Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

MAKLUMAN : Senarai Penting Bantuan Kerajaan Disember 2022 | Mohon Dan Semak Kelayakan Anda!

Senarai Penting Bantuan Kerajaan Bulan Disember
Bantuan Kerajaan Disember

MAKLUMAN : Senarai Penting Bantuan Kerajaan Disember 2022 | Mohon Dan Semak Kelayakan Anda!. Makluman buat seluruh rakyat Malaysia bulan Disember ini, beberapa senarai penting bantuan kerajaan yang perlu anda mengambil perhatian dengan tarikh-tarikh penting dalam bulan Disember 2022 ini.

Terdapat beberapa bantuan kerajaan yang boleh anda membuat permohonan dalam bulan Disember ini melalui daripada sama ada kerajaan negeri, pihak kerajaan pusat atau lain-lain agensi seperti yang telah diiklankan. Sudah tentu dengan bantuan yang kerajaan sediakan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi kesan kenaikan harga barang.

Sila ikuti telegram rasmi di bawah ini untuk mengetahui maklumat atau info mengenai bantuan Kerajaan

OFFICIAL BANTUAN KERAJAAN

MAKLUMAN : Senarai Penting Bantuan Kerajaan Disember 2022 | Mohon Dan Semak Kelayakan Anda!

Disini beberapa senarai penting untuk tarikh bulan Disember 2022 bagi bantuan kerajaan seperti yang telah diiklankan, sila lihat di bawah butiran maklumat senarai bantuan yang telah diwar-warkan.Bantuan Kerajaan Disember:

  • Bayaran bantuan kewangan JKM bulan Disember 2022
  • Skim pembiayaan kewangan usahawan mikro negeri Pahang (Skim i-Push)
  • Insentif bayaran balik pinjaman PTPTN
  • Pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA
  • Bantuan Zakat Selangor Peduli

Amat diharapkan juga dengan beberapa bantuan yang lain disediakan Kerajaan seperti Bantuan Kewangan, Diskaun PTPTN, Geran Perniagaan, Bantuan Musim Tengkujuh dan yang lain dapat berjalan dengan baik dalam bulan Disember 2022 ini.

Butiran Senarai Penting Bantuan Kerajaan Disember 2022

1. Bantuan Kerajaan Disember : Bayaran Bantuan Kewangan JKM Bulan Disember 2022

Bantuan kewangan Jabatan kebajikan masyarakat JKM dengan bayaran seperti yang disediakan akan dikreditkan seperti kebiasaan dengan mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi bulan Disember ini.

Makluman cara pembayaran bagi bantuan ini adalah tidak sama dengan mengikut negeri masing-masing kerana untuk memudahkan setiap pengurusan saluran bantuan itu sampai kepada penerima.

Ini kerana di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jajahan/Bahagian di seluruh negara menguruskan pengendalian permohonan bantuan kewangan ini. Oleh kerana demikian itu, untuk bulan Disember ini antara 1 hingga 10 Disember 2022 bayaran bantuan JKM akan dikreditkan.

Makluman, pihak JKM akan memaklumkan dari semasa ke semasa mengenai seandainya ada perubahan bayaran bagi bantuan bulan Disember. Untuk anda mengetahui mengenai info terkini JKM anda bolehlah ke halaman Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau anda boleh terus menghubungi JKM di negeri masing-masing seandainya bayaran bantuan bulan Oktober berlaku kelewatan.

2.Bantuan Kerajaan Disember: Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (Skim i-Push)

Makluman buat seluruh rakyat Malaysia, permohonan bagi Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang i-Push diteruskan sehingga 14 Disember 2022. Skim pembiayaan kewangan usahawan mikro negeri Pahang i-Push ini merupakan Pinjaman Micro Kredit i-Push yang mana ia tiada faedah bagi usahawan kecil yang ingin berjuang meneruskan perniagaan dengan baik dalam suasana keadaan inflasi yang telah melanda hari ini

Tujuan Kerajaan Negeri melaksanakan skim tipu sini adalah untuk membantu lebih 2500 usahawan kecil dalam membuat pinjaman dengan kadar jumlah sehingga maksimum RM 10000 setiap seorang dengan moratorium selama setahun serta sehingga 5 tahun bagi tempoh pembiayaan.

Anda boleh buat permohonan secara online dengan menekan laman portal ini Permohonan Online

3.Bantuan Kerajaan Disember: Insentif bayaran balik pinjaman PTPTN

Pembentangan bajet 2023 di mana kerajaan umumkan untuk bersetuju dalam memberi insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam PTPTN. Bermula 1 November 2022 sehingga 30 April 2023 adalah merupakan tarikh penting dimana kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN. Maklumat mengenai diskaun yang telah diberikan anda boleh merujuk gambar yang tertera di bawah;

Info, bagi para peminjam anda boleh dapatkan pengesahan baki untuk tujuan pembayaran secara penuh melalui laman portal PTPTN ini PTPTN PengesahanBakiPenyelesaianHutang

4.Pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA

Bagi mereka pekebun kecil getah yang berada di bawah pihak berkuasa kemajuan pekebun kecil perusahaan getah RISDA tahun ini akan menerima bantuan musim tengkujuh (BMT) di mana ia melibatkan peruntukan sebanyak RM191 juta. Pembayaran bermula November ini akan dibuat seperti biasa sepertimana yang diberitahu oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar.

RM600 adalah kadar bantuan dan dan bank pembayaran akan dilakukan secara 2 peringkat (RM300 × 2 bulan) bulan November dan Disember 2022. Menteri kewangan membuat pengumuman dalam pembentangan bajet 2023 pada awal Oktober yang lalu bahawa Bantuan Musim Tengkujuh dinaikkan daripada RM600 kepada RM800 pada 2023

Sila layari untuk info mengenai BMT disini https://pekebunkecilmakmur.com.my/

5.Bantuan Zakat Selangor Peduli

Berita baik untuk penduduk rakyat Selangor terutama para asnaf yang telah berdaftar di negeri Selangor di mana terlibat dengan bencana banjir anda boleh terus membuat permohonan bantuan “LZS Peduli”.

Bantuan ini adalah merupakan inisiatif daripada zakat Selangor secara one off kepada ketua keluarga dimana kita just akibat banjir satu permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap rumah kediaman. Permohonan ini dibuka bermula 21 November 2022 sehingga 31 Januari 2023.

Untuk membuat permohonan, sila ke laman portal ini

ttps://www.zakatselangor.com.my

Semoga Dipermudahkan Urusan Oleh Allah.

 

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati