Claim Sekarang! Tebus E-Pemula anda, Bantuan E-wallet Kerajaan RM150 Kepada Rakyat Malaysia. Terkini, anda kini boleh memohon pemberian bantuan ewallet dari Kerajaan Malaysia. Melalui Program E-pemula(e-start) kerajaan akan menyalurkan pemberian bantuan ewallet percuma kepada rakyat Malaysia sebanyak RM150 ke akaun ewallet masing-masing.
Menurut Pihak Kementerian Kewangan, golongan belia berusia di antara 18 sehingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan boleh mendaftar kredit e-tunai bernilai RM150 bermula 11 April 2022.
Ini adalah langkah yang diambil di bawah Belanjawan 2022, di mana kerajaan memperuntukkan RM300 juta bagi e-tunai bernilai RM150 di bawah program ePemula. Bantuan secara pemberian ewallet ini akan membantu ramai belia yang masih melanjutka pelajaran ke IPT. Bagi mengurangkan beban dan memudahkan urusan pembelian bagi pembelajaran kerajaan telah memperkenalkan bantuan RM150 kepada pelajar.
“Selain daripada RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet juga akan memberi insentif tambahan dalam bentuk pulangan tunai, baucar, mata terkumpul atau ‘coins’ sepanjang tempoh program ini,”-Kementerian Kewangan (MOF)
Program ePemula iaitu bantuan ewallet ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 hingga 2004). Tempoh pendaftaran dan tuntutan ePemula ini akan bermula 11 April sehingga 1 Jun 2022, manakala kredit ePemula serta manfaat padanan dari penyedia perkhidmatan e-tunai tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.
Cara Penebusan Bantuan EWallet RM150 Kepada Rakyat Malaysia
Isi Kandungan
Apakah Itu Program Ewallet (E-Start) ?
Program ePemula ialah salah satu inisiatif Kerajaan Malaysia yang telah diumumkan di bawah Belanjawan Tahun 2022.
Program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan golongan belia selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai.
Siapakah Yang Layak Menerima Kredit Bantuan Ewallet Dan Apakah Syarat Kelayakan?
Program ePemula terbuka kepada warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 hingga 2004) dan kepada mereka yang masih melanjutkan pelajaran di IPT tahun 2022.
Syarat kelayakannya bantuan ewallet adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Mencapai umur 18-20 tahun (lahir pada tahun 2002 hingga 2004) ATAU
- Merupakan pelajar sepenuh masa TANPA HAD UMUR di peringkat setara Diploma SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi berdaftar dengan salah satu Kementerian berikut:
- Kementerian Pendidikan Tinggi
- Kementerian Pendidikan
- Kementerian Belia dan Sukan
- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
- Kementerian Pembangunan Luar Bandar
- Kementerian Sumber Manusia
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
- Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan
Cara Penebusan Kredit Di E-Wallet Berdaftar Di Bawah Program E-Pemula
Untuk makluman semua, anda boleh menebus kredit E-Pemula di pelbagai jenis ewallet yang disenarai dalam program epemula. Antara ewallet yang terlibat adalah :
- BigPay,
- GrabPay,
- ShopeePay dan
- Touch ‘n Go eWallet.
Bagaimanakah Cara Untuk Menebus Kredit RM150 Di Shopeepay?
Berikut merupakan cara membuat penebusan bagi setiap rangkaian e-Wallet dibawah program epemula 2022 yang terlibat:
1. Cara Tebus ePemula Di ShopeePay
Sila buka aplikasi Shopee anda.
Jika anda telah mengaktifkan ShopeePay, anda akan mendapat paparan seperti di bawah.
Langkah Penebusan RM150 Di Shopeepay:
2. Untuk membuat pengesahan, anda hanya perlu mengambil selfie dan melengkapkan maklumat peribadi anda.
3. RM150 dari kerajaan akan dikreditkan ke akaun ShopeePay anda dan anda layak untuk mendapatkan ganjaran ekslusif ePemula dari Shopee!
Tempoh Penebusan Kredit ePemula
Bagi proses penebusan boleh dibuat bermula dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.
“Manfaatkan Sebaiknya Inisiatif Kerajaan Malaysia”
Kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam membangunkan rakyat Malaysia. Melalui Program epemula ini akan mendorong rakyat Malaysia bijak menggunakan kemudahan secara atas talian untuk diamalkan sesuai mengikut arus kemodenan. Selain itu, kepada mereka yang layak menerima bantuan ewallet dari kerajaan hendaklah menggunakannya dengan baik. Ingat,dahulukan keperluan barulah kemahuan.