Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Rebat RM400 Shopee : BAUCAR PEMBELIAN BARANGAN RAYA DENGAN SHOPEE

Rebat RM400 Shopee
Rebat RM400 Shopee

Rebat RM400 Shopee : Beli Barangan Raya Anda Dengan Rebat RM400. Sempena raya aidil fitri yang bakal berlansung tidak lama lagi,ramai yang diantara kita yang sudah sibuk membuat persiapan raya dengan membeli pelbagai jenis perabut, alatan dan lain-lain kelengkapan rumah. Tahukah anda? Kerajaan Malaysia pada waktu kini telah pun melancarkan Program Sustainability Achieved Efficiency (SAVE) 3.0 yang membolehkan anda dapat merasai penjimatan pembelian alatan rumah anda!

Jom Shopee & Grab Discount!

Untitled
Rebat RM400 Shopee

Program ini adalah merupakan kesinambungan daripada program SAVE 1.0 dan SAVE 2.0 sebelum ini. Ia merupakan program untuk mengalakkan lebih ramai pengguna Malaysia mendapatkan produk yang menjimatkan tenaga, sekaligus menyumbang kepada penjimatan bil elektrik harian pengguna rakyat Malaysia.

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) adalah merupakan Kementerian yang bertanggungjawab dalam memastikan dan memantau pelaksanaan SAVE 3.0 dan SEDA Malaysia telah diberi kepercayaan untuk dilantik sebagai Agensi Pelaksana dengan sokongan Suruhanjaya Tenaga (ST).

Baucar Pembelian Shopee: Beli Barangan Raya Anda Dengan Rebat RM400 Shopee

Ramai yang tidak tahu bahawa anda boleh berjimat membeli barangan anda di platform online seperti Shopee dan Lazada. Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) merupakan sebuah program pemberian e-rebat sebanyak sejumlah ringgit Malaysia kepada mana-mana isi rumah yang membeli alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga yang berlabel cekap tenaga 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST). Pada tahun 2021 kerajaan telah melancarkan program SAVE2.0 dan untuk tahun ini kerajaan telah menyambung program SAVE di bawah program SAVE3.0.

12
Rebat RM400 Shopee

Apakah Program SAVE 2.0(Tahun 2021)?

Sebuah program pemberian e-rebat RM200 kepada isi rumah yang membeli alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga yang telah menjalani pengesahan pengujian prestasi peralatan cekap tenaga yang mendapat 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Apakah Program SAVE 3.0(Tahun 2022)?

Program e-rebat maksimum RM400 untuk isi rumah yang membeli cekap tenaga yang telah menjalani ujian prestasi untuk peralatan cekap tenaga yang menerima label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).

Untuk tahun ini kerajaan telah menaikkan jumlah rebat sebnyak 100% iaitu dari RM200 meningkat ke RM400.

Apakah Objektif SAVE3.0?

Berikut merupakan objektif SAVE3.0 :

  • Menambah jumlah lima (5) dan empat (4) bintang peralatan elektrik cekap tenaga dan peralatan cekap tenaga di pasaran; dan
  • Meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menggalakkan mereka membeli peralatan cekap tenaga yang akan menjimatkan penggunaan elektrik pengguna, terutamanya untuk pengguna domestik.

Apakah Syarat Kelayakan SAVE3.0?

Penebusan rebat SAVE 3.0 boleh dibuat berdasarkan kelayakan pengguna terlebih dahulu. Antara syarat kelayakan bagi mendapatkan penebusan rebat RM400 ialah :

  1. Rebat ini hanya terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian untuk 2022 berdasarkan kepada ‘first come first serve basis’.
  2. Program ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia sahaja dan pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar di bawah syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power adalah layak memohon.
  3. Penerima e-rebat bagi Program SAVE 2.0 tidak layak untuk memohon bagi kategori satu Program SAVE 3.0.
  4. Pembelian juga boleh diadakan secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf sahaja seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.

Kategori E-rebat/Baucar SAVE 3.0 :

Program SAVE 3.0 ini memberikan sehingga RM400 e-Rebat (RM200 untuk Kategori 1 dan RM50/RM100/RM200 untuk Kategori 2) hanya kepada isi rumah domestik yang membeli peralatan elektrik cekap tenaga dengan 4 atau 5 bintang label dari kecekapan tenaga yang ditetapkan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) bermula dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.

Kategori 1 : Peti Sejuk atau Penghawa Dingin; dan

Kategori 2 : Televisyen atau Mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk nasi

1212
Rebat RM400 Shopee

Apakah Kadar Baucar / Rebat SAVE 3.0?

Setiap isi rumah layak mendapat sehingga RM400 e-Rebat (RM200 untuk Kategori 1 dan RM50/RM100/RM200 untuk Kategori 2) dengan pembelian peralatan elektrik dengan label kecekapan tenaga 4 bintang dan 5 bintang.

Anda boleh merujuk gambar rajah di atas untuk penerangan lanjut.

121212
Rebat RM400 Shopee

Bagaimanakah Cara Penebusan E-rebat/Baucar Program SAVE 3.0?

Penebusan boleh dibuat secara lansung di kedai elektrik atau pasar raya dan boleh juga secara atas talian di Shopee Lazada dan PGMALLBerikut merupakan cara penebusan di Shopee secara atas talian :

cara tebus rebat
Rebat RM400 Shopee

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari:

  1. Shopee : https://shopee.com.my/m/program-save
  2. Lazada : https://www.lazada.com.my/program-save
  3. PG Mall : https://www.pgmall.my/
  4. Untuk penebusan manual, sila rujuk senarai kedai elektrik berdaftar di pautan berikut: www.saveenergy.gov.my (Bawa IC dan bil elektrik untuk menebus baucar ini)

Tempoh sah pelaksanaan Program SAVE 3.0 telah ditetapkan selama satu 1 tahun bermula dari Januari 2022 hingga Disember 2022.

“Raya Dengan Baucar Shopee, Duit Pon Jimat”

Program SAVE 3.0 ini dijangkakan akan memudahkan pembelian alatan kelengkapan rumah anda bagi menyambut perayaan tahun ini dan memudahkan urusan rakyat memiliki alatan elektrik bercekapan 4 atau 5 bintang yang akan menjimatkan penggunaan elektrik isi rumah yang domestik. Inilah usaha kerajaan Malaysia dalam memastikan kehidupan rakyat Malaysia selesa. Ingat raya bersama shopee, Ingat Baucar shopee.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati