Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Beguk Mudah Menjangkit pada Kanak-kanak dan 5 Gejala Jangkitan Virus Beguk

beguk
Beguk Mudah Menjangkit pada Kanak-kanak dan 5 Gejala Jangkitan Virus Beguk 4

Pernahkah anda menghidapi beguk (mumps) ? Beguk merupakan satu penyakit berjangkit akibat daripada jangkitan virus. Ia lebih kerap menjangkiti kanak-kanak dan memberi kesan kesakitan kepada sesiapa yang menghidapnya. Artikel ini menerangkan apakah itu beguk, gejala-gejala beguk, cara mengesan beguk, cara merawat beguk, dan petua tradisional untuk mengurangkan beguk.

Apakah itu Beguk?

Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus. Beguk merupakan penyakit disebabkan oleh virus beguk dikenali sebagai RNA Paramyxovirus. Ia merupakan penyakit yang sering menjangkiti kanak-kanak di seluruh dunia, dan masih merupakan ancaman kesihatan di dunia negara-negara dunia ketiga.

Beguk menyebabkan bengkak dan rasa sakit pada kelenjar parotid, mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak. Beguk boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.

Bengkak pada kelenjar liur merupakan ciri penonjolan biasa. Bengkak yang menyakitkan pada bahagian kerandut zakar (orchitis) dan rash boleh berlaku. Simptom ini biasanya tidak teruk pada kanak-kanak. Bagi remaja dan orang dewasa, komplikasi seperti mandul atau separa mandul adalah lebih biasa, sungguhpun masih jarang dari segi bilangan mutlak.

59477465 10156043660266237 4153591721533374464 n
Beguk Mudah Menjangkit pada Kanak-kanak dan 5 Gejala Jangkitan Virus Beguk 5

Gejala-gejala Beguk

Tanda dan gejala jangkitan beguk bermula selepas 12-25 hari berhubungan dengan orang yang dijangkiti. Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada simptom awal. Jika anak anda dijangkiti virus beguk, anak anda mungkin mengalami tanda-tanda berikut:

1. Demam
2. Gejala ini biasanya hilang dalam masa 10–12 hari
3. Sakit kepala
4. Mulut kering dan hilang selera
5. Keletihan
6. Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid
7. Hilang selera makan
8. Selsema

Komplikasi Beguk Jika Semakin Teruk

Kebiasaannya perlu diketahui bahawa virus beguk ini selalunya akan baik dengan sendiri tanpa menggunakan sebarang rawatan termasuk menggunakan antibiotik. Bagaimanapun, beguk boleh menyebabkan komplikasi lebih teruk kepada sesetengah pesakit. Beberapa komplikasi tersebut adalah :

1. Encephalitis (Pembengkakan pada otak)
2. Meningitis (Pembengkakan pada lapisan otak)
3. Pancreatitis (Inflamasi pada pankreas)
4. Orchitis (Lebam pada testis) berlaku pada lelaki dewasa
5. Pekak

Cara Merawat Beguk

Majoriti daripada pesakit yang menghadapi penyakit ini akan baik dengan sendirinya tanpa memerlukan sebarang ubat. Apabila dijangkiti virus beguk, tubuh badan akan menghasilkan antibodi untuk membunuh virus tersebut. Jika anda atau anak anda mempunyai beguk, anda boleh melakukan beberapa tips ini untuk mengurangkan penderitaan anda dan anak anda. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ambil:

Cara-cara merawat beguk di rumah
1. Menggunakan ubat paracetamol:
Untuk mengurangkan suhu, sakit kepala mahupun untuk mengurangkan sakit di kawasan beguk tersebut
2. Mengambil lebih minuman:
Ia bertujuan untuk mengelakkan dehidrasi dan kekeringan
3. Tuam kawasan beguk/ bengkak dengan air sejuk:
Untuk mengurangkan rasa sakit.
4. Tidak menghantar anak ke taska:
Bagi orang yang telah dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ianya tidak boleh lagi berjangkit (iaitu sehingga 9 hari selepas pembengkakan kelenjar saliva) atau sehingga bengkak tersebut hilang.
5. Elakkan makanan pedas dan masam:
Mengurangkan kelenjar parotid daripada bekerja menghasilkan air liur
6. Makan makanan yang lembut:
Kebiasaannya pesakit akan ada masalah untuk menelan
7. Dapatkan rawatan segera di klinik dan hospital jika bertambah teruk
71146102 1629837037158940 4274040398562721792 n 1
Beguk Mudah Menjangkit pada Kanak-kanak dan 5 Gejala Jangkitan Virus Beguk 6

Kaedah Pengesanan Beguk

  • Disebabkan beguk boleh didiagnos secara klinikal, bermakna ujian makmal tidak perlu dilakukan melainkan doktor mengesyaki punca kepada pembengkakan kelenjar parotid adalah berbeza.
  • Sekiranya anda perlu kepada ujian laboratori, sampel air liur pesakit yang disyaki menghidap beguk akan diambil dan disaring di dalam makmal.
  • Jumlah antibodi virus beguk yang dikesan akan membantu para doktor bagi membuat diagnosis.

Cara Pencegahan Beguk

Beguk juga boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin beguk ini diberi pada umur 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu (mumps, measles and rubella).

Petua Tradisional Merawat Pembengkakan Beguk

Selain daripada ubat dari doktor, anda boleh menggunakan cara orang lama untuk merawat beguk iaitu caranya sapukan nila dan cuka pada tempat bengkak. Anda boleh mencuba cara ini, bagaimanapun jika ia tidak berkesan kepada anda atau simptom anda bertambah teruk, anda harus berhenti melakukannya dan segera merujuk kepada doktor.

Soalan FAQs Berkenaan Beguk

Apakah itu beguk?

Beguk menyebabkan bengkak dan rasa sakit pada kelenjar parotid, mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak.

Apakah beguk mempunyai ubat khusus merawatnya?

Tiada ubat khusus

Apakah kuman yang menyebabkan jangkitan beguk?

RNA Paramyxovirus

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati