Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

BANTUAN ELAUN RM300 OFFICIAL KEPADA PELAJAR LEPASAN SEKOLAH DAN GRADUAN

ELAUN RM300
BANTUAN ELAUN RM300 OFFICIAL KEPADA PELAJAR LEPASAN SEKOLAH DAN GRADUAN 3

Bantuan Elaun RM300 Kepada Pelajar Sekolah Dan Graduan. Berita gembira kepada pelajar lepasan sekolah dan graduan baharu. Kerajaan telah mengumumkan bantuan elaun RM300 kepada mereka yang telah tamat Sekolah dan Universiti yang diperuntukan khas kepada golongan belia. Kerajaan telah memberi sokongan kepada golongan belia melalui elaun RM300 secara bulanan. Dibawah seliaan badan kerajaan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menawarkan bantuan secara elaun RM300 melalui peruntukan bajet tahun 2022 oleh Kerajaan Malaysia.

Bantuan Elaun RM300 Kepada Pelajar Lepasan Sekolah Dan Graduan

130122 SIP EMP BUKAN PENCARUM

Melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sumbangan akan diberi secara elaun RM300 kepada pelajar lepasan sekolah dan graduan baharu dari Universiti berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkan. Pemberian bantuan elaun RM300 adalah diatas program pencarian pekerjaan kepada mereka yang baru sahaja tamat persekolahan, graduasi dari universiti dan pekerja sektor tidak formal. Menurut pihak PERKESO program tersebut ialah:-

  • Program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP MEP+)

Program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP MEP+) merupakan satu program khas kepada bukan pencarum PERKESO dan ini adalah bantuan kewangan diberikan kepada individu bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal yang terkesan akibat krisis wabak   COVID-19 bagi meneruskan kelangsungan hidup semasa mencari peluang pekerjaan baharu.

Bantuan SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini mengandungi insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang diterima apabila individu yang layak menghadiri temuduga dan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) sekiranya telah kembali bekerja.

Permohonan Elaun RM300 Program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP MEP+) 

Pemohon boleh membuat permohonan di laman web rasmi PERKESO atau aplikasi PERKESO PRIHATIN. Sebelum memohon di laman web PERKESO atau melalui aplikasi PERKESO PRIHATIN, pemohon perlu mendaftarkan diri di profil MYFUTUREJOB bagi melayakkan diri untuk menerima bantuan elaun RM300.

Cara Memohon

  •  Daftar/ kemas kini profil anda dalam portal MYFUTUREJOB.
  • Muat turun aplikasi PERKESO PRIHATIN melalui Apple App Store atau Google Play Store
  • Pemohon boleh memohon tuntutan di aplikasi PERKESO PRIHATIN.

Syarat Kelayakan

  • Individu yang belum berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 jun 2021.
  • Daftar sebagai pencari kerja di portal MYFUTUREJOB
  • Menghadiri temu duga sekurang-kurangnya 3 kali sebulan
  • kemas kini log aktiviti di portal MYFUTUREJOB.

Pemohon yang berjaya mendapat elaun berjumlah RM300 semasa dalam proses mencari pekerjaan akan menerima elaun tersebut dalam tempoh 3 bulan dan pemohon juga akan  mendapat Elaun Persedian Bekerja (EPB) secara “ONE-OFF” iaitu setelah mendapat pekerjaan.

Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh merujuk ke laman rasmi PERKESO.

Laman Web Rasmi PERKESO

Soalan lazim berkenaan bantuan elaun RM300 dibawah Program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP MEP+):-

Soalan lazim berkenaan SIPEMP+

Sebarang pertanyaan lanjut boleh terus hubungi pihak PERKESO di talian 1300-22-8000-03-80915400.

“Semoga dipermudahkan urusan mencari pekerjaan”

Bantuan Elaun RM300 Kepada Pelajar Sekolah Dan Graduan. Sumbangan bantuan berbentuk elaun RM300 merupakan bantuan yang sangat membantu kepada pelajar yang baharu tamat persekolahan dan graduan yang baharu tamat belajar. Melalui bantuan berupa elaun itu akan menyuntik semangat golongan belia untuk keluar mencari pekerjaan di era COVID-19. Kerajaan Malaysia telah banyak memainkan peranan dalam mengolak langkah kepada rakyat untuk menyenangkan dan memudahkan urusan rakyat Malaysia. Segala pemberitahuan maklumat berkenaan diatas adalah tertakluk terma dan syarat kepada pengurusan pihak PERKESO.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati