Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Kemasukan FASA 2 ke Kolej Matrikulasi KPM dan IPG 2022/2023 Effective Sehingga 20 Jun

PERMOHONAN KEMASUKAN FASA 2 MATRIKULASI DAN IPG 2022/2023

Permohonan Kemasukan ke Insititut Pendidikan Guru dan Kolej Matriuklasi untuk Fasa Kedua bagi ambilan 2022/2023 terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Permohonan boleh dilakukan secara atas talian bermula pada 1 Jun sehingga 20 Jun 2022.

PERMOHONAN KEMASUKAN FASA 2 MATRIKULASI DAN IPG 2022/2023

Pengenalan Program Matrikulasi KPM

Program Kolej Matri Kementerian Pelajaran Malaysia terbahagi kepada 2 iaitu:

  • Program Satu Tahun
  • Program Dua Tahun

Kolej Matrikulasi menawarkan 4 jurusan iaitu:

  • Sains Hayat
  • Sains Fizikal
  • Perakaunan
  • Teknikal (Baru diperkenalkan pada tahun ini)

Bagi pelajar yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang mereka minati.

Kelebihan Kolej Matrikulasi KPM

Setiap laluan yang dipilih oleh pelajar lepasan SPM mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Antara kelebihan Progran Matrik KPM adalah:

ec2b56d9 fca7 4b18 b4e4 cede158e6b1c 8
  1. Memperoleh elaun daripada kerajaan
  2. Dapat membiasakan diri dalam suasana dan persekitaran universiti
  3. Tempoh pembelajaran yang singkat
  4. Mendapat mengasah kemahiran (soft skill)

Risiko:

  1. Proses pembelajaran yang pantas serta silibus pembelajaran yang padat
  2. Sijil matrikulasi hanya dapat menyambung pengajian ke peringkat ijazah sahaja.
  3. Wajib mengambil peperiksaan MUET
  4. Persaingan daripada pelajar ASASI dan Tingkatan Enam untuk mendapatkan tempat ke Universiti bagi menyambung Ijazah Sarjana Muda

Institusi Pendidikan Guru (IPG)

Jemaah Menteri telah meluluskan 27 buah Maktab Perguruan di Malaysia yang dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) pada 13 Julai 2005.

Kini institusi ini telah mendapat mandat yang melayakkannya untuk menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

Selaras dengan naik taraf ini, menjadikan IPH sebuah institusi pendidikan tinggi yang bertaraf universiti.

Bagi Calon yang memohon PISMP FASA 2 dan yang masih belum menduduki e-UKCG FASA 1 ialah pada 13 Jun 2022.

Cara Permohonan

Bagi calon yang ingin melakukan permohonan, boleh klik pada pautan di bawah:

Calon yang terpilih diwajibkan menduduki dan LULUS / PERAKU Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga secara dalam talian dan diwajibkan menyediakan rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) dan mengantar pautan (link/url) menerusi portal PISMP.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Permohonan Kemasukan FASA 2 ke Kolej Matrikulasi KPM dan IPG 2022/2023 kepada ibu bapa dan pelajar lepasan SPM yang berminat untuk membuat permohonan.

Rujukan: https://madeinuitm.com/lepasan-spm-matrikulasi-atau-diploma/

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati