Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Tentera Darat Siri 200 Tahun 2024

Pengambilan Tentera Darat Siri 200 Tahun 2024

Permohonan jadi Tentera Darat Malaysia dibuka. Pengambilan Tentera Darat Malaysia dibuka untuk para pemohon yang berminat. Sehubungan itu, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil cakna oleh para pemohon.

Berikut adalah perkongsian mengenai tawaran jawatan perajurit muda, syarat dan kelayakan serta cara mohon jadi tentera darat di portal TDM.

Makluman Pengambilan Tentera Darat Lelaki Siri 200 Tahun 2024

Pengambilan Tentera Darat Lelaki Siri 200 Tahun 2024

Pihak Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mengumumkan pengambilan tentera darat siri 200 tahun 2024 kepada rakyat Malaysia. Permohonan adalah dibuka bermula sekarang dan akan ditutup pada tahun hadapan.

Berikut adalah beberapa maklumat pengambilan tentera darat siri 200 tahun 2024:

  • Jawatan : Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 200 Tahun 2024
  • Majikan : Tentera Darat Malaysia (TDM)
  • Permohonan Dibuka : 22 November 2023 – 20 Disember 2023

Syarat-Syarat Kelayakan Pengambilan Tentera Darat

Pengambilan Tentera Darat Siri 200 Tahun 2024

Sumber : Tentera Darat Malaysia (TDM)

Terdapat syarat-syarat khusus yang mesti dipenuhi oleh para pemohon. Berikut addalah syarat-syarat dalam pengambilan tentera darat Malaysia:

Syarat Asas Permohonan

Terdapat beberapa syarat asas permohonan yang perlu anda ketahui sebelum membuat permohonan. Berikut adalah syarat asas permohonan pengambilan tentera darat:

  1. Warganegara Malaysia. Maklumat pemohon akan disemak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh Angkat Sumpah.
    Penglihatan.
  3. Pemohon boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap.
  4. Tidak rabun warna.
  5. Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
    Fizikal.
  6. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi
  7. Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
  8. Tiada Kesalahan Sivil dan Dadah – Tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah. Segala maklumat anda akan disemak dengan Mahkahmah dan AADK.

Syarat Fizikal

  • Ketinggian:
    • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
    • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
  • Berat Badan:
    • Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
    • Berat Badan Minima Wanita 40.5 kg
  • Indeks Jisim Badan (BMI) :
    • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 26.9

Syarat Kelayakan Akademik

Pihak Tentera Darat Malaysia(TDM) telah memberi penjelasan mengenai kelayakan berdasarkan akademik buat para pemohon. Gaji permulaan juga dikira berdasarkan taraf akademik.\

Berikut adalah maklumat mengenai syarat kelayakan akademik bagi pengambilan tentera darat Malaysia:

AkademikPenerangan & Gaji Permulaan
SPMSijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
SVMSijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
SKMSKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
STAMSijil Tinggi Agama Malaysia(STAM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan: RM1,762.03]
STPMSijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah,Usuluddin atau Bahasa Arab pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan: RM1,762.03]
DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN/ PENGAJIAN ISLAMDiploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran atau Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,828.04]
DIPLOMA KEJURUTERAANDiploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]
Wajib – Subjek Bahasa Malaysia ATAU Sejarah Sijil (SPM/SVM) mesti lulus kedua-duanya. Sekiranya pemohon GAGAL salah satu Subjek (Bahasa Malaysia ATAU Sejarah) anda tidak LAYAK atau GAGAL secara automatik. Segala maklumat anda akan disemak dengan Jabatan Peperiksaan, segala maklumat yang tidak benar akan ditolak secara automatik.

Panduan Permohonan dan Rujukan Lanjut

Cara Mohon Jawatan Dalam Pengambilan Tentera Darat Malaysia

Disarankan untuk para pemohon melakukan permohonan berdasarkan beberapa maklumat dibawah:

Panduan Pendaftaran Baharu Bagi Pengambilan Tentera Darat Malaysia

  • Digalakkan untuk menggunakan Browser Chrome dan Firefox
  • Ikuti panduan pendaftaran seperti dibawah.

Pendaftaran Mohon Jawatan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia(TDM)

pengambilan tentera darat baharu

Berikut adalah beberapa langkah untuk membuat permohonan jadi tentera darat Malaysia seperti dibawah:

  1. Layari laman portal Pengambilan Tentera Darat.
  2. Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon)
  3. Pastikan No Mykad 12 Digit dan Email anda betul dan benar
  4. Buat Pengesahan seperti yang telah di email
  5. Log masuk ke bahagian pemohon
  6. Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.
  7. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.

Peringatan Kepada Para Pemohon

  • Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan
  • Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan login sistem Calon.
  • Setelah berjaya Pengesahan Email. Anda boleh login ke Sistem Calon untuk membuat Kemaskini Profil dan Muat Naik Dokumen. Permohonan anda Telah SELESAI.
  • KEPUTUSAN. Keputusan akan dimaklumkan di dalam Sistem Calon paling awal 2 minggu selepas tarikh tutup permohonan on-line. Anda dikehendaki login ke Sistem Calon dan Lihat keputusan di Menu Dashboard.
  • Bagi Pemohon yang GAGAL akan dimaklumkan melalui email dan secara automatik akaun Sistem Calon anda akan di padam dari sistem.

Maklumat Lebih Lanjut

Anda boleh mengajukan beberapa soalan dan pertanyaan ke pihak Pengambilan Perajurit Muda di talian:

  • No. Tel: 03-40140470 / 03-40140467 / 03-40140468
  • Hari : Isnin – Jumaat
  • Masa : 9.00pg – 4.00ptg

8 KOMEN

  1. Saya terlambat untuk join army Kali ni,tapi saya harap saya dapat join untuk lain Kali kalau tidal tahun ini,borang permohonan sudah tiada saya lihat,saya harap dapat peluang untuk tahun ni 2024,umur 22,SARAWAK,anak seorang bekas tentera laut Yang berkhidmat diperak

  2. Anak saya nak check nama jika tersenarai bagi siri 200 ni..bila check website tu..not found..blh bagi penjelasan…utk pengetahuan dah isi borang online utk wilayah 2 Sabah

  3. Saya sangat2 berminat masuk askar tapi sya dah prnh ada kes seksyen 12…tetapi sya dah berubah sya nk sngat2 masuk askar umur sya 21 tahun sya takde spm sya tak mahir dlm bidang bahasa english..no fon sy 0164431148

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati