Bantuan sejumlah Elaun Cari Kerja kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan. Kerajaan Malaysia dalam usaha membantu membangunkan kemajuan negara Malaysian telah memberi suntikan dan dorongan kepada mereka yang kehilangan kerja, dibuang kerja, diberhentikan kerja kerana pandemik COVID-19 melalui pengumuman elaun khas kepada golongan terjejas kerana kehilangan pekerjaan.
Perdana Malaysia, Datuk Seri Ismail Bin Sabri mengemukan bajet tahun 2022 yang mana tumpuan diberikan kepada slogan “Keluarga Malaysia” yang lebih menekankan dan memfokuskan isu taraf hidup keluarga Malaysia. Melalui bajet tahun 2022, Kerajaan telah memberi peruntukan kepada pihak yang berwajib untuk membantu meringankan beban, mengurangkan kos sara hidup dan memudahkan mereka yang terjejas untuk memajukan diri dan mencari pekerjaan.
Bantuan Sejumlah Elaun Cari Kerja Kepada Mereka Yang Sedang Mencari Pekerjaan
Di era pandemik COVID-19 melanda ramai rakyat diberhentikan kerja, dibuang kerja dan kehilangan kerja kerana ekonomi terpaksa dihadkan untuk memberi laluan usaha-usaha untuk membasmi wabak COVID-19 yang mengganas dalam komuniti global. Akibatnya ramai rakyat yang terkesan kerana hilang pekerjaan yang menyara kehidupan hari demi hari.
Oleh itu, kerajaan Malaysia telah merangka bantuan kepada rakyat jelata yang terjejas kehilangan sumber pendapatan kerana pandemikm COVID-19. Melalui badan kerajaan iaitu Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dipertanggungjawab untuk membantu ribuan rakyat yang terjejas kehilangan pekerjaan. Bantuan secara elaun bulanan kepada mereka yang terjejas merupakan satu bentuk ihsan kerajaan kepada rakyat.
Bantuan secara Elaun Cari Kerja bulanan yang diberikan oleh PERKESO adalah bantuan yang dikenali Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan (SIP EMP+) khas kepada pencarum PERKESO.
Tujuan bantuan secara elaun ini kepada pencarum PERKESO adalah membantu mereka yang kehilangan kerja untuk mencari pekerjaan baru. Melalui sumbangan Elaun bulanan ini dapat membantu mereka yang sudah berkeluarga atau bujang menyara untuk kelangsungan hidup.
Maklumat berkenaan Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan (SIP EMP+) khas kepada pencarum PERKESO tahun 2022 :-
- Tempoh Permohonan : 1 JAN 2022 – 31 JUL 2022
- Dana Peruntukan : SIP (Akta 800) dan Bajet 2022
- Kelayakan : Mereka yang kehilangan kerja dari tarikh (1.1.2021 – 30.6.2022)
- Syarat Kelayakan:
- Aktif membuat carian pekerjaan di portal MYFUTUREJOB.
- Pekerja yang tidak memenuhi syarat kelayakan caruman.
- Atau; tamat Kontrak Perkhidmatan (sekurang-kurangnya 24 bulan tempoh perkhidmatan dan pernah diperbaharui 1 kali) layak memohon.
- Kadar Elaun Cari Kerja :
- Penambahbaikan : Layak kepada penerima faedah SIP dan SIP PRIHATIN 1.0 sedia ada yang masih menganggur sejak 1 Jan 2021.
- Maklumat Lanjut:
PERTANYAAN & ADUAN
Hotline: 1-300-22-8000
Cara Permohonan Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan (SIP EMP+) khas kepada pencarum PERKESO tahun 2022
Pencarum PERKESO yang kehilangan kerja dan sedang mencari kerja akan menerima elaun SIP EMP+ berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh PERKESO. Pemohon yang ingin memohon perlulah sekurang-kurangnya seorang pencarum PERKESO sebelum tarikh 1.1.2021. Pemohon yang layak akan mendapat elaun berdasarkan purata gaji anggapan (AKTA 800) dari bulan 1 hingga ke bulan 9 dalam tempoh tersebut kepada pemohon yang berjaya.
Cara permohonan Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan (SIP EMP+) khas kepada pencarum PERKESO:-
- Permohonan pertama boleh dilakukan di Portal Faedah SIP menerusi pautan
Laman Web Rasmi PERKESO - Manakala bagi permohonan elaun bulan kedua sehingga permohonan elaun
bulan kesembilan (mengikut kelayakan EMP), pemohon hendaklah log masuk
dengan menggunakan ID pendaftaran (diberi selepas permohonan pertama)
secara bulanan melalui Portal Faedah SIP di bawah tajuk ‘Borang-Borang’. Sila pilih
Borang EMP. - Setiap tuntutan bulanan EMP bolehlah dibuat selepas tempoh 30 hari dari tarikh
kelulusan EMP sebelumnya dengan syarat telah memenuhi Program Penempatan
Pekerjaan Semula (REPP). - Sekiranya pekerja itu telah kembali bekerja dan melapor diri semasa menerima
faedah EMP, pekerja tersebut hendaklah mengisi Borang EBSA untuk mendapat
elaun bekerja semula awal.
Segala persoalan yang timbul mengenai permohonan SIP EMP+, anda boleh merujuk pada soalan-soalan lazim berkenaan SIP EMP+ di bawah ini :-
Soalan lazim berkenaan SIPEMP+ khas kepada pencarum
Kepada mereka yang juga sedang mencari pekerjaan dari kalangan pelajar lepasan sekolah dan graduan universiti dan merupakan bukan dari seorang pencarum PERKESO anda juga layak untuk memohon bantuan elaun Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan (SIP EMP+) khas kepada bukan pencarum PERKESO. Sila rujuk dibawah untuk mengetahui permohon SIP EMP+ kepada bukan pencarum PERKESO:-
PERMOHONAN BANTUAN ELAUN MENCARI PEKERJAAN KEPADA PELAJAR DAN GRADUAN BUKAN PENCARUM PERKESO
“Semoga Dipermudahkan Urusan Mencari Pekerjaan”
Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha menjaga kebajikan rakyat dari pelbagai lapisan. Elaun yang diberikan kepada pencarum PERKESO dalam urusan mencari pekerjaan memberi dorongan kepada mereka yang di dalam kesusahan. Melalui elaun tersebut dapat mengurangkan beban dan kos sara hidup penerima.