Jom rujuk pantun penutup majlis ringkas. Dalam sesebuah majlis, pantun sering kali digunakan sebagai elemen penutup bagi menyampaikan ucapan dengan cara yang lebih santai dan menarik. Pantun penutup bukan sahaja mencerminkan adab dan kesopanan dalam berkomunikasi, tetapi juga mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada tetamu yang hadir.
Himpunan pantun bagi penutup majlis yang ringkas dan mudah ini boleh digunakan dalam pelbagai jenis majlis seperti kenduri, seminar, atau perhimpunan formal. Dengan memilih pantun yang tepat, anda dapat menutup majlis dengan penuh hikmah dan kesantunan.
Himpunan Pantun Penutup Majlis Ringkas dan Mudah
Berikut adalah beberapa pilihan pantun penutup majlis yang ringkas dan mudah untuk anda gunakan:
Pantun Penutup Majlis Versi 1
Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.
Pantun Penutup Majlis Versi 2
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.
Dari Rokan ke Indragiri,
Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok kita bersua lagi.
Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.