Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

BANTUAN E-WALLET RM150 KEPADA RAKYAT MALAYSIA TAHUN 2022

e-wallet

Bantuan E-Wallet RM150 Kepada Rakyat Malaysia Tahun 2022. Kerajaan Malaysia menerusi pengumuman bajet 2022 telah mengumumkan bantuan kepada rakyat Malaysia berdasarkan kategori-kategori yang ditetapkan. Peruntukan bajet bagi tahun 2022 adalah sebanyak RM332.1 Billion yag merangkumi pelbagai bantuan khas kepada rakyat yang akan diumumkan dan dibuka permohonannya dari semasa ke semasa.

Dari peruntukan bajet 2022, terdapat bantuan khas secara bantuan ini ialah bantuan secara atas talian yang harus menggunakan aplikasi E-Wallet. Program bantuan RM150 telah dibentangkan di dewan rakyat semasa pembentangan bajet 2022 oleh Menteri Kewanngan Malaysia, Datuk Seri Tengku Zafrul.

Bantuan E-Wallet RM150 Kepada Rakyat Malaysia Tahun 2022

Batuan sebanyak RM150 akan dikreditkan ke akaun masing-masing mengikut syarat kelayakan selepas permohonan dibuka untuk tahun 2022.

Menerusi Menteri Kewangan, Kerajaan telah memperkenalkan program yang bernama eStart iaitu sebuah Program Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk dan membudayakan transaksi tanpa tunai di  mana-mana premis perniagaan.

Menteri Kewangan, Yang Berhormat Mulia Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz berkata, e-Start akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

Bantuan E-dompet RM150 secara one-off diberikan kepada golongan belia akan dapat membantu pelajar-pelajar di institusi tinggi. Dalam masa yang sama, melalui program E-Dompet, E-Start akan memberikan impak yang positif kepada sektor ekonomi. Khususnya premis perniagaan secara atas talian.

Melalui penggunaan E-Dompet akan memberikan pengalaman yang baru kepada mereka yang baru pertama kali menggunakan E-Dompet. Selepas dari itu, ia secara automatik mewujudkan masyarakat yang maju dari segi muamalat menggunakan E-Dompet yang boleh bertindak menggantikan dan menambahbaik cara muamalat dalam perniagaan sebelum ini.

Permohonan E-Dompet Kepada Golongan Belia Tahun 2022

Golongan belia boleh membuat permohonan atau claim RM150 di dalam akaun E-Dompet masing-masing. RM150 juga boleh didapatkan dari berbagai jenis akaun E-Wallet yang bertapak di Malaysia.Walaubagaimanapun, Pengumuman mengenai Program E-Start masih belum diumumkan oleh kerajaan Malaysia, mungkin akan diumumkan dalam masa yang terdekat kerana ini merupakan peruntukan bantuan bajet 2022.

Buat masa ini,kerajaan juga tidak mengumumkan rangkaian E-dompet yang akan terlibat untuk program E-Start.Pada tahun lepas,tahun 2021, penebusan program eBelia PEMERKASA telah dilaksanakan dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dengan menggunakan aplikasi E-Dompet  Belia berikut:

Jadi, untuk tahun 2022 ini. Kemungkinan program E-Dompet akan dijalankan dan melibatkan rangkaian E-wallet seperti diatas. Oleh itu, diharapkan golongan belia setia menanti pengumuman-pengumuman oleh kerajaan Malaysia bagi bantuan khas kepada golongan belia Malaysia.

e-start

Kepentingan E-DompetDan Kelebihannya

Tahukah anda E-Dompet merupakan satu aplikasi yang memudahkan dan dapat menggantikan fungsi dompet duit anda?. E-Dompet merupakan gantian tranksaksi anda secara lansung di premis-premis perniagaan yang menerima pembayaran E-Dompet. Anda dapat menggunakannya dengan mudah dan selamat. Berikut merupakan kelebihan penggunaan E-Dompet dalam kehidupan harian anda :

  1. Mudah untuk digunakan. E-wallet dapat digunakan dengan mudah dalam membuat urusan pembayaran di mana-mana premis perniagaan samaada di Stesen Minyak, Pasar raya, Restauran dan mana-mana premis perniagaan yang lain yang menyediakan perkhidmatan pembayaran E-Wallet. Anda dapat memudahkan pembayaran anda hanya dengan scan code untuk membayar melalui paparan code yang disiarkan di dalam E-Wallet oleh penjual.
  2. Keselamatan wang anda terjamin. Penggunaan E-Wallet merupakan penggunaan pembayaran yang selamat. Ini adalah kerana setiap kali anda ingin melakukan transaksi, ia akan selalu meminta anda memasukkan kata laluan akaun E-Wallet anda. Jadi transaksi yang dapat dilakukan hanya anda sahaja dan tidak boleh orang lain.
  3. Boleh menebus ganjaran. Rangkaian E-Wallet yang anda gunakan mempunyai kelebihan yang menguntungkan anda. Penggunaan E-Wallet yang ada menyediakan ganjaran selepas anda melakukan transaksi akan memberikan anda ‘coin’ mereka sendiri. Semakin banyak anda menggunakan apa-apa transaksi dalam sesetengah E-Wallet anda akan dihadiahkan ‘coin’ yang anda boleh claim untuk apa-apa diskaun yang dinyatakan yang anda boleh pilih mengikut kesukaan anda sebagai ganjaran.

“E-Wallet Beg Dompet Masa Hadapan Anda”

Kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam membangunkan rakyat Malaysia. Melalui Program E-Start ini akan mendorong rakyat Malaysia bijk menggunakan kemudahan secara atas talian untuk diamalkan sesuai mengikut arus kemodenan.

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati