Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Bantuan Kewangan RM3,920.00 Pelajar Kolej Komuniti BKPKK Ini Cara Mohon

Terkini : Permohonan Bantuan Kewangan RM3,920.00 Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) | Ini Cara Mohon!
Permohonan Bantuan Kewangan

Permohonan Bantuan Kewangan RM3,920.00 Pelajar Kolej Komuniti BKPKK Ini Cara Mohon Di situasi ekonomi kini, adalah merupakan satu cabaran yang cukup besar bagi rakyat Malaysia terutama bagi pelajar-pelajar Malaysia yang telah memasuki sama ada Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), atau Kolej Komuniti yang mungkin ada beberapa pelajar tidak lahir dari keluarga yang senang pasti akan terkesan dengan keadaan ekonomi di masa kini.

Bagi pelajar-pelajar yang telah memasuki Kolej Komuniti sama ada melalui Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), kini Kementerian Pendidikan Malaysia Telah membuka ruang dan peluang untuk para pelajar Yang terdiri daripada golongan sama ada B40 dan M40 ataupun yang ibu bapa atau penjaga yang mempunyai RM3000 ke bawah supaya memohon bantuan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Bantuan yang disediakan ini amatlah penting dan sangat berguna bagi pelajar-pelajar dalam kalangan B40 dan M40 kerna mereka inilah anak muda yang akan menjadi penyambung harapan membangunkan Negara Malaysia.

Sertai Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan untuk anda dapatkan lebih banyak lagi bantuan terkini atau info bermanfaat. Saluran terpantas pengunguman kerajaan.

Telegram Info Bantuan Kerajaan Terkini

Permohonan Bantuan Kewangan RM3,920.00 Pelajar Kolej Komuniti BKPKK Ini Cara Mohon

Untuk makluman semua, bantuan kewangan asas ini disusun oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program bantuan kewangan ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk membantu mereka para pelajar yang bukan dari keluarga yang senang dan bersederhana.

Dengan jumlah wang sebanyak RM 3,920.00 setahun melalui program bantuan kewangan asasi ini akan diberikan kepada individu atau pelajar yang dikategorikan sebagai layak untuk menerima bantuan ini yang mana adalah mereka dari kelompok b40 dan m40 supaya sedikit sebanyak dapatlah membantu membayar kos yuran dan dapat berbelanja untuk melanjutkan pembelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi bagi menjamin masa depan mereka yang lebih cerah.

Apakah Syarat  Kelayakan Untuk Individu/Pelajar Mendapatkan Bantuan Ini?

Perhatian, berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon bantuan kewangan asasi ini sebagaimana yang telah ditetapkan oleh KPM:

  • Pemohon adalah merupakan warganegara Malaysia.
  • Pendapatan keluarga yang memohon adalah dari kelompok b40 dan m40.
  • Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang telah mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40.
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil).
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah.
  • Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya.
  • Pemohon perlu menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin).
  • Pemohon juga perlu mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga.
  • Pelajar yang telah menerima bantuan daripada program bantuan kewangan ini tak dibenarkan untuk menerima bantuan dari penaja lain selagi masih dalam tempoh program.
  • Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk maklumat dan info yang lebih terperinci, sila rujuk di laman portal rasmi KPM di sini. Klik laman web ini Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia

Permohonan Bantuan Kewangan RM3,920.00 Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)

Permohonan Bantuan Kewangan
Permohonan Bantuan Kewangan

Sudah maklum, bahawa kelompok B40 dan M40 adalah kelompok yang sering menjadi bual mulut masyarakat kita kerna inilah kelompok yang paling ramai dalam penduduk Negara Malaysia.

Purata penduduk bagi B40 dan M40 adalah 40%. Manakala pendapatan seisi rumah bagi B40 dengan purata bulanan di bawah RM4,850, manakala pendapatan seisi rumah bagi M40 dengan purata bulanan antara RM4,851 hingga RM10,970.

Kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis bentuk bantuan untuk membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin tinggi terutama kesan akibat pandemik covid-19 sebelum ini.

Bagi yang terlepas pandang mengenai beberapa bantuan lain yang telah disediakan kerajaan, sila lihat dan klik setiap laman portal yang disediakan di bawah:

  1. Permohonan : Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar RM100 Setiap Bulan Dilanjutkan 2023 | Semak Kelayakan Permohonan Anda!
  2. Makluman : PERCUMA Bantuan Bil Air Dilanjutkan 2024 | Sila Semak Kelayakan Anda!
  3. MAKLUMAN : Senarai Penting Bantuan Kerajaan Disember 2022 | Mohon Dan Semak Kelayakan Anda!
  4. Terkini : Bantuan Khas RM700 Dikreditkan Sebelum Akhir Tahun Ini | Semak Kelayakan Anda Disini !
  5. i Suri Kwsp: Bantuan Kerajaan RM480 Untuk Surirumah Bagi Tahun 2023

Makluman tambahan, mungkin ada dikalangan anda yang ingin mencari kerja, disini kami sertakan sedikit link bagi jawatan kosong bagi bulan Disember 2022 ini. Semoga dapat membantu anda.

  1. Terkini : Jawatan Kosong Di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Disember 2022 | Minima SPM Layak Memohon!
  2. Terkini : Jawatan Kosong Di Badan Kebajikan Dan Sukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) | Permohonan Kini Di Buka!
  3. Terkini : Jawatan Kosong Di Perbadanan Perwira Harta Malaysia Bulan Disember 2022 | Mohon Segera!
  4. Terkini : Jawatan Kosong Di Jabatan Akauntan Negara Malaysia Disember 2022 | Minima SPM Layak Memohon!
  5. Terkini : Kekosongan Jawatan di Tenaga Nasional Berhad Bulan Disember | Permohonan Dibuka Sekarang!

Bantuan Kewangan RM3,920.00 Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)

Sekiranya Pelajar Gagal Dalam Menamatkan Pengajiannya Sedangkan Dia Telah Menerima Bantuan Kewangan Tersebut, Adakah Pelajar Itu Perlu Membayar Kembali Bantuan Yang Telah Diberikan Sepanjang Tempoh Pengajiannya?

Berdasarkan maklumat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa adalah pelajar tersebut wajib membayar kembali jumlah perbelanjaan yang telah ditaja oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sekiranya gagal dalam menamatkan pengajian nya dengan berjaya

Adakah CGPA Bagi Pelajar Diambil Kira Dalam Memohon Bantuan Kewangan Dan Sekiranya Ada Berapakah Minimum CGPA Yang Diperlukan Bagi Pelajar Untuk Mencapainya.

Mengikut maklumat yang disampaikan Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa pelajar tersebut layak untuk menerima bantuan kewangan ini sepanjang setahun atau dua semester pengajiannya namun syaratnya adalah pelajar itu wajib mendapat CGPA minimum 2.0 bagi melayakkan dirinya untuk mendapatkan bantuan kewangan di semester kedua akan datang.

Namun seandainya CGPA bagi pelajar tersebut tidak mencapai minima 2.0 pada semester pertama, maka secara automatik pembiayaan bagi bantuan kewangan untuknya akan diberhentikan serta merta.

Bagaimanakah Cara Untuk Membuat Semakan Dan Tawaran Permohonan Bantuan Kewangan Ini Sama Ada Diluluskan Atau Tidak?

Untuk semakan dan tawaran bantuan pelajar boleh buat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa Dan Pembiayaan,KPM. Untuk dokumen tawaran, pemohon perlu mencetak dan menyemak sendiri dokumen tawaran seperti berikut :
  •  
Surat tawaran;
  •  
Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
  •  
Borang penyata kewangan penjamin;
  •  
Panduan mengisi borang perjanjian;
  •  
Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran; dan
  •        
Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.
Pemohonan perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar UA masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.

Untuk info dan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di link yang telah disediakan Laman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Semoga Allah permudahkan urusan buat para pelajar dalam memohon bantuan ini.

Layari Telegram Sistem Guru Online bagi dapatkan info dan maklumat yang lebih bermanfaat dan terkini.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati