Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

TERKINI: CARA MUDAH MEMBUAT PERMOHONAN RAYUAN BKM FASA 1

permohonan bkm fasa 1

Terkini : Cara Mudah Membuat Permohonan Rayuan BKM Fasa 1. Baru-baru ini kerajaan baru sahaja mengumumkan pembayaran BKM Fasa 1 kepada mereka yang layak. Sehubungan itu, ada diantara pemohon BKM yang tidak layak menerima bantuan BKM Fasa 1 baru-baru ini. Permohonan BKM Fasa 1 yang mula dibuka awal tahun 2022 mendapat permohonan yang amat memberansangkan dikalangam rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan bantuan daripada pihak Kerajaan.

Namun, berdasarkan kerajaan dari hasil semakkan data pemohon , pemberian bantuan BKM hanya diberikan kepada mereka yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu mestilah gaji dibawah RM3,000 atau golongan B40.

Ramai yang mengeluh dari kalangan rakyat yang juga berpendapatan rendah kerana mendapat status tidak layak menerima bantuan BKM sebelum ini. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah mengumumkan permohonan rayuan terbuka BKM sekali lagi khas kepada mereka yang memohon BKM Fasa 1 yang tidak layak. Ikuti cara mudah permohonan rayuan BKM dibawah.

Permohonan Rayuan BKM Fasa 1 Akan Dibuka Pada  2 Mei 2022

Bilakah Tempoh Rayuan BKM Fasa 1 Akan Dibuka?

Tempoh Permohonan Rayuan BKM Fasa 1 akan dibuka bermula 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022. Kepada mereka yang ingin membuat permohonan rayuan diminta untuk peka dengan pengumuman terbaru mengenai BKM nanti dari pihak kerajaan.

Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat:

  • Secara dalam talian – mulai 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.
  • Secara borang kertas – mulai 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.

Siapakah Golongan yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM Fasa 1?

Mereka yang layak membuat permohonan rayuan BKM Fasa 1 ialah mereka yang dari kalangan yang tidak layak menerima bantuan BKM Fasa 1 sebelum ini. Antara mereka yang layak membuat permohonan rayuan BKM Fasa 1 ialah seperti berikut:

  • Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atau
  • Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

Cara Mudah Membuat Permohonan Rayuan BKM Fasa 1

Disini disertakan Cara Mudah Permohonan Rayuan BKM Fasa 1. Permohonan Rayuan BKM Fasa 1 boleh dibuat dengan mengikuti kaedah seperti berikut:

  • Anda boleh membuat permohonan rayuan BKM fasa 1 anda dengan secara dalam talian di Portal Rasmi BKM LHDNM, Laman Web Rasmi BKMlhdnmNota: Permohonan rayuan secara atas talian akan dibuka pada 2 Mei 2022
  • ii. Penghantaran Borang Rayuan BKM 2022 di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran (Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan).Anda adalah digalakkan untuk membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 secara dalam talian dengan mudah, cepat, dan selamat apabila tempoh rayuan dibuka. Selain itu, mengisi secara atas talian juga mengurangkan kos dan menjimatkan masa.

Apa Lagi Bantuan Yang di Sediakan Oleh Kerajaan Bagi Membantu Rakyat Terutama Golongan Yang Memerlukan?

Untuk pengetahuan semua, ada banyak lagi permohonan bantuan dari kerajaan yang anda boleh mohon bagi tahun 2022 ini. Disini kami lampirkan beberapa bantuan yang anda boleh mohon :

  • Bantuan kerajaan sediakan kepada lepasan pelajar sekolah dan graduan. Anak muda layak untuk memohon. Anda boleh buat permohonan di: Bantuan Elaun RM300 kepada pelajar
  • Kerajaan telah buat satu inisiatif untuk mereka yang mencari kerja. Anak muda atau mereka yang sedang mencari pekerjaan wajar untuk memohon kemudahan kerajaan sediakan. Boleh mohon di : Bantuan elaun cari kerja
  • Khas buat penggemar beli di shopee, kerajaan telah melaksanakan program pemberian baucar kepada pembeli shopee, anda boleh claim baucar di shopee! Sila claim baucar anda sekarang: Bantuan baucar shopee 2022
  • Kerajaan telah mengumumkan bantuan berbentuk e-wallet.Tebus e-wallet anda sekarang! : Bantuan e-wallet RM150
  • Anda ingin membina sebuah rumah? tetapi kurang bajet? Berita gembira kepada anda! kerajaan telah membuka permohonan Bantuan Bina Rumah Mesra Rakyat (RMR) mohon segera, ini adalah kemudahan kerajaan kepada rakyat Malaysia.

“Permohonan Rayuan BKM, Peluang Kedua Anda Permohonan Bantuan BKM”

Permohonan Rayuan BKM yang akan dibuka pada 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022 akan memberi peluang kepada mereka yang tidak layak menerima bantuan sebelum ini. Bantuan BKM merupakan bantuan yang penting kepada rakyat Malaysia dalam menangani masalah bebanan dan untuk meneruskan kelansungan hidup. Justeru itu, diharapkan kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam membantu dan membangunkan rakyat dan negara.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati