Mesti ramai yang tertanya-tanya Bagaimana Cara Mudah Daftar HAJI Menggunakan Akaun KWSP Anda. Betul tak?
Hari ini nak share, cara nak daftar haji menggunakan kwsp. Walaupun bunyi rumit, tapi sebenarnya sangat mudah untuk daftar Haji hanya melalui KWSP ini. Ya, serius mudah! Selain itu, cara ini sesuai untuk adik-adik yang baru mula kerja, dan yang masih belum ada cash rm1300 dalam akaun tabung haji.
Ketahui Bagaimana Cara Mudah Daftar HAJI Menggunakan Akaun KWSP Anda
Isi Kandungan
Syarat syarat Pendaftaran Haji Guna KWSP
1. Sudah mempunyai akaun tabung haji.
2. Jumlah dalam akaun 1 KWSP melebihi rm1300. Ya, dalam akaun KWSP bukan dalam akaun tabung haji. Mohon faham dan jelas.
Cara-cara Membuat Pendaftaran Haji Guna KWSP
1. Pergi ke mana-mana kiosk kwsp (boleh lihat senarai kiosk KWSP disini), print penyata kewangan semasa. Boleh juga print dari laman web kwsp.
2. Pergi ke mana-mana cawangan tabung haji, pilih daftar haji di kaunter number, tunggu sehingga number dipanggil.
3. Nanti, just bawa penyata kwsp dan kad pengenalan. Buku akaun tabung haji adalah TIDAK DIPERLUKAN.
4. Lepas sign dan cop jari, selesai proses pendaftaran.
Soalan Berkaitan Pendaftaran Haji Melalui KWSP
- Adakah jumlah dalam akaun 1 akan ditolak RM1300 untuk tujuan pendaftaran?
Jawapan:
TIDAK. Pak cik yang kerja tabung haji tu cakap, mereka hanya nak tengok kelayakan kita sahaja.
Untung kan untuk orang-orang yang tak ada kekuatan kewangan lagi. Sementara nak tunggu giliran yang sangat lambat, jadi kalau dah cukup syarat awal-awal tadi boleh la pergi daftar awal.
Kredit : Fahmi Hamid