Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM MATRIKULASI SESI AMBILAN 2023 2024

jpg 20230104 225022 0000

PROGRAM PERMOHONAN KEMASUKAN KE MATRIKULASI SESI AMBILAN 2023 2024 BAGI PELAJAR LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2022 . Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM bagi pelajar lepasan SPM 2021 masih dibuka!

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program Matrik KPM, kelebihannya, serta cara membuat permohonan bagi sesi 2022 / 2023.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM MATRIKULASI SESI AMBILAN 2023 2024 BAGI PELAJAR LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2022

Apakah Program Matrikulasi KPM?

Program Matrik KPM ini juga biasa digelar disebagai ‘Matrix’ dan ia terbahagi kepada 2 iaitu :

  • Program Satu Tahun
  • Program Dua Tahun

Apakah Jurusan Yang Ditawarkan?

  • Jurusan Sains
  • Jurusan Kejuruteraan
  • Perakaunan
  • Perakaunan Profesional

Bilakah Permohonan dibuka?

Buat yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi boleh membuat permohonan pada 16 Januari hingga 16 April 2024

WebBanner Kemasukan Matrikulasi ac3c598f

Kelebihan Matrik

Umumnya kita tahu terdapat beberapa laluan untuk pelajar melanjutkan pelajaran selepas SPM seperti STPM, Pusat Asasi UM, Diploma atau Matrikulasi.

Antara kelebihan Program Matrik KPM ialah:

Kelebihan :

  • Memperoleh elaun daripada kerajaan
  • Dapat membiasakan diri dalam suasana dan persekitaran universiti
  • Tempoh pembelajaran yang singkat
  • Dapat mencungkil bakat

Risiko :

  • Proses pembelajaran yang pantas serta silibus pembelajaran yang mantap dan padu
  • Sijil matrikulasi hanya dapat digunakan untuk menyambung pengajian ke pringkat ijazah sahaja.
  • Wajib mengambil MUET
  • Persaingan daripada Pelajar Asasi dan Tingkatan Enam

Anggaran Yuran

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semester.

Bagaimana Cara Untuk Membuat Permohonan?

Sekiranya berminat sila layari laman web Rasmi milik Matrikulasi bermula 16 Januari sehingga 16 April. Klik Link dibawah:

https://matrikulasi.moe.gov.my

Semoga dipermudahkan urusan buat pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Matrik dan membuat PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM MATRIKULASI SESI AMBILAN 2023/2024 

Senarai Matrikulasi Di Malaysia

Institusi / AlamatTelefon / Faks E-mel / Laman Web
Kolej Matrikulasi Melaka
Kementerian Pendidikan Malaysia,
78300 Masjid Tanah, Melaka.
Tel:06-3832000
Faks:06-3847190
 E-mel:kmm[@]kmm.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmm.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kementerian Pendidikan Malaysia,
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Tel:06-4841825
Faks:06-4841821
 E-mel:info[@]kmns.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmns.matrik.edu.my
 Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pendidikan Malaysia,
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
 Tel:04-5756090
Faks:04-5757389
 E-mel:info[@]kmpp.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmpp.matrik.edu.my
 Kolej Matrik Perlis
Kementerian Pendidikan Malaysia,
02600 Arau, Perlis.
 Tel:04-9868613, 04-9868614,
04-9868615, 04-9868616
Faks:04-9868542, 04-9868543
 E-mel:info[@]kmp.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmp.matrik.edu.my
Kolej Matrik Labuan
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jalan OKK Daud, Merinding,
Peti Surat 81735,
87027 Wilayah Persekutuan Labuan.
Tel:087-465311, 087-465314
Faks:087-466500
E-mel:adminkml[@]kml.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kml.matrik.edu.my
Kolej Matrik Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jalan Payamas,
84900 Tangkak, Ledang, Johor.
Tel:06-9781613
Faks:06-9781595
E-mel:info.kmj[@]kmj.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmj.matrik.edu.my
Kolej Matrik Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia,
31600 Gopeng, Perak.
Tel:05-3594449, 05-3594600
Faks:05-3594412, 05-3594413
E-mel:info[@]kmpk.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmpk.matrik.edu.my
Kolej Matrik Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia,
06010 Changlun, Kedah.
Tel:04-9286100
Faks:04-9242186
E-mel:info[@]kmk.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmk.matrik.edu.my
Kolej Matrik Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia,
26300 Gambang, Pahang.
Tel:09-5495000
Faks:09-5499612, 09-5498996
E-mel:info[@]kmph.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmph.matrik.edu.my
Kolej Matrik Kejuruteraan Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah.
Tel:04-4682508
Faks:04-4682281
E-mel:admin.kmtk.matrik[@]1govuc.gov.my
Laman Web:http://www.kmtk.matrik.edu.my
Kolej Matrik Kejuruteraan Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia,
26400 Bandar Jengka, Pahang.
Tel:09-4677103
Faks:09-4677102
Laman Web:http://www.kmtph.matrik.edu.my
Kolej Matrik Kejuruteraan Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia,
KM 5, Jalan Kukup,
Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor.
Tel:07-6881629, 07-6881630
Faks:07-6881631, 07-6882720
E-mel:info[@]kmtj.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmtj.matrik.edu.my
Kolej Matrik Selangor
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kathong Mukim Jugra,
42700 Banting, Selangor.
Tel:03-31201410
Faks:03-31201372
E-mel:webmaster[@]kms.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kms.matrik.edu.my
Kolej Matrik Kelantan
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Beg Berkunci No. 3,
16810 Selising, Kelantan.
Tel:09-7808000
Faks:09-7808080
E-mel:webmaster[@]kmkt.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmkt.matrik.edu.my
Kolej Matrik Sarawak
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Lot 216, Fasa II,
Taman Perindustrian Sejingkat,
Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak.
Tel:082-439100
Faks:082-433108
E-mel:admin[@]kmsw.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmsw.matrik.edu.my
Kolej MARA Kulim
Jalan Junjong,
09000 Kulim, Kedah.
Tel:04-4906422
Faks:04-4906426
E-mel:info[@]kmkulim.edu.my
Laman Web:http://www.kmkulim.edu.my
Kolej MARA Kuala Nerang
Lot 556, Daerah Padang Terap,
06300 Kuala Nerang, Kedah.
Tel:04-7867250, 04-7867255
Faks:04-7867254
E-mel:sysadmin[@]kmknerang.edu.my
Laman Web:http://www.kmkn.edu.my

Sejarah Matrikulasi

Program Matrik diwujudkan pada tahun 1998 merupakan satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara. Berdasarkan keperluan semasa bagi menampung pertambahan jumlah pelajar cemerlang, mengisi kekosongan tempat di bidang-bidang sains, profesional dan kritikal khususnya pelajar Bumiputera di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pada tahun 1998, Yab Dato’ Sri Najib bin Tun Haji Abd. Razak, yang pada ketika itu Menteri Pendidikan telah mencetuskan idea mewujudkan Program Matrik di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyeragamkan semua Program Matrik/Asasi yang selama ini dikendalikan oleh IPTA.

Kumpulan pertama (perintis) pelajar program ini pada tahun 1998 terdiri dari kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Pemilihan pelajar ini berdasarkan kepada keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa mereka. Pelajar ini telah ditempatkan di Kolej Yayasan Pendidikan MARA, Bangi (penempatan sementara) kerana pada ketika itu Kolej Matrik KPM belum siap dibina. Pada tahun 1999, dua kolej pertama KPM iaitu, Kolej Matrik Melaka (KMM) dan Kolej Matrik Labuan (KML) telah membuat pengambilan pertamanya dalam Jurusan Sains dan Perakaunan. Tempoh pengajian selama 1 tahun 6 bulan dalam 3 semester. Ini diikuti dengan pengoperasian 3 buah kolej matrikulasi baru iaitu Kolej Matrik Negeri Sembilan (KMNS), Kolej Matrik Pulau Pinang (KMPP) dan Kolej Matrik Perlis (KMP) pada tahun 2000.

Pada peringkat awal pengambilalihan sehingga tahun 2002, sejumlah 21 buah IPTS telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan Program Matrik KPM. Pemilihan kolej-kolej ini dibuat melalui satu jawatankuasa khas (Jawatankuasa Validasi) yang merupakan gabungan tenaga pegawai daripada Jabatan Pendidikan Swasta dan Bahagian Matrik, Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM). Pemilihan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh BMKPM. Bilangan pelajar yang ditempatkan di IPTS pada setiap sesi berbeza, bergantung kepada bilangan tempat yang boleh disediakan oleh kolej matrik KPM.

Untuk memastikan program matrikulasi berada pada landasan yang betul, peringkat awal pengurusan dan pengendalian program telah berpandukan kepada program yang sedia ada di IPTA dengan membuat sedikit pengubahsuaian mengikut keperluan KPM. Kepakaran IPTA masih digunakan dalam urusan penggubalan, penaksiran, pemeriksaan dan juga pembangunan kurikulum serta dalam hal-hal lain yang berkaitan. Malahan kursus-kursus peningkatan profesionalisme pensyarah juga masih menggunakan tenaga pakar dari IPTA.

Program Matrikulasi KPM terus berkembang dengan perubahan tempoh masa pengajian dari 1 tahun 6 bulan kepada 1 tahun (Program Matrikulasi Satu Tahun-PST) pada tahun 2002. Ini diikuti dengan pertambahan beberapa buah kolej baru yang beroperasi mulai tahun 2002, 2003 dan 2010 iaitu Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh), Kolej Matrikulasi Perak (KMPk), Kolej Matrikulasi Johor (KMJ), Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) dan Kolej Matrikulasi Selangor (KMS). Mulai sesi 2003/2004, Program Matrikulasi telah membuka ruang 10% kepada pelajar bukan Bumiputera untuk mengikuti program ini. Pada tahun 2008 pula, Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) bagi Jurusan Sains telah ditawarkan khas kepada pelajar Bumiputera. Kemudiannya Program Matrikulasi telah memperluaskan Jurusan Sains dengan menawarkan Aliran Teknikal pada tahun 2009. Ini bertepatan dengan matlamat Teras 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu mengadakan lebih banyak pilihan kepada pelajar dan memberi peluang yang sama kepada semua pelajar lepasan SPM.Tiga (3) buah kolej matrikulasi telah diamanahkan untuk mengendalikan program ini iaitu Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMTK), Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang (KMTPh) dan Kolej Matrikulasi Teknikal Johor (KMTJ).

Pada tahun 2013, dua (2) buah lagi kolej baru telah dibuka iaitu Kolej Matrik Kelantan (KMKt) dan Kolej Matrik Sarawak (KMSw). Peningkatan jumlah permohonan dan pertambahan jumlah kolej matrikKPM telah menyebabkan lebih ramai pelajar cemerlang SPM mampu ditempatkan bagi mengikuti program ini. Sehingga tahun 2013, seramai 30,000 tempat disediakan bagi pelajar PST dan PDT. 15 buah kolej matrikKPM yang beroperasi sepenuh masa pada tahun 2013 dan mengendalikan Program Matrik.

Program Matrik KPM adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Semua lulusan Program Matrik KPM dianugerahkan Sijil Matrik KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati