengikut hukum Syara’
  • Hal mengenai fatwa rasmi Negeri Sembilan.
  • Urusan Baitulmal, zakat, dan khairat
  • Urusan wakaf, wasiat dan nazar
  • Sebagai pemegang amanah bagi semua masjid dan hartanya yang tak alih, termasuk urusan perlantikan pegawai-pegawai masjid
  • Urusan berhubung dengan saudara-saudara baru
  • Urusan tauliah mengajar Agama
  • Urusan perbelanjaan wang zakat mengikut Asnaf.
FB IMG 1671090651502
BANTUAN PERSEDIAAN AWAL PERSEKOLAHAN

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BAGI BANTUAN PERSEDIAAN AWAL PERSEKOLAHAN

Bagi anda yang berminat untuk memohon BANTUAN PERSEDIAAN AWAL PERSEKOLAHAN, anda perlulah mengetahui syarat-syarat kelayakan tersebut dan syarat-syarat kelayakan ini adalah ditetapkan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan(MAINS).

  1. Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia
  2. Pemohon juga mestilah lahir di negeri di Negeri Sembilan
  3. Pemohon pemastautin tetap dan mestilah beragama Islam
  4. Anda merupakan keluarga yang memiliki tanggungan yang mana tanggungan tersebut masih bersekolah atau masih belajar di mana-mana institusi pendidikan
  5. Kelulusan berkaitan dengan isi pendapatan bulanan seseorang yang ingin memohon

CARA MEMOHON BANTUAN PERSEDIAAN AWAL PERSEKOLAHAN

  • Anda hendaklah menyediakan salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Anda haruslah membuat juga salianan MyKid,MyKad dan salinan sijil kelahiran tanggungan yag masih belajar dan bersekolah
  • Salinan pendapatan isi rumah atau pengesahan akaun bank pasangan perlu diisi juga untuk diterima permohonan anda.(Jika pasangan dua-dua bekerja juga perlu menyediakan salinan pendapatan)

PERSEDIAAN AWAL PERSEKOLAHAN ini sesi persekolahan terbahagi kepada tiga (3)di Peringkat Sekolah sahaja iaitu:

  1. Pra Sekolah yang berumur enam(6) tahun sahaja
  2. Sekolah Rendah yang masih berumur tahun satu(1)-enam(6) sahaja
  3. Sekolah Menengah berumur tingkatan satu(1)-lima(5) sahaja

Bagaimanakah Cara Membuat Bantuan Persediaan Awal Persekolahan Ini?

Maklumat tambahan bagi sesiapa yang berminat  untuk memohon PERSEDIAAN AWAL PERSEKOLAHAN ini mestilah mendapatkan borang permohonan secara manual di kaunter-kaunter Pejabat Agihan MAINS daerah atau cawangan berhampiran.

Manakala sesiapa yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan borang PERSEDIAAN AWAL PERSEKOLAHAN secara manual anda juga boleh membuat permohonan secara atas talian(online)and boleh layari portal rasmi MAINS dibawah:

PORTAL RASMI MAINS

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

[email protected]
06-765 1402 / 06-765 1405
06-762 0648

Semoga permohonan anda berjalan dengan baik dan anda haruslah mengemaskini selalu maklumat borong permohonan supaya tidak tersalah dan tertinggal.Selain itu,harap dengan bantuan ini sekurang-kurangnya dapat membantu golongan yang sanngat  memerlukan dan orang ada masalah kewanagan.

Tips Untuk Mengelak Dari Bayar Cukai Dengan Zakat

1. Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 terdapat peruntukan bahawa setiap mereka yang telah membayar zakat boleh dikecualikan atau mendapat pelepasan kadar tersebut dari membayar cukai pendapatan.Untuk mendapatkan pengecualian tersebut, perkara yang perlu dibuktikan ialah :

  • Pembayaran dibuktikan dengan resit yang dikeluarkan oleh pihak yang diberi kuasa untuk memungut zakat.
  • Zakat di bayar kepada amil-amil yang diiktiraf dan dilantik oleh pemerintah.

2. Menurut Akta Cukai Pendapatan (Pindaan 2000) sekiranya seseorang individu telah membayar zakat pada 2000, maka pelepasan cukai akan diberikan pada tahun yang sama.

Terdapat dua kaedah untuk mendapat pelepasan cukai iaitu :-

i) SITUASI BAGI YANG MEMBAYAR ZAKAT SECARA TUNAI

Ahmad telah membayar zakat sebanyak RM 2,500 secara tunai pada bulan Januari tahun 2000. Ahmad kemudian menyerahkan resit zakat tersebut serta merta ke pejabat LHDN. Pihak LHDN akan membuat arahan bertulis kepada majikan untuk mengurangkan atau melepaskan cukai Ahmad untuk tahun 2000.

CONTOH 1RM
Cukai dikenakan bagi tahun taksiran 20003,000
Zakat yang telah dibayar dalam tahun 20002,500
Baki yang perlu dibayar kepada LHDN500
CONTOH 2 RM
Cukai dikenakan bagi tahun taksiran 2000 2,500
Zakat yang telah dibayar dalam tahun 2000 2,500
Baki yang perlu dibayar kepada LHDN 0

 

ii) SITUASI BAGI YANG MEMBAYAR ZAKAT SECARA POTONGAN GAJI (BULANAN)

Menurut Akta Cukai Pendapatan (Pindaan 2000) umat Islam yang membayar zakat melalui potongan gaji akan dapat mengurangkan atau menghentikan bayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB) secara serta merta.

SUMBER PENOLAKAN BERDASARKAN KAEDAH B

Contoh 1 :

Bulan Jun 2000 (Zakat : RM 55, PCB : RM 95)

*Anda akan hanya dikenakan PCB sebanyak RM 40.00 (RM 95 – RM 55)

Contoh 2 :

Bulan Feb 2000 (Zakat : RM 55, PCB : RM 50)

*Anda tidak dikenakan PCB kerana telah membayar zakat melebihi jumlah PCB.

*Majikan hendaklah menghentikan atau mengurangkan bayaran PCB pekerja berdasarkan jumlah zakat yang telah dibayar.

contoh berdasarkan pengiraan dan kaedah dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Follow Telegram Sistem Guru Online bagi mengetahui info-info bantuan yang terbaru sebagai manfaat bersama

Telegram Rasmi SIstem Guru Online

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati