Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jadual Pinjaman Peribadi CIMB Bank Serta Penerangan Pinjaman Peribadi CIMB Bank

Jadual Pinjaman Peribadi CIMB Bank Serta Penerangan Pinjaman Peribadi CIMB Bank
Jadual Pinjaman Peribadi CIMB

Salah satu bank tempatan di Malaysia adalah CIMB Bank. Ia menyediakan perkhidmatan pinjaman dan juga jadual pinjaman peribadi CIMB yang sangat membantu penggun bagi mengetahui lebih lanjut dengan produk yang mereka tawarkan.

Untuk perkongsian kali ini, kami kongsikan kepada anda berkenaan perkhidmatan pinjaman yang ditawarkan oleh Bank CIMB dan senarai jadual pembayaran pinjaman CIMB.

Penerangan Berkenaan Pinjaman Peribadi Bank CIMB

Jenis Pinjaman Peribadi CIMB Bank

Terdapat pinjaman peribadi yang dicatatkan oleh CIMB iaitu:

  1. CIMB Cash Plus
  2. CIMB Xpress CASH-I

Berikut adalah penerangan bagi dua jenis pinjaman CIMB tawarkan:

Pinjaman Peribadi CIMB Cash Plus

Pinjaman Peribadi CIMB Cash Plus
Jadual Pinjaman Peribadi CIMB

Pinjaman CIMB Cash Plus adalah pinjaman peribadi CIMB konvensional yang boleh dipinjam oleh pengguna dengan jumlah yang ditetapkan. Minimum pinjaman adalah RM2,000 dan maksimum pinjaman adalah RM100,000.

Pinjaman akan disertakan bersama persetujuan bayaran balik dengan kadar faedah yang ditetapkan oleh pihak Bank.

Pembiayaan CIMB Xpress Cash-i

Jadual Pinjaman Peribadi CIMB Bank Serta Penerangan Pinjaman Peribadi CIMB Bank
Jadual Pinjaman Peribadi CIMB

Pembiayaan CIMB Xpress Cash-i adalah merupakan pembiayaan islamik yang menawarkan kadar pinjaman tanpa faedah. Ia adalah pinjaman patuh syariah dan bukan riba dan bank boleh dapatkan untung melalui bayaran pemprosesan atau caj perkhidmatan.

Junlah pinjaman yang ditawarkan adalah bermula dari minimum RM3,000 sehingga RM50,000 maksimum. Pinjaman jenis ini adalah lebih fleksibel berbanding pinjaman peribadi konvensional diatas.

Untuk makluman semua, jenis pinjaman diatas adalah ditawarkan kepada pekerja swasta dan bekerja sendiri sahaja. Kakitangan kerajaan adalah tidak layak untuk mohon.

Ciri-ciri Pinjaman Peribadi CIMB Bank

Gaji Rendah Layak Mohon

Kelayakan untuk mohon pinjaman peribadi CIMB adalah minima RM800.

Pinjaman Tanpa Perlu Cagaran

Jenis pinjaman yang ditawarkan adalah pinjaman tanpa cagaran yang mana pelanggan boleh mohon tanpa kemuka cagaran atau penjamin. Tetapi, pihak bank akan minta sekiranya diperlukan.

Kadar Pembiayaan Fleksibel

Kadar pinjaman adalah bermula dari RM3,000 sehingga RM50,000 bagi pembiayaan CIMB Xpress Cash-i dan sebanyak RM50,000 bagi pinjaman peribadi konvensional.

Kadar Masa Pembayaran Balik Pinjaman Lama

Pihak bank CIMB menetapkan pinjaman bayaran balik adalah pada selepas 6 bulan sehingga 5 tahun.

Permohonan Diluluskan Cepat

Pinjaman yang ditawarkan boleh diluluskan dalam tempoh 24 jam sahaja tanpa perlu menunggu lama berdasarkan ketetapan pihak bank.

Contoh Kadar Faedah Pinjaman CIMB Bank

Terdapat kadar penetapan caj faedah dan kadar keuntungan bagi pinjaman syariah. Berikut adalah penerangan bagi kadar faedah jenis pinjaman yang ditawarkan oleh CIMB Bank:

Kadar Faedah CIMB XPress Cash-i

Kadar faedah CIMB XPress Cash-i
Jadual Pinjaman Peribadi CIMB

Kadar keuntungan (Kadar Rata) adalah antara 18% sehingga 24% setahun dan bersamaan dengan kadar keuntungan efektif adalah sebanyak 28.88% sehingga 41.70% setahun bergantung pada tempoh pembiayaan yang dikenakan.

Kadar Faedah CIMB Cash Plus

Kadar Faedah CIMB Cash Plus
Jadual Pinjaman Peribadi CIMB

Bagi penetapan kadar faedah pinjaman peribadi CIMB Cash Plus adalah bagi tempoh pinjaman 2 sehingga 5 tahun ditetapkan kadar faedah adalah dari 6.88% sehingga 14.88%.

Jadual Pinjaman Peribadi CIMB

Anda boleh merujuk jadual pinjaman peribadi CIMB bagi urusan semakan dan mendapatkan maklumat betul dari pihak CIMB. Sekiranya RM2,000 adalah pinjaman anda maka anda boleh membuat pembayaran balik sebanyak RM45 selama 5 tahun atau 60 bulan.

jadual pembayaran peribadi CIMB
Jadual Pinjaman Peribadi CIMB

Syarat Kelayakan Permohonan Personal Loan CIMB

Penetapan syarat kelayakan adalah ditetapkan oleh CIMB Bank sendiri. Bagi mereka yang mempunyai perancangan membuat pinjaman, boleh rujuk syarat-syarat dibawah:

Syarat kelayakan bagi permohonan CIMB XPress Cash-i

  1. Berumur 21 hingga 60 tahun (Maksimum 65 tahun)
  2. Warganegara Malaysia
  3. Permohonan bersama adalah tidak boleh.
  4. Pendapatan kasar bulanan minima RM800 dan ke atas (termasuk pendapatan berubah, contoh seperti upah kerja lebih masa serta elaun)
  5. Bekerja atau mempunyai perniagaan sekurang-kurangnya selama 6 bulan daripada bermula operasi.

Syarat kelayakan bagi permohonan CIMB Cash Plus

  1. Berumur 21 hingga 58 tahun
  2. Warganegara Malaysia
  3. Pendapatan kasar bulanan minima adalah RM2,000
  4. Telah bekerja selama lebih dari 6 bulan
  5. Untuk yang bekerja sendiri, perniagaan haruslah aktif bagi lebih dari 24 bulan.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan Untuk Mohon Pinjaman Peribadi Bank CIMB

Terdapat beberapa dokumen yang anda perlu sediakan bagi membuat permohonan pinjaman peribadi CIMB. Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disediakan bagi:

Dokumen yang Diperlukan Bagi Kerja Swasta

Dibawah adalah merupakan jenis dokumen yang diperlukan bagi seorang pekerja swasta:

  1. Slip gaji minimum 1 bulan terkini atau penyata KWSP terkini dengan sumbangan minimum 6 bulan untuk pekerja yang menerima pendapatan tetap.
  2. Slip gaji minimum 3 bulan terkini atau penyata KWSP terkini dengan sumbangan minimum 6 bulan pekerja yang menerima pendapatan tidak tetap.

Dokumen yang Diperlukan Bagi Mereka yang Bekerja Sendiri

Bagi mereka yang terlibat dengan perniagaan dan bekerja sendiri, anda perlu menyediakan beberapa dokumen seperti dibawah:

  1. Dokumen pendaftaran perniagaan SSM
  2. Penyata bank syarikat minimum 6 bulan terkini
  3. Borang B/BE terkini dan resit pembayaran LHDN atau
  4. e-Borang B/BE terkini dan resit perakaun e-pemfailan

Cara Mohon Pinjaman Peribadi CIMB

Bagi mereka yang mempunyai tujuan untuk membuat permohonan pinjaman daripada pihak CIMB Bank, anda boleh membuat permohonan secara atas talian dan pantas. Boleh mohon pinjaman segera melalui pautan dibawah:

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati