Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Jurubahasa Gred LA19 Effective Oktover 2021

Jawatan Kosong Jurubahasa Gred LA19
Jurubahasa

Jawatan Kosong Jurubahasa Gred LA19 ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). SPA menawarkan sebanyak 11 kekosongan dan 44 simpanan bagi pengambilan kali ini. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 31 Oktober 2021 (Ahad), jam 11:59 malam.

Individu yang dilantik ke jawatan Jurubahasa Gred LA19 ini akan ditempatkan di bawah Mahkamah Persekutuan Malaysia (Sabah). Sehubungan itu, pihak SPA sedang mencari individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut bagi menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:

  1. Keterampilan yang baik.
  2. Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan.
  3. Bakat kepimpinan.
  4. Ciri-ciri jati diri yang cemerlang.
  5. Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Deskripsi Tugas Jurubahasa Gred LA19

  • Bertanggungjawab menterjemah kes-kes dalam mahkamah terbuka dan kamar hakim,
  • mencatat/ merekodkan prosiding atau keputusan kes-kes di dalam fail-fail yang telah dibicarakan,
  • mengemaskinikan Buku Ekshibit dan Diari Mahkamah,
  • menyediakan laporan harian/bulanan serta memastikan dan menyediakan fail-fail kes sebelum dihantar kepada Hakim.

Jadual Gaji Jurubahasa Gred LA19

Gaji MinimumRM 1,355.00
Gaji MaksimumRM 4,007.00
Kadar Kenaikan Gaji TahunanRM 100.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Kelayakan Akademik

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut.
    (Gaji permulaan pada Gred LA19 : RM1,355.00) atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred LA19 : RM1,411.40) atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred LA19 : RM1,467.80)

Kelayakan Bahasa Melayu

  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

NOTA: Menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Cina adalah keutamaan.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: IKLAN-SPA9_PK-KEHAKIMAN-JurubahasaGredLA19_(Sabah)

Cara Permohonan

  1. Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut: Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9)
  2. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.
  3. Calon perlu memastikan pusat temu duga juga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan.
  4. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja yang akan diproses.

Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Jurubahasa Gred LA19 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati