Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Menyertai Program Anak Genius Negara Di Pusat Anak Genius Tahun 2023

Program Genius Negara

Permohonan Menyertai Program Anak Genius Negara Di Pusat Anak Genius Tahun 2023.

Program Anak Genius Negara bagi tahun 2023 kini telah dibuka dan bagi ibu bapa atau penjaga yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak bagi menyertai program di Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN) boleh melakukan permohonan bermula 1 Jun sehingga 30 September 2022.

Pengenalan Program Genius Negara

Nama PERMATA telah ditukar kepada GENIUS selaras dengan pembaharuan struktur tadbir urus Program ini pada 5 April 2019. Terdapat 7 program di bawah Bahagian GENIUS Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Program Genius Negara adalah salah satu daripadanya.

Selain itu, Program GENIUS Negara menyediakan asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak berkualiti kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun terutamanya dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.

Program ini juga membolehkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk bemain sambil belajar dan menerokai bidang kegemaran masing-masing.

Perkembangan secara menyeluruh dengan cara menggalakkan mereka untuk menggunakan kelima-lima deria dalam proses memerhati, meniru, meneroka, cuba-jaya, mengaplikasikan terhadap persekitaran di sekeliling sehingga menjadi sebahagian daripada kebiasaan mereka.

Syarat Kemasukan Program GENIUS Negara 2023

Keistimewaan Menyertai Program Genius Negara

  1. Genius merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh
  2. Genius menggunakan kurikulum yang mengintegrasikan secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas awal yang holistik
  3. Genius menggunakan pedagogi belajar melalui bermain
  4. Genius juga menekankan konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami (Exploring, Experimenting and Experiencing) 

Syarat Permohonan Program 

  • Warganegara Malaysia (anak)
  • Berumur 4 tahun ke bawha
  • Keutamaan kepada ibu bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM4,000

Cara Permohonan

Untuk melakukan permohonan, sila lengkapkan borang permohonan di bawah:

Lampiran A 2 Borang Permohonan Anak-v2

Setelah melengkapkan borang, sila sediakan dokumen dalam senarai semak yang dilampirkan ini:

  1. Salinan Surat Beranak
  2. Salinan MyKid anak
  3. Salinan Buku Kesihatan anak (Muka hadapan dan rekod vaksin)
  4. Salinan Kad Pengenalan ibu bapa / penjaga (sekiranya bekerja sendiri)

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubungan dengan Program Anak Genius Negara di Pusat Anak Genius Negara, boleh hubungi:

  • Bahagian Genius Kementarian Pendidikan Malaysia di talian 03-8880 5151

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Permohonan Kemasukan ke Program Anak Genius Negara bagi Tahun 2023 ini dapat memberikan manfaat kepada semua ibu bapa mahupun penjaga. Program yang berkualiti ini pasti akan memberikan impak baik dalam perkembangan pendidikan mahupun kemahiran anak-anak.

Baca juga: Permohonan Kemasukan ke Insititut Pendidikan Guru dan Kolej Matriuklasi untuk Fasa Kedua bagi ambilan 2022/2023

Ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan bahan pendidikan samada untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, anda boleh layari laman web rasmi Sistem Guru Online.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati