Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum (AKK) Peringkat Kebangsaan 2018

anugerah kecemerlangan kokurikulum
anugerah kecemerlangan kokurikulum

Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum (AKK) Peringkat Kebangsaan 2018 ini adalah daripada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum (AKK) ini diberikan sebagai pengiktirafan kepada semua calon yang layak menerima anugerah mengikut kategori yang disediakan.

Latar Belakang

Pada tahun 2006, Bahagian Sekolah, (2010 – Bahagian Kokurikulum dan Kesenian) Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum. Bahagian Kokurikulum dan Kesenian telah mengeluarkan arahan/makluman berkaitan pelaksanaan pemilihan di semua peringkat di JPN / PPD untuk anugerah tahun ini. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum diteruskan sebagai agenda tahunan.

Butiran Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan Tahun 2018

Anjuran:
BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN,  KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kelolaan:
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN

Objektif

  1. Memberi pengiktirafan kepada murid, sekolah dan pemimpin kokurikulum yang cemerlang.
  2. Menggalakkan penyertaan murid dan guru dalam kegiatan kokurikulum sehingga peringkat yang tertinggi.
  3. Mewujudkan penyelarasan dan penyeragaman penganugerahan kokurikulum di peringkat sekolah,daerah, negeri dan kebangsaan.
  4. Merealisasikan enam aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rasional

  1. Kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum kebangsaan berdasarkan Akta Pendidikan 550, Peraturan Pendidikan 1996, aktiviti kokurikulum wajib dilaksanakan di sekolah.
  2. Pada 23 November 2005, melalui pembentangan Memorandum Pemantapan Pelaksanaan Kokurikulum Di Sekolah, Menteri Pelajaran telah mendapat persetujuan dari Jemaah Menteri untuk mengukuh dan memantapkan pelaksanaan kokurikulum.
  3. Pelaksanaan Dasar Markah 10% Kegiatan Kokurikulum dan Penilaian Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) bagi kemasukan ke IPTA telah mengembalikan kesungguhan penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum dan meningkatkan pengurusan sekolah dalam bidang tersebut.

Tarikh dan Tempat

anugerah kecemerlangan kokurikulum
anugerah kecemerlangan kokurikulum

Takwim Pelaksanaan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum (AKK) 2018

Bil Perkara Tarikh  

Tindakan

i.Taklimat AKK 2018 Dalam

Mesyuarat BKK bersama KS/KU JPN Bil.1/2018

22 Januari 2018 

BKK/JPN

ii.Mesyuarat Pemurnian Kertas

konsep dan instrument penilaian AKK

19-21 Mac  2018 

BKK

iii.Pembentangan Kertas Konsep AKK

2018 Dalam Mesyuarat

Pengurusan BKK Bil.3/2018

27 Mac 2018 

BKK

iv.Edaran Surat Makluman AKK ke JPN6-Apr-2018 

BKK

 

v.Mesyuarat Penyelarasan dan Penataran AKK 201823,24 dan 25 April 2018 

BKK/JPN

vi.Pelaksanaan Penilaian Calon AKK Peringkat Daerah18 hingga 31 Julai 2018 

PPD/JPN

vii.Pelaksanaan Penilaian Calon AKK Peringkat Negeri6 hingga 17 Ogos 2018 

PPD/JPN

viii.Tarikh Tutup Pencalonan AKK Kebangsaan30 Ogos 2018 

JPN

ix.Mesyuarat Panel Penilai Bil.1/20184,5 dan 6 Sept 2018 

BKK

x.Edaran Surat Pemantauan AKK

Calon Anugerah Sekolah

Cemerlang(ASC) dan Pusat

Kokurikulum Cemerlang(PKC)

7-Sep-2018 

BKK

xi.Pelaksanaan Penilaian Calon ASC dan PKC16 -28 Sep 2018 

BKK/JPN

xii.Mesyuarat Panel Penilai Bil.2/20182,3 dan 4 Okt 2018 

BKK

 

xiii.Mesyuarat Penyelarasan Majlis AKK 2018 5 Okt 2018 

BKK/JPN

N.Sembilan

xiv.Majlis AKK 20189-11 Nov 2018 

BKK/JPN

Konsep Anugerah Kokurikulum

  1. Anugerah ini diberi kepada murid, pasukan, sekolah, Pusat Kokurikulum dan pemimpin yang telah disahkan dan terbukti memperoleh pencapaian yang  cemerlang dalam bidang kokurikulum mengikut kategori tertentu dan dipersetujui  oleh Jawatankuasa Khas Pemilihan Peringkat Kebangsaan.
  2. Bidang kokurikulum ini bermaksud sebarang kegiatan badan beruniform, kelab & persatuan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  3. Anugerah khusus kepada guru/pemimpin yang disahkan telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang dalam bidang pengurusan dan kepimpinan  kokurikulum di peringkat kebangsaan.
  4. Bilangan kategori, hadiah dan kriteria pemilihan ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Peringkat Kebangsaan. Penambahan, pengurangan atau pengekalan  sesuatu aspek pemilihan pada setiap tahun bergantung kepada keputusan  jawatankuasa ini.

Dapatkan “Borang-borang Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum (AKK) 2018” disini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :

  1. KERTAS-KONSEP-AKK-2018-Terbaru
  2. Borang-Murid-Cemerlang-2018
  3. Borang-Pasukan-Badan-Beruniform–Kelab-Persatuan-Cemerlang-2018
  4. Borang-PasukanTKRS-Cemerlang-dan-KRS-Cemerlang-2018
  5. Borang-Sekolah-Cemerlang-2018
  6. Borang-Guru-Cemerlang-2018
  7. Borang-Pengurusan-Sekolah-Cemerlang-2018
  8. Borang-Pengurusan-Cemerlang-PPD-JPN-KPM-2018
  9. Borang-Teknikal-Cemerlang-2018
  10. Borang-Anugerah-Tokoh-Kokurikulum-2018
  11. BORANG-PENILAIAN-BARU-2018

SUMBER : BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN,  KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Aspek-aspek Penilaian

  1. Kategori Murid Cemerlang Kokurikulum dan Pasukan Cemerlang Kokurikulum dinilai berdasarkan rekod dan prestasi bermula 1 Ogos tahun sebelum hingga 31 Julai tahun semasa.
  2. Kategori Sekolah Cemerlang Kokurikulum dinilai berdasarkan rekod dan prestasi tiga tahun ( 1 Januari 2016 hingga 31 Julai 2018).
  3. Kategori Guru Cemerlang Kokurikulum, Pengurusan Sekolah Cemerlang, Pegawai Teknikal Cemerlang dan Pengurusan PPD/JPN/KPM Cemerlang dinilai berdasarkan rekod dan prestasi tiga tahun( 1 Januari 2016 hingga 31 Julai 2018)
  4. Kategori Negeri Cemerlang Kokurikulum dinilai berdasarkan rekod pencapaian pertandingan-pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  5. Kategori Anugerah Pusat Kokurikulum penilaian dinilai berdasarkan rekod dan prestasi bermula 1 Ogos tahun sebelum hingga 31 Julai tahun semasa. Pencalonan bagi kategori Anugerah Jurulatih Cemerlang Pusat Kokurikulum terbuka hanya kepada jurulatih luar dan bukan pegawai hakiki di Pusat Kokurikulum.
  6. Setiap negeri mengemukakan hanya satu pencalonan bagi setiap kategori.
  7. Setiap calon hanya boleh menyertai satu kategori sahaja.

Kategori

ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2018
KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN
BILANUGERAHKATEGORI
1Murid Cemerlang KokurikulumSekolah Rendah (Lelaki)
2Murid Cemerlang KokurikulumSekolah Rendah (Perempuan)
3Murid Cemerlang KokurikulumSekolah Menengah (Lelaki)
4Murid Cemerlang KokurikulumSekolah Menengah (Perempuan)
5Badan Beruniform CemerlangSekolah Rendah
6Badan Beruniform CemerlangSekolah Menengah
7Kelab Dan Persatuan CemerlangSekolah Rendah
8Kelab Dan Persatuan CemerlangSekolah Menengah
9Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah CemerlangSekolah Rendah
10Pasukan Kadet Remaja Sekolah CemerlangSekolah Menengah
11Sekolah Cemerlang KokurikulumSekolah Rendah (Luar Bandar)
12Sekolah Cemerlang KokurikulumSekolah Rendah (Bandar)
13Sekolah Cemerlang KokurikulumSekolah Menengah (Luar Bandar)
14Sekolah Cemerlang KokurikulumSekolah Menengah (Bandar)
15Sekolah Cemerlang KokurikulumSekolah Rendah (Pedalaman)
16Sekolah Cemerlang KokurikulumSekolah Rendah (Sekolah Kurang Murid )
17Sekolah Cemerlang KokurikulumSekolah Rendah (SBT/SKK)
18Sekolah Cemerlang KokurikulumSekolah Menengah (SBP/SBT/SKK)
19Guru Cemerlang KokurikulumSekolah Rendah
20Guru Cemerlang KokurikulumSekolah Menengah
21Pengurusan Cemerlang KokurikulumSekolah Rendah
22Pengurusan Cemerlang KokurikulumSekolah Menengah
23Pengurusan Cemerlang KokurikulumPeringkat PPD/JPN/KPM
24Pegawai Teknikal CemerlangTerbuka
25Pusat Kokurikulum CemerlangPusat Kokurikulum
26Pengurusan Pentadbiran CemerlangPusat Kokurikulum
27 

Pengurusan Logistik Cemerlang

 

Pusat Kokurikulum
28Jurulatih Cemerlang Pusat KokurikulumPusat Kokurikulum(Jurulatih Luar)
29Anugerah Khas KPM 
30Anugerah Tokoh Kokurikulum 
31Anugerah Emas Negeri (Untuk JPN –

Pencapaian Cemerlang Kokurikulum)

 

Catatan :

    • Bagi kategori 11 – 18 yang menjadi Johan tidak dibenarkan menyertai Anugerah ini (untuk kategori yang sama) selama 3 tahun berikutnya.
    • Bagi kategori 25 yang menjadi Johan tidak dibenarkan menyertai Anugerah ini  selama setahun berikutnya.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian ini iaitu Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum (AKK) Peringkat Kebangsaan 2018 dapat memberikan informasi terkini buat semua. Semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahkan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati