Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan Khas Kesan Sampingan Vaksinasi Sehingga RM500,000

Kesan Sampingan Vaksinasi
Kesan Sampingan Vaksinasi

Bantuan Khas Kesan Sampingan Vaksinasi Sehingga RM500,000 ini merupakan bantuan kewangan yang diberikan oleh pihak kerajaan khas kepada penerima suntikan vaksin di Malaysia yang mengalami kesan sampingan. Kesan sampingan yang dimaksudkan adalah seperti kesan sampingan serius dan hilang upaya kekal sahaja.

Putrajaya hari ini telah mengumumkan bantuan khas sebanyak RM 10 Juta sebagai bantuan kewangan kepada mana-mana individu yang mengalami kesan sampingan ataupun kesan mudarat hasil daripada suntikan vaksin Covid-19. Pampasan ini akan diberikan kepada kedua-dua rakyat tempatan dan juga warga asing yang menerima suntikan vaksin ini melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Adham Baba menyatakan bahawa kerajaan telah memperuntukkan RM 10 juta untuk bantuan khas berkenaan. Inisiatif penyediaan peruntukan ini adalah sebagai tanda keprihatinan pihak kerajaan terhadap kebajikan rakyat. Selain itu, kerajaan menyediakan bantuan khas ini juga untuk meningkatkan tahap keyakinan dalam kalangan rakyat untuk menerima suntikan vaksin.

Berikut merupakan petikan ucapan beliau dalam sidang media perkembangan PICK di Putrajaya hari ini:

“Kerajaan bersetuju untuk menyediakan dana permulaan sebanyak RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi tujuan bayaran Kesan Sampingan Vaksinasi.

“Bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID-19 ini adalah langkah proaktif Kerajaan untuk menghadapi kemungkinan jika berlaku kesan sampingan (adverse effects) daripada penggunaan vaksin.

“Selain itu, ia juga dapat membantu menampung keperluan penerima vaksin dan keluarga yang berkemungkinan terjejas akibat kesan daripada pengambilan vaksin ini kelak,”

Kategori Kesan Sampingan Vaksinasi Covid-19

Kesan Sampingan Vaksinasi
Kesan Sampingan Vaksinasi

Bantuan Khas yang diberikan oleh pihak kerajaan ini adalah berbeza-beza mengikut jenis kesan sampingan vaksin Covid-19 yang diterima oleh setiap individu, iaitu:

  • RM50,000 bagi individu yang menerima kesan sampingan serius sehingga memerlukan rawatan berpanjangan di hospital.
  • RM500,000 pula bagi individu yang mengalami kehilangan upaya kekal atau kematian yang disahkan daripada kesan sampingan suntikan vaksin ini.

Sehubungan itu, kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah menubuhkan tiga jawatankuasa bertujuan untuk membuat penilaian berkenaan semua aspek yang berhubungan antara vaksin dengan kesan-kesan sampingan tersebut. Penubuhan jawatankuasa ini adalah berselarasan dengan bantuan khas kewangan yang diperuntukkan.

Pada masa yang sama, Datuk Seri Dr. Adham Baba turut menyatakan bahawa terdapat dua puluh kesan sampingan yang telah dikesan berlaku kepada para penerima vaksin sepanjang proses vaksinasi yang bermula sejak 24 Februari lalu. Memetik ucapan beliau adalah seperti berikut:

“Ketika dalam pemerhatian, selepas mereka kenal pasti kes-kes yang merasakan kesan berterusan, mereka dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Antaranya rasa tak selesa di dada, rasa sempit di dada, ada yang semput, semua dibawa ke hospital dan dirawat.

“Semuanya telah menerima rawatan dan discaj dan tunggu dos kedua. Cuma dos kedua, mereka akan terima di hospital, bukan di tempat mereka terima sebelum ini,”

Kesan Sampingan Vaksinasi 1
Kesan Sampingan Vaksinasi

Berdasarkan petikan beliau seperti di atas, kesan sampingan suntikan vaksin Covid-19 di Malaysia setakat ini belum ada yang membawa maut. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia kita perlulah cakna dalam membuat penilaian terhadap penularan isu-isu sensasi yang dikaitkan sebagai kesan daripada suntikan vaksin Covid-19 baru-baru ini.

Rakyat Malaysia sekalian diseru agar tidak mudah terpengaruh dengan penularan isu sensasi vaksin Covid-19 sedemikian, dan sebaliknya perlulah membuat penyelidikan dari pelbagai sudut pandang terlebih dahulu tentang sesuatu berita yang ditularkan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati