Jawatan Kosong Yayasan Didik Negara KPM ini merujuk kepada permohonan kerja terkini yang sedang ditawarkan. Permohonan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan-jawatan di Yayasan Didik Negara (YDN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berikut merupakan senarai jawatan kosong yang sedang dibuka sehingga tarikh tutup pada 14 Oktober 2021.
Senarai Jawatan Kosong Yayasan Didik Negara KPM
Isi Kandungan
1. Ketua Pembantu Tadbir (1 kekosongan)
- Taraf Jawatan: Kontrak / 3 Tahun.
- Gaji Bulanan: RM 2,700.00
- Elaun (Termasuk KWSP dan PERKESO): RM 897.35
2. Pembantu Tadbir (4 kekosongan)
- Taraf Jawatan: Kontrak / 3 Tahun.
- Gaji Bulanan: RM 2,100.00
- Elaun (Termasuk KWSP dan PERKESO): RM 808.85
3. Pemandu (1 kekosongan)
- Taraf Jawatan: Kontrak / 3 Tahun.
- Gaji Bulanan: RM 1,600.00
- Elaun (Termasuk KWSP dan PERKESO): RM 635.15
Dapatkan “Borang Jawatan Kosong” di sini
Di sini admin nak kongsikan borang tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘DOC’
Download: Borang Permohonan KPT, PT, Driver
Cara Permohonan
- salinan resume yang terkini,
- salinan sijil akademik tertinggi dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Temu Duga
Hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang panggilan ke temuduga dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh tutup iklan. Segala perbelanjaan menghadiri temuduga ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.
Keputusan
Keputusan temuduga hanya akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya sahaja. Keputusan pelantikan secara rasmi akan dimaklumkan setelah mendapat perakuan pelantikan daripada Ketua Pegawai Eksekutif YDN.
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi pegawai berikut:
- Encik Mas Affendi bin Masarudin / 03-8884 7751; dan
- Puan Rosmilisa binti Isa / 03-8884 7897
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkenaan jawatan kosong ini boleh dirujuk menerusi pautan DI SINI.
Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:
- Semakan Temu Duga Fasa 2 Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-off Tahun 2021
- Jawatan Kosong Jurutera Gred J41
- Jawatan Kosong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41
- Suami atau Ahli Keluarga dibenarkan Menemani Ibu Hamil Bersalin Berkuat Kuasa 4 Oktober
- Pembayaran Bantuan Geran Khas Prihatin 4.0 dan Semakan Status
- Dapatkan Promosi Beli 1 Percuma 1 Snack Plate KFC Bagi Individu Lengkap Vaksin
- Pelanjutan Pengecualian Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia Sehingga 31 Disember 2021
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Yayasan Didik Negara KPM ini dapat memberi manfaat kepada anda semua, khususnya buat individu yang sedang mencari pekerjaan pada masa ini. Selamat mencuba dan semoga berjaya!