Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Jalan Jalan Di Negeri Kelantan Yang Terjejas Akibat Banjir

Kelantan
Kelantan Kelantan Kelantan Kelantan Kelantan Kelantan Kelantan Kelantan Kelantan Kelantan

JALAN JALAN DI NEGERI KELANTAN YANG TERJEJAS AKIBAT BANJIR. Tersebar di Whatsapp tentang info ini. Tuan-puan diminta untuk sentiasa peka dengan keadaan semasa.

UPDATE PADA: 01.00 pm-18/12/2022

1. JAJAHAN TANAH MERAH

 Negeri

a) D194 Jalan Ke Loji Air Bukit Remeh (Landmark:Loji Air Bukit Remeh) Km 0.3-0.8-Jalan Ditutup Kepada semua Kenderaan

b) D190 Jalan Bukit Panau – Bendang Nyior (Landmark: Kg Bukit Kechik/Kg Murim, Km 10-16.9)- Jalan ditutup kepada semua kenderaan

Cerun runtuh
a) D197 Jalan Bukit Pauh – Kuala Tiga (landmark: kg Kuala Tiga) Seksyen 5.2.- Jalan Dibuka 1 lorong kepada semua kenderaan.

b) D26 Jalan Tanah Merah/kusial/Kg. Ipoh Batu 8 (landmark: kg Kulim) Seksyen 6.3- Jalan Dibuka 1 lorong kepada semua kenderaan.

c) a) D195 Jalan Kg. Ipoh/kg.baru Ulu kusial/berdang (landmark: berdang) Seksyen 5.30- Jalan Dibuka 1 lorong kepada semua kenderaan.

Jalan Jalan Di Negeri Kelantan Yang Terjejas Akibat Banjir

Jalan Persekutuan

* AIR MELIMPAH DI ATAS JALAN*
a) FT 004 Jalan Machang – Jeli ( Landmark: Kilang Blue Bross) seksyen 287.8 – Jalan dibuka kepada semua kenderaan ( jalan dibuka 1 lorong)

b) FT 129 Jalan Pasir Mas – Tanah Merah (Landmark : Petron) seksyen 24.5 – jalan dibuka kepada semua kenderaan

Note:
*Bilik gerakan banjir JKR TM telah dibuka waktu pejabat.

2. JAJAHAN PASIR MAS

Jalan Negeri

a) D185 Jalan Pengkalan Rakit – Batu Karang (Landmark : Masjid Padang Licin, KM1-4.3, Jalan ditutup kepada semua kenderaan)

b) Jalan SK Gual Tok Deh (Landmark : Padang Bola, KM0.05-0.50, Jalan ditutup kepada semua kenderaan)

c) D181 Jalan Bakat – Kubang Kuau (Landmark : Klinik Kubang Kuau, Km 7.5- 8.3, Jalan ditutup kepada kenderaan ringan)

Jalan Persekutuan

a) FT197 Jalan Tok Deh – Gual Periok (Landmark : Kg. Tok Deh, sec 0.6-1.1, Jalan ditutup kepada kenderaan ringan)

3. JAJAHAN MACHANG

Jalan persekutuan

Jalan Mendap

1) Seksyen 356 Lalauan Ft008, Jalan By Pass Machang (Landmark:PPR Machang.jalan ditutp kepada semua kenderaan)

2) Jalan KB – Kuala Krai (SMK Abdul Samad – Pangkal Gong) – ditutup kpd kenderaan ringan

3) Jalan KB – Kuala Krai (Seksyen 363.10 – 363.40 / Farmasi Cakna)- Dibuka KPD semua kenderaan

4) Jalan Machang – Kuala Krai (Kemuning)- Dibuka kpd semua kenderaan

Jalan negeri

1) Laluan D217, km 1.0, Jalan pangkal meleret limau hantu. Jalan ditutup kepada kenderaan ringan..Landmark: Kg. Buchit

2)Jalan Pangkal Meleret – Limau Hantu (D217) – ditutup kpd kenderaan ringan

3) Kemuning – Sg. Merkam (D17)- Ditutup kpd kenderaan ringan

4) Batu 30 / Temangan (Pertok – K. Kerak)- Ditutup kpd kenderaan ringan

5) Wakaf Bata / Kg. Cina (Kg. Padang Kelupang) D17- Ditutup kpd kenderaan ringan

6) Jalan Tok Bok -Selising km0.2 – Ditutup kepada semua kenderaan

4. JAJAHAN KUALA KRAI

Jalan Negeri

a) D221/219 Jalan Bukit Sireh/Kg. Bedal/Kuala Nal (Landmark:Pejabat Risda) Km 2.5-2.7 -Jalan Ditutup Kepada Kenderaan Ringan

b) D220 Jalan Sg. Durian / Chenulang (Landmark: Kg Sepuluh, Km 5.1-5.2)- Jalan ditutup kepada kenderaan ringan.

Jalan Persekutuan

Tiada

18/12/2022

5. JKR PASIR PUTEH

JALAN NEGERI

a) Jalan Gaal-Kg Bukit,D160 ,KM: 04( kedalaman : 0.38m, ditutup kepada semua kenderaan ringan, landmark: kg batu hitam

b) JAlan Cherang Tuli – Jeram, D161,KM 03, ( landmark: ladang sawit cherang tuli, kedalaman :0.3m) panjang kaw terlibat: 200m

c) Jalan Pasir Puteh – Gong Kelih,D20, KM2- -KM10 , landmark: kg surau ke kg cengal pulas (kedalaman : 0.35m , tutup kepada semua kenderaan ringan)

JALAN FEDERAL

a) Jalan FT03,seksyen 664.0 (landmark : PMU Gaal) kedalaman : 0.75m, ditutup kpd semua kenderaan) panjang kaw terlibat :500m

b) Ft003, seksyen: 674.0 (petron padang pak amat, kedalaman : 0.2m) panjang terlibat : 1000m

c) FT003, selsyen : 676.0, landmark :

Banggol 3 daerah (kedalaman : 0.75m, ditutup kepada semua kenderaan)

Perkara yang perlu dilakukan ketika banjir

Bagi berhadapan dengan Monsun Timur Laut sebanyak 429 lokasi di Pantai Timur berisiko untuk banjir.

persediaan banjir, ini 10 barang keperluan perlu ada dalam beg kecemasan anda

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk membuat persediaan awal bagi menghadapi banjir ini dengan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh jabatan penyelamat.

Antara persediaan awal yang perlu dibuat adalah:

  1. Sentiasa mendengar hebahan semasa melalui radio, TV dan agensi-agensi kerajaan serta Bilik Gerakan Banjir Negeri.
  2. Sentiasa memastikan lokasi pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana ditempat anda.
  3. Menyediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.

Langkah keselamatan yang patut diambil:

  1. Memelihara barang berharga, perabot dan barang bahaya seperti racun perosak ke tempat tinggi.
  2. Memutuskan sambungan peralatan elektrik
  3. Menutup semua api dan gas.

Selain itu, anda dinasihatkan untuk menyediakan beg keselamatan yang mempunyai barangan berikut:

  1. Wisel
  2. Lampu suluh
  3. Ubat-ubatan
  4. Radio berkuasa bateri
  5. Pakaian & peralatan mandian
  6. Air minuman
  7. Makanan dalam tin
  8. Wang tunai
  9. Bateri tambahan (power bank)
  10. Dokumen penting seperti kad pengenalan, passport, geran dan lain-lain lagi.

Sumber: Penerangan

Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan kepada orang ramai yang berada di kawasan banjir untuk berwaspada dan mengambil langkah keselamatan bagi mengelak penyakit berjangkit berkaitan banjir.
 
Selain daripada kemungkinan berlakunya peningkatan kes COVID-19, KKM juga menjangkakan berlaku peningkatan kejadian penyakit berjangkit berkaitan bencana alam itu, Kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan di Facebook.
Beliau juga turut berkongsi maklumat infografik dan langkah berwaspada secara detail yang boleh diambil orang ramai dalam menghadapi situasi tersebut.
 
Antaranya, menggunakan alat pelindung diri seperti but dan sarung tangan getah ketika kerja pembersihan banjir lumpur bagi merendahkan risiko penyakit berjangkit seperti leptospirosis (jangkitan air kencing tikus), melioidosis, dan lain-lain penyakit bawaan air dan makanan.
“Orang ramai diingatkan agar mengambil air minuman dan makanan yang bersih dan tidak tercemar bagi mengelakkan kejadian penyakit bawaan air dan makanan seperti keracunan makanan, taun (kolera), hepatitis A dan demam kepialu (tifoid),” katanya.
 
Beliau turut memaklumkan KKM menyediakan pasukan perubatan di pusat pemindahan sementara (PPS) banjir yang membekalkan ubat-ubatan asas, cecair pembasmi kuman dan pelitup muka kepada mangsa banjir.
 
Orang ramai juga perlu mendapatkan rawatan segera dari pasukan perubatan di PPS banjir atau fasiliti kesihatan berhampiran jika mengalami sebarang gejala penyakit seperti demam, sakit perut, muntah, batuk dan sebagainya.
 
Ujian saringan COVID-19 juga akan dilakukan kepada mangsa banjir sebelum memasuki PPS bagi mengesan jangkitan awal COVID-19 serta memastikan tiada penularan berlaku di kawasan berkenaan, katanya.
–rujuk BERNAMA
 

Info Tambahan

Kenapa Berlaku Banjir?

Banjir biasanya berlaku di kawasan rendah atau rata ketika kadar air dibekalkan oleh hujan atau salji lebih banyak daripada kadar pengeringan. Lebihan air akan terkumpul di suatu tempat dan kadang-kadang boleh mencecah kedalaman berbahaya.
 
Tanah permukaan boleh menjadi tepu dengan air yang menghentikan penyusupan air dengan berkesan. Penyusupan juga lambat di kawasan tanah beku, batu, konkrit, kawasan berturap atau berbumbung.
 
Banjir kawasan bermula di kawasan rata seperti dataran banjir dan di kawasan depresi tempatan yang tidak tersambung ke saluran aliran kerana halaju aliran darat bergantung pada cerun permukaan.
 
Lembangan endoreik mungkin mengalami banjir di kawasan ketika taburan air melebihi kadar penyejatan.
 

Banjir mungkin berlaku akibat limpahan air dari takungan air, seperti sungai, tasik, atau lautan, di mana air melimpah atau memecahkan benteng, mengakibatkan sejumlah air tersebut melepasi dari sempadan biasa, atau ia mungkin berlaku akibat pengumpulan air hujan di tanah tepu di kawasan banjir.

Sungguhpun saiz tasik atau lain-lain jasad air berbeza-beza dengan perubahan musim turunnya hujan dan cairan salji, perubahan saiz ini tidak akan dianggap penting melainkan ia membanjiri harta atau menenggelamkan haiwan peliharaan.

Banjir juga boleh berlaku di sungai apabila kadar aliran melebihi keupayaan aliran sungai, terutamanya pada selekoh atau kawasan berliku di laluan air. Banjir sering menyebabkan kerosakan kepada rumah dan perniagaan jika ia berada di dataran banjir semula jadi sungai.

Sungguhpun kerosakan banjir sungai dapat dielakkan dengan berpindah dari sungai dan jazad air yang lain, orang secara tradisinya hidup dan bekerja ditebing sungai kerana tanahnya kebiasannya rata dan subur dan kerana sungai menyediakan pergerakan mudah dan capaian bagi perdagangan dan industri.

Sesetengah banjir berkembang secara perlahan, sementara yang lain seperti banjir kilat, boleh berkembang dalam beberapa minit dan tanpa tanda-tanda hujan. Selain itu, banjir boleh menjadi setempat, memberi kesan terhadap kejiranan atau komuniti, atau sangat besar, yang menjejaskan seluruh lembangan sungai.

Kesimpulannya, moga info berkaitan Jalan Jalan Di Negeri Kelantan Yang Terjejas Akibat Banjir memberi manfaat kepada semua.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati