Skim Perumahan Anak Pesara, bagi anak pesara penjawat awam, mereka juga boleh membeli rumah dibawah Skim Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM). Walaubagaimanapun, hanya seorang anak sahaja yang boleh memohon skim perumahan tersebut. Definisi bagi penjawat awam adalah mereka yang bekerja dengan:
- Kerajaan Persekutuan
- Kerajaan Negeri
- Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan
- Badan Berkanun Persekutuan
- Badan Berkanun Negeri
Cara Permohonan Skim Perumahan Anak Pesara Penjawat Awam
Isi Kandungan
Pemohon boleh membuat permohonan di laman web PPAM dengan mendaftar atau log in menggunakan kad pengenalan ibu/bapa yang telah bersara. Untuk manual lengkap permohonan skim perumahan anak pesara penjawat awam, sila klik pada link dibawah:
- Link manual permohonan anak pesara : Manual Anak Pesara
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Membuat Permohonan
- Salinan kad pengenalan
- Salinan kad pengenalan pasangan (sekiranya berkaitan)
- Salinan slip gaji terkini
- Salinan kad pesara (bagi pesara dan permohonan anak pesara)
- Salinan surat beranak (bagi permohonan anak pesara)
Senarai Projek Perumahan Penjawat Awam
Untuk senarai projek rumah mampu milik penjawat awam yang ditawarkan sila klik pada link dibawah, senarai projek akan berubah dari semasa ke semasa.
- Senarai projek perumahan : Senarai Projek
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai skim perumahan penjawat awam ini, sila rujuk pada soalan lazim (FAQ) portal rasmi Cawangan Perumahan Penjawat Awam di link dibawah:
Hubungi Cawangan Perumahan Penjawat Awam
- Alamat :
Cawangan Perumahan Penjawat Awam Malaysia
Jabatan Perumahan Negara
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Aras 35, No.51 Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya - Telefon : 03-8000 8000
- Email : [email protected]