![OFFICIAL BAJET 2023: PEMBENTANGAN BAJET DARI KERAJAAN MALAYSIA 1 TERKINI BAJET 2023](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2022/10/TERKINI-BAJET-2023.jpg)
TERKINI BAJET 2023: PEMBENTANGAN BAJET DARI KERAJAAN MALAYSIA. Makluman terbaru, kerajaan Malaysia sekarang membentangkan bajet 2023,ikuti rangkuman lanjut mengenai kemaskini bajet 2023 dari sistem guru online.
Bajet 2023, tumpuan para rakyat Malaysia. Makluman bajet 2023 akan kami kemaskini dari semasa ke semasa.
TERKINI BAJET 2023: PEMBENTANGAN BAJET DARI KERAJAAN MALAYSIA
Isi Kandungan
- 1 TERKINI BAJET 2023: PEMBENTANGAN BAJET DARI KERAJAAN MALAYSIA
- 1.1 1.Kadar Bantuan Keluarga Malaysia(BKM) Bagi Tahun 2023 Ditingkatkan
- 1.2 2.Pembaharuan Bantuan e-Pemula
- 1.3 3.Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
- 1.4 4.Kenaikan gaji sebanyak RM100 kepada penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56.
- 1.5 5.Bantuan khas kewangan sebanyak RM700 diberikan kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah.
- 1.6 6.Bantuan kewangan Hari Raya Aidilfitri untuk penjawat awam dinaikkan kepada RM600 dan dibayar menjelang 2023.
- 1.7 7. Kadar Elaun Sara Hidup tajaan JPA bagi pelajar dan pegawai dalam negara akan diseragamkan dan dinaikkan RM100 sebulan bagi semua peringkat pengajian
- 1.8 8.Guru KAFA, imam, bilal, siak terima bayaran khas RM500
1.Kadar Bantuan Keluarga Malaysia(BKM) Bagi Tahun 2023 Ditingkatkan
Berikut merupakan maklumat terbaru tambahan kadar bayaran BKM mengikut kategori.
- BKM : kategori Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan .
- RM2,500 : Lebih dari 5 Anak
- RM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak
![OFFICIAL BAJET 2023: PEMBENTANGAN BAJET DARI KERAJAAN MALAYSIA 2 photo1665131873 2](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2022/10/photo1665131873-2.jpeg)
![OFFICIAL BAJET 2023: PEMBENTANGAN BAJET DARI KERAJAAN MALAYSIA 3 photo1665131873 1](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2022/10/photo1665131873-1.jpeg)
- BKM : Kategori Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000
- RM500 – RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)
![OFFICIAL BAJET 2023: PEMBENTANGAN BAJET DARI KERAJAAN MALAYSIA 4 photo1665131873](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2022/10/photo1665131873.jpeg)
- BKM : Kategori Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang
- RM350 – RM600 (Bergantung pendapatan)
![OFFICIAL BAJET 2023: PEMBENTANGAN BAJET DARI KERAJAAN MALAYSIA 5 photo1665131874 2](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2022/10/photo1665131874-2.jpeg)
2.Pembaharuan Bantuan e-Pemula
Terbaru bajet2023, kerajaan umum kredit e-Dompet bernilai sebanyak RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000, ia akan dijangka memanfaatkan 8 juta individu.
![OFFICIAL BAJET 2023: PEMBENTANGAN BAJET DARI KERAJAAN MALAYSIA 6 Screenshot 2022 10 07 at 4.29.17 PM 1024x575 1](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2022/10/Screenshot-2022-10-07-at-4.29.17-PM-1024x575-1.png)
3.Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Kerajaan Malaysia umum bantuan Awal Persekolahan ( BAP ) sebanyak RM150 yang akan diberi kepada semua murid tanpa mengira status pendapatan ibu bapa & akan disalurkan bermula pada Januari 2023.
![OFFICIAL BAJET 2023: PEMBENTANGAN BAJET DARI KERAJAAN MALAYSIA 7 bap](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2022/10/bap.png)
4.Kenaikan gaji sebanyak RM100 kepada penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56.
Kerajaan mengumumkan sebanyak RM100 bantuan kepada penjawat awan gred 11 keatas sehingga gred 56. Ini merupakan bantuan kerajaan khusus kepada para penjawat awam.
5.Bantuan khas kewangan sebanyak RM700 diberikan kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah.
Bantuan Khas Kewangan(BKK) Sebanyak RM700 akan disalurkan kepada penjawat awam dibawah gred 56. Ini merupakan sumbangan kerajaan untuk membantu para penjawat awam.
6.Bantuan kewangan Hari Raya Aidilfitri untuk penjawat awam dinaikkan kepada RM600 dan dibayar menjelang 2023.
Penjawat awam juga akan menikmati bantuan hari raya aidilfitri pada tahun hadapan. Bayaran sebanyaj RM600 akan dibayar menjelang tahun 2023. Sehubungan itu, bantuan ini diharap dapat membantu mereka yang memerlukan dikalangan penjawat awam.