Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

TEDUH: Permohonan Rumah Mampu Milik Untuk B40 l Cara Mohon Rumah Mampu Milik

Cara Mohon Rumah
Cara Mohon Rumah

[adguru adid=”70504″]

Program TEDUH: Cara Mohon Rumah Mampu Milik Untuk B40. Jabatan Perumahan Negara Malaysia telah menyediakan laman web khusus untuk memudahkan rakyat Malaysia khususnya golongan B40 untuk mencari atau menyemak rumah yang mereka bakal miliki secara melalui beli atau sewa yang dikenali sebagai TEDUH.

TEDUH merupakan laman web yang memaparkan maklumat dan fungsi carian yang berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia dan menjadi gerbang “One-Stop Centre” kepada individu yang ingin memohon program perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.

Mulai Tahun 2020, setiap permohonan rumah mampu milik seperti PPR, MyHome dan rumah transit hendaklah dibuat melalui SPRN iaitu Sistem Pengurusan Perumahan Negara.

Pendaftaran SPRN boleh dibuat melalui portal TEDUH sahaja.

Program TEDUH: Cara Mohon Rumah Mampu Milik Untuk B40

Apakah Skim Perumahan Yang Ada Dibawah TEDUH?

Terdapat banyak skim-skim perumahan yang ada tersedia dibawah laman TEDUH. Berikut merupakan senarai skim perumahan yang tersedia:

PPAM

Skim PPAM merupakan satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam sahaja. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013,Skim PPAM adalah bertujuan untuk membolehkan penjawat awam yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.

SPP

Skim Pinjaman Perumahan (SPP) merupakan skim yang diuruskan melalui akaun tabung amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan Bagi Golongan Berpendapatan Rendah (B40).

PPR Dimiliki

PPR Dimiliki merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk menyediakan penempatan terancang dan selesa kepada kumpulan sasar iaitu golongan setinggan dan berpendapatan rendah RM3,000 dan ke bawah. Harga jualan bagi rumah tersebut ialah RM35,000 per unit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 per unit di Sabah dan Sarawak. Program ini sememangnya membantu kumpulan sasar untuk memiliki rumah.

PPR Disewa

Program PPR Disewa ini telah diperkenalkan pada tahun 2002 lagi dan ianya bertujuan untuk disewakan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan pada kadar RM124 sebulan. Baca selanjutnya Cara Mohon Bantuan Rumah Sewa RM124 Sebulan.

PR1MA

PR1MA merupakan perumahan berkualiti tinggi yang berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar yang berpendapatan sederhana. Harga rumah PR1MA bersubsidi bermula dari RM100,000 sehingga RM400,000.

Rumah Transit

Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudaan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur 18 – 30 tahun. Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250 sebulan bagi tempoh 2 tahun. Program ini banyak membantu meringankan beban pasangan muda. Penyewa akan diberi notis 6 bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.

Rumah IKRAM Keluarga Malaysia

Ini adalah inisiatif daripada kerajaan dalam menyediakan kediaman yang berdaya huni dan selamat khusus kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dah kehilangan tempat berteduh kesan pandemik COVID-19 akibat pelbagai faktor seperti kehilangan pendapatan, kekurangan pendapatan serta kehilangan pekerjaan sehingga tidak lagi mampu membayar sewa yang tinggi, dihalau keluar dari rumah sewa dan seumpamanya.Program ini akan memastikan kelansungan hidup rakyat Malaysia.

Cara Mohon Rumah Mampu Milik Dibawah Laman Web TEDUH

Untuk makluman kepada rakyat Malaysia, semua permohonan hendaklah dibuat secara online sahaja. Menurut KPKT telah memaklumkan bahawa sebarang permohonan secara manual tidak akan diterima dan dilayan. Proses permohonan anda boleh ikuti seperti berikut:

B2B65C82 3943 49A5 A15C 22A0603446E2 663x1024 1

Langkah-langkah permohonan :

1.Daftar Akaun SPRN, Anda perlu membuat pendaftaran dahulu. Bagi pendaftaran pertama kali, anda akan diminta untuk membuka akaun baru dan melengkapkan maklumat yang diminta.Daftar di laman web rasmi SPRN:  https://sprn.kpkt.gov.my/

2. Log Masuk Ke SPRN

sprn cara mohon

3. Pilih SKIM mengikut kelayakan anda, anda perlu menyemak kelayakan anda di laman SPRN terlebih dahulu. Kelayakan SPRN

4.Anda akan diminta untuk melengkapkan maklumat permohonan diri anda

5. Pilih Projek yang anda inginkan.

6. Kemudian anda perlu memuatnaik dokumen sokongan anda untuk meneruskan permohonan.

7. Akhir sekali, anda perlu membuat pengesahan permohonan anda.

Sebarang persoalan dan pertanyaan anda boleh merujuk maklumat dibawah:

teduh

“Rumah Rakyat, Tanggungjawab Kerajaan”

Kerajaan Malaysia sentiasa membantu pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia. Sehubungan itu, kerajaan Malaysia membantu melalui penyediaan bantuan dari segi penempatan untuk rakyat Malaysia. Terdapat banyak bantuan dari kerajaan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Melalui TEDUH ini , ianya telah banyak membantu rakyat memiliki sebuah tempat tinggal.

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati