3 Perubahan Terkini dalam Tingkatan Enam Mulai 04 April 2018 ini adalah berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 5 Tahun 2018 iaitu Penamaan Semula Tingkatan Enam bertarikh 04 April 2018.
Pengenalan
Selaras dengan usaha meningkatkan imej dan memantapkan pendidikan Tingkatan Enam di bawah lnisiatif 468: Pemantapan Pendidikan Tingkatan Enam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 4 Tahun 2018 bertarikh 8 Februari 2018 telah meluluskan cadangan penamaan semula Tingkatan Enam.
Sehubungan dengan itu, berikut merupakan tiga perubahan terkini yang berlaku dalam Tingkatan Enam iaitu seperti berikut:
- Tingkatan Enam Bawah dan Enam Atas dinamakan sebagai Tingkatan Enam.
- Istilah tiga penggal ditukarkan kepada tiga semester dengan mengekalkan tempoh pengajian Tingkatan Enam selama 18 bulan (1 tahun setengah) sedia ada. Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sedia ada termasuk Malaysian University English Test (MUET) adalah kekal seperti yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan Tingkatan Enam (GPPT6)
- Penggunaan nama Pusat Tingkatan Enam diselaraskan bagi semua institusi pendidikan KPM yang menawarkan pendidikan Tingkatan Enam. Pusat Tingkatan Enam Mod 1 kekal dikenali sebagai Kolej Tingkatan Enam seperti yang dinyatakan dalam Surat Siaran Bilangan 6 Tahun 2016 ; Penukaran Nama Pusat Tingkatan Enam Mod 1 Kepada Kolej Tingkatan Enam. Pusat Tingkatan Enam Mod 2 dan Mod 3 diselaraskan sebagai Pusat Tingkatan Enam (nama sekolah).
Surat Siaran Penamaan Semula Tingkatan Enam ini hendaklah dibaca bersama- sama dengan Garis Panduan Pengurusan Tingkatan Enam (GPPT6).
Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun dokumen-dokumen yang berkenaan pada pautan muat turun yang disediakan di bawah.
Dapatkan “Dokumen Berkaitan Perubahan Terkini dalam Tingkatan Enam” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :
- Garis Panduan Pengurusan Tingkatan Enam
- Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 5 Tahun 2018
SUMBER: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Penutup
Sekian, semoga perkongsian ini iaitu 3 Perubahan Terkini dalam Tingkatan Enam Mulai 04 April 2018 memberikan informasi terkini lagi sahih kepada anda semua. Admin akan kemas kini berkaitan Tingkatan Enam ini dari semasa ke semasa. Semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.