Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan RM700 Secara Khas Untuk B40 Dikreditkan Hari Ini

Bantuan RM700 Secara Khas Untuk B40 Dikreditkan Hari Ini
Bantuan RM700 Secara Khas Untuk B40 Dikreditkan Hari Ini

Bantuan RM700 Secara Khas Untuk B40 Dikreditkan Hari Ini. Dengan bantuan RM700 adalah merupakan salah satu bantuan dari inisiatif kerajaan yang telah diperkenalkan untuk bantu mereka yang tidak berkemampuan untuk dapatkan satu perlindungan kewangan dari segi rawatan perubatan terutama dapat menjaga duit simpanan dari digunakan bagi membayar rawatan hospital, da elaun yang dengan bantuan ini ia adalah untuk golongan B40 serta ia dinamakan dengan bantuan Skim MySalam.

Dengan bantuan ini sebenarnya ia telahpun sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan rakyat Malaysia tambahan lagi sekarang berada di zaman kos sara hidup yang tinggi sudah tentu ia membuatkan rakyat menghadapi kehidupan yang sukar dalam menjalani kehidupan terutama dari segi kewangan dalam keluarga.

Kerajaan sentiasa akan memastikan rakyat nya dapat hidup dalam keadaan baik serta harmoni. Inilah antara yang menjadi keutamaan untuk sebuah kerajaan disamping membangunkan negara, keselesaan, keamanan serta kemudahan yang disediakan adalah tidak dapat tidak untuk rakyat Malaysia.

Bantuan RM700 Secara Khas Untuk B40 Dikreditkan Hari Ini

Untuk makluman semua, kerajaan telahpun memperkenalkan skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat (mySalam) yang mana ia telah diuruskan oleh Great Eastern Takaful Berhad (GETB) untuk memberi perlindungan takaful buat golongan B40. Skim ini bertujuan untuk membantu memudahkan kehidupan mereka yang berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan dengan penyakit yang dihidap.

Pada masa tahun lalu, skim MySalam ini telah diperluas kepada penerima BKM serta manfaat ia tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima mySalam yang telah layak.

  • Apakah Itu Skim MySalam
  • Siapakah Yang Layak Dapat Skim MySalam
  • Manfaat Bayaran MySalam
  • Cara Untuk Mohon MySalam
  • Cara Semakan MySalam
  • Cara Untuk Menuntut MySalam
  • Senarai 45 Penyakit Kritikal Yang Boleh Dituntut Melalui Skim MySalam
  • Info Dan Maklumat MySalam Serta Soalan FAQ Skim MySalam

Perhatian, untuk makluman semua segala info dan maklumat yang telah disampaikan adalah merujuk kepada laman rasmi kerajaan sendiri MySalam. Layari telegram rasmi official bantuan kerajaan saluran terpantas pengumuman rasmi kerajaan di bawah.

Bantuan Skim MySalam RM700 Dan RM8000

Apakah Itu Bantuan RM700 Secara Khas Untuk B40 ?

Skim MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

Siapakah Yang Layak Bantuan RM700 Secara Khas Untuk B40

Orang yang layak adalah mereka Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  1. Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  2. Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  3. Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Dan Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  • Penyakit kritikal RM8,000+ hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
  • Sewaktu dalam pembentangan Bajet 2022, Menteri Kewangan telah memaklumkan skim MySalam akan diperluas buat penerima BKM serta manfaat tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima mySalam yang layak.

Manfaat Bayaran Bantuan RM700 Secara Khas Untuk B40:

Berikut dikongsikan manfaat yang bakal diterima oleh para pemohon yang layak adalah seperti berikut:

  1. Menerima bayaran RM8,000 yang diagihkan dalam masa yang akan diumumkan.
  2. Menerima bayaran harian untuk tempoh 14 hari setahun pada kadar RM40 sehari atau RM700 setahun.

Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia kerana Skim Perlindungan MySalam akan diperluaskan kepada para penerima BKM yang layak bermula pada tahun 2023.

Cara Untuk Mohon Bantuan RM700 Secara Khas Untuk B40

  • Bagi maklumat permohonan mySalam ia adalah secara automatik berdasarkan data sedia ada BSH dan BPR sebelum ini.
  • Semakan boleh dilakukan menerusi pautan rasmi MySalam di https://www.mysalam.com.my/b40/info/
  • Semua penerima yang layak akan dimaklumkan menerusi sistem SMS
  • Tetapi jika anda layak namun tidak menerima SMS, anda boleh menghantar emel di [email protected] atau hubungi talian 1-300-888-938

Makluman untuk semua sukacita diumumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju supaya skim perlindungan mySalam diperluaskan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mulai tahun 2022 yang lepas. Ini juga termasuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang masih layak untuk menerima insentif Bantuan Keluarga Malaysia.

Cara Untuk Menuntut Bantuan Khas RM700 

Cara Untuk Menuntut MySalam

Bagi pengendali takaful yang mengambil bahagian ini mereka akan memproses bayaran bagi tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, sebagaimana yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Anda boleh buat rujukan kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:

Tuntutan penyakit kritikal

  • Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’,bberdasarkan jenis penyakit kritikal
  • Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
  • Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal.
  • Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
  • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
  • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Tuntutan hospitalisasi

  • Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
  • Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
  • Salinan Nota Discaj
  • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Senarai Penyakit Yang Boleh Menuntut Bantuan Khas RM700 Automatik

Berikut adalah merupakan senarai penyakit yang membolehkan anda atau keluarga anda untuk menebus bantuan MySalam:

  • Meningitis Bakteria
  • Alzheimer / Demensia teruk
  • Kanser
  • Pembedahan Otak
  • Koma
  • AIDS Gejala Penuh
  • Serangan Jantung
  • Jangkitan HIV
  • Stroke / Angin Ahmar
  • Dan penyakit-penyakit kritikal yang lain – boleh rujuk DI SINI

Bantuan Skim MySalam Tahun 2023

Bantuan yang diterima dalam skim MySalam termasuklah:

  • Pampasan tunai sehingga RM 8,000 untuk kemalangan atau penyakit tertentu.
  • Perkhidmatan rawatan perubatan dan pemulihan bagi membantu pelanggan memulihkan kesihatan.
  • Bantuan kewangan bagi pelanggan yang mengalami kesukaran kewangan akibat kecederaan atau penyakit.
  • Perkhidmatan ini disediakan kepada pelanggan yang memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Pelanggan boleh memohon untuk menyertai skim MySalam melalui laman web atau kaunter pendaftaran yang disediakan.

Semoga dengan maklumat Bantuan RM700 Secara Khas Untuk B40 Dikreditkan Hari Ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Semoga dipermudahkan segala urusan

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati