Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pergerakan Rentas Negeri DIBENARKAN Berkuat Kuasa 11 Oktober 2021

Pergerakan Rentas Negeri DIBENARKAN Berkuat Kuasa 11 Oktober 2021
Rentas Negeri

Pergerakan Rentas Negeri DIBENARKAN Berkuat Kuasa 11 Oktober 2021. Menurut kenyataan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat (YAB) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah membuat pengumuman penting bahawa kebenaran rentas negeri buat keluarga Malaysia bakal berkuat kuasa pada hari esok, iaitu 11 Oktober. Berikut merupakan intipati ucapan beliau.

  1. Kerajaan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini, telah membuat keputusan di mana semua kegiatan rentas negeri dan daerah di seluruh Malaysia tidak dibenarkan tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).
  2. Larangan rentas negeri ini dibuat oleh kerajaan demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia, meskipun ia merupakan satu keputusan yang sukar kerana ada pasangan dan ibu bapa yang terpaksa berpisah dengan ahli keluarga dalam tempoh yang terlalu lama.
  3. Sepanjang larangan ini dikuatkuasa, kerajaan mendengar dan memahami keluhan Keluarga Malaysia yang terpaksa mengorbankan masa berharga bersama keluarga.
  4. Jika diimbau kembali, keputusan ini bukanlah sesuatu yang disukai rakyat. Namun, ia perlu dilaksanakan ketika itu bagi memastikan penularan wabak dapat dikekang berikutan peningkatan kes positif COVID-19 harian.

90% lengkap vaksin

Alhamdulillah, menurut KKM kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus. Bagaimanapun, data terkini akan dikemaskini di laman sesawang COVIDNOW pada tengah malam ini.

Sehubungan itu, kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk Keluarga Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada PDRM bermula esok, Isnin, 11 Oktober 2021.

Dengan keputusan ini, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong, dan sebagainya.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Keluarga Malaysia atas kerjasama yang diberikan selama ini dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan menyokong kempen imunisasi COVID-19.

Rentas Negeri : Jangan Leka!

Namun, saya ingin mengingatkan Keluarga Malaysia agar tidak bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran yang diberikan. Ini penting dalam usaha membantu negara dalam pembukaan semula ekonomi serta persediaan menjalani kehidupan fasa endemik dengan selamat atau #ReopeningSafely.

Jika hal ini diambil mudah, tidak mustahil penularan wabak COVID-19 ini akan kembali meningkat. Anda kini adalah barisan hadapan yang akan melindungi keluarga dan komuniti daripada jangkitan virus COVID-19.

Sebagai contoh, sekiranya ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa atau merentas negeri, Keluarga Malaysia disaran untuk melakukan ujian COVID-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan. Bagi mereka yang bergejala seperti demam, batuk, selsema dan sesak nafas, saya nasihatkan anda tangguhkanlah dahulu perjalanan.

Sekiranya anda didapati positif, kuarantin diri atau hubungi Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan segera.

Kebenaran ini bukan bermakna pihak berkuasa akan bersikap lepas tangan. Walaupun tiada lagi Sekatan Jalan Raya (SJR) untuk mengawal pergerakan rentas negeri, tetapi SJR untuk jenayah dan keselamatan masih diteruskan. Pemeriksaan secara rawak akan tetap dilaksanakan oleh pihak berkuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Saya juga ingin menegaskan, kebenaran pergerakan rentas negeri ini tidak terpakai ke atas kawasan atau lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan perutusan kebenaran merentas negeri ini boleh dirujuk menerusi pautan DI SINI.

Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Pergerakan Rentas Negeri DIBENARKAN Berkuat Kuasa 11 Oktober 2021 ini dapat membawa perkhabaran gembira buat anda semua terutama anak-anak perantau yang bekerja di kota. Di samping itu, anda juga dinasihati agar sentiasa mematuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan semasa melakukan perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing atau ke mana jua destinasi yang hendak dituju.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati