Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

JAWATAN KOSONG Guru DG41 MARA TAHUN 2022

Guru DG41 MARA
Guru DG41 MARA

Jawatan Kosong Guru DG41 MARA Tahun 2022. Majlis Amanah Rakyat (MARA ) , sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar ( KPLB ) , memerlukan warga kerja yang berilmu , berkeyakinan , berintegriti , mempunyai nilai – nilai murni , memiliki kemahiran interpersonal , kreatif dan inovatif serta komited .

Mereka yang memiliki ciri – ciri tersebut dipelawa untuk menyertai perkhidmatan sebagai pendidik di Institusi – institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia .

Nota: Cara Membuat Permohonan Guru Di Portal MARA

Jawatan Kosong Guru DG41 MARA Tahun 2022

Apakah Jawatan Yang Ditawarkan?

Jawatan yang ditawarkan di Majlis Amanah Rakyat (MARA) ialah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

Maklumat Jawatan :

  • Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41.
  • Sektor: Kerajaan
  • Taraf : Kontrak
  • Gaji : RM2,188 – RM9,552

Jawatan yang ditawarkan adalah mengikut kapasiti dan keperluan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Segala kekosongan adalah berdasarkan statistik dan data pihak kerajaan.

Guru DG41 MARA
Guru DG41 MARA

Bila Permohonan Jawatan Dibuka Dan Ditutup?

Permohonan boleh dibuat sekarang, Permohonan dibuka pada 11 April 2022 dan permohonan akan ditutup pada 25 April 2022 sebelum jam 11.59 Malam.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian sahaja, permohonan boleh dibuat dengan merujuk seperti yang diiklankan di iklan jawatan kosong di MARA. (Rujuk iklan jawatan dibawah)

Apakah Bidang/Subjek Yang Diperlukan Tenaga Pengajar?

Berikut merupakan bidang/subjek yang diperlukan tenaga pengajar oleh MARA:

  1. Bahasa Inggeris
  2. Pendidikan Islam ( Tahfiz )
  3. Bahasa Melayu
  4. Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
  5. Bimbingan & Kaunseling
  6. Biologi
  7. Pengajian Makanan / Bioteknologi Fizik Makanan
  8. Kimia
  9. Pengurusan Perniagaan
  10. Geografi
  11. Prinsip Akaun / Perakaunan
  12. Logistik
  13. Reka Bentuk
  14. Teknologi
  15. Matematik
  16. Sains
  17. Komputer
  18. Media
  19. Seni Persembahan
  20. Pendidikan Islam
  21. Seni Reka Grafik

Apakah Syarat Kelayakan Pemohon?

Kelayakan yang diperlukan untuk memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 oleh  calon adalah seperti dibawah.

Syarat-syarat kelayakan:-

  1.  Warganegara Malaysia ;
  2. Sihat fizikal dan mental ;
  3. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;
  4. Memiliki sekurang – kurangnya Kepujian dalam tiga ( 3 ) mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu , Sejarah dan Matematik atau satu ( 1 ) mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan ;
  5. Pemohon memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam ( UA ) / Institusi Pendidikan Tinggi Swasta ( IPTS ) dalam dan luar negara dalam bidang / subjek berkaitan sahaja yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia ;
  6. Bagi pemohon bidang / subjek Pendidikan Islam ( Tahfiz ) , perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz dari Institusi Pendidikan Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia ;
  7. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang – bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan juga boleh memohon . Walau bagaimanapun kelulusan pelantikan adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat .
  8. Mendapatkan surat pengiktirafan sijil / diploma / ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia ( MQA ) , Kementerian Pendidikan Tinggi ( KPT ) untuk dibawa semasa menghadiri temu duga yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat : https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm atau https://www2.mqa.gov.my/mqr/
  9. Aktif dalam kegiatan kokurikulum ;
  10. Memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan mempunyai sahsiah keguruan yang tinggi ( memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon ) ;
  11. Mempunyai bakat istimewa seperti kebolehan bermain alat muzik , reka cipta ( inovasi ) , kemahiran bahasa asing dan lain – lain ;
  12. Bebas daripada tindakan disiplin atau disabitkan dengan kesalahan jenayah / penyalahagunaan dadah / ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri .
  13. Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan sekiranya berjaya .

Cara Permohonan Jawatan Kosong Guru DG41 Di Mara Tahun 2022

Bagaimanakah Cara Memohon Jawatan Yang Ditawarkan?

Berikut merupakan cara permohonan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 :

  1.  Pemohon hendaklah memohon jawatan berdasarkan kelayakan Ijazah Sarjana Muda yang dimiliki tepat dengan bidang / subjek yang diiklankan .
  2. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian ( online ) melalui laman web MARA di alamat https://www.mara.gov.my mulai 12 April 2022 .
  3. Permohonan akan terbatal sekiranya pemohon didapati memberi maklumat yang salah / tidak benar / manipulasi maklumat dalam borang permohonan . Maklumat maklumat tersebut akan disemak secara terperinci pada hari temu duga .
  4. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 April 2022 ( Isnin ) sebelum jam 11.59 malam. 

Sila rujuk:

Cara Membuat Permohonan Guru Di Portal MARA

Kaedah Pelaksanaan Yang Dilakukan Oleh MARA

MARA mempunyai kaedah yang sendiri dalam menyaring permohonan oleh pemohon-pemohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41. Anda boleh merujuk syarat pelaksanaan yang ditetapkan oleh pihak MARA seperti di dalam iklan dibawah :

IKLAN JAWATAN KOSONG GURU DG41 DI MARA TAHUN 2022

Segala pertanyaan dan persoalan berkenaan jawatan, anda boleh merujuk  maklumat seperti dibawah:

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel ke [email protected]

PENGARAH BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

MARA TINGKAT 18 , IBU PEJABAT MARA 21 ,

JALAN MARA 50609 KUALA LUMPUR

“Semoga Dipermudahkan Urusan Menjadi Guru ”

Kepada calon yang berminat diminta untuk persiapkan diri untuk menghadiri temuduga jika dipanggil. Permohonan jawatan di Majlis Amanah Rakyat (MARA ) merupakan peluang keemasan kepada anda untuk memulakan kerjaya sebagai guru pendidik di bawah  sektor kerajaan Malaysia. Semoga dipermudahkan urusan anda.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati