Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jadual Liga Super 2024 Serta Live Liga Super 2024

Jadual Liga Super 2024 Serta Live Liga Super 2024

Memasuki tahun 2024, kini bakal tiba saingan liga super melalui jadual liga super 2024 yang terbaru. Peminat bola sepak tempatan akan menyaksikan pertembungan 14 pasukan dalam merebut gelaran juara liga super 2024.

Terdapat beberapa maklumat yang anda boleh ketahui mengenai jadual liga super 2024, format pertandingan dan senarai pasukan yang bertanding.

Jadual Liga Super 2024 dan Siaran Lansung Liga Super 2024

Berkenaan Liga Super 2024

image 129

Liga Super 2024–25 akan dikenali sebagai Hyundai Liga Super yang mana Syarikat Hyundai selaku penaja utama. Saingan liga super kali ini adalah merupakan musim yang ke-21 sejak Liga Super Malaysia, liga bola sepak profesional di Malaysia dipertandingkan pada tahun 2004, dan musim ke-43 bola sepak Malaysia untuk keseluruhan.

Liga Super Pertama Dua Tahun

Saingan kali ini adalah merupakan musim pertama untuk liga mempunyai jadual dua tahun, bukannya jadual sepanjang tahun sejak liga super dari musim 2007–08. Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dijangka dimulakan dan meneruskan rancangan asal untuk melaksanakan format baharu Liga Malaysia dengan liga dijangka bermula pertengahan tahun ini iaitu pada Mei 2024.

Jadual Liga Super 2024

Untuk makluman semua, buat masa ini masih dikeluarkan jadual liga super 2024 rasmi. Berdasarkan makluman MFL, saingan liga akan bermula pada Mei 2024. Ia dijangka akan menghimpunkan 14 pasukan. Selain itu, terdapat 392 perlawanan yang bakal berlansung dalam jadual liga super 2024.

Live Liga Super 2024

Untuk saingan liga super 2024, peminat bola sepak tanah air boleh menyaksikan siaran lansung di beberapa saluran sepeti:

  • Astro Arena 1
  • Astro Arena 2
  • Astro Arena 3
  • RTM TV1

Siaran lansung hari dan masa akan kami update pada jadual liga super 2024 dalam masa terdekat.

Format Pertandingan Liga Super 2024

Berdasarkan format kalendar Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mulai 2024, Jadual Liga Super 2024 telah disesuaikan mengikut pertandingan luar di peringkat Asia. AFC telah menukar kalendar pertandingan dari Ogos kepada Mei bermula musim 2023–24 bagi memudahkan penyusunan jadual selari dengan kalendar antarabangsa FIFA.

Bila Bermula Liga Super 2024?

image 130
Jadual Liga Super 2024 Serta Live Liga Super 2024 5

Pada 22 Disember 2023, Pihak MFL telah mengumumkan tarikh sepak mula musim baharu Liga Malaysia 2024–25 adalah pada 3–5 Mei 2024, sehingga April 2025 berikutan perpindahan liga dalam pelarasan musim domestik dengan kalendar AFC baharu. Ia adalah musim kedua selepas penstrukturan semula, dengan 16 pasukan (bukan 12).

Apa yang menarik liga super 2024 adalah ia menjadi musim pertama liga secara rasmi menggunakan teknologi pembantu pengadil video (VAR).

Senarai Pasukan Liga Super 2024

Berikut adalah merupakan senarai pasukan yang akan bertanding dalam saingan liga super 2024:

  • Johor Darul Ta’zim
  • Kedah Darul Aman
  • Kelantan United
  • Kuala Lumpur City
  • Kuching City
  • Negeri Sembilan
  • PDRM
  • Perak
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Selangor
  • Sri Pahang
  • Terengganu

Keputusan Liga Super 2023

Juara Liga Super 2023

Untuk edisi tahun 2023, juara liga super jatuh kepada pasukan JDT dengan kemenangan bergaya dan sifar kalah. Ia adalah tahun yang menakjubkan untuk JDT apabila berjaya memenangi 4 piala dalam satu musim iaitu piala Sumbangsih, Piala FA, Piala Malaysia dan Liga Super 2023.

Dijangkakan untuk saingan liga super 2024 JDT akan tampil lebih ganas dan mencabar pasukan-pasukan lain untuk mengalahkan mereka dalam saingan liga super.

Penjaring Gol Terbanyak 2023

image 128
Jadual Liga Super 2024 Serta Live Liga Super 2024 6

Penjaring gol terbanyak liga super 2023 adalah pemain Selangor, Ayron Del Valle dengan jaringan 23 gol. Dibelakangnya diikuti rapat oleh pemain import JDT, Bergson dengan 21 jaringan gol dan Forestieri dengan 19 jaringan gol.

Pasukan Terbaik Liga Super 2023

Untuk musim 2023, pasukan terbaik liga super 2023 secara keseluruhan adalah pasukan JDT yang berjaya memenangi keseluruhan piala tanpa kalah. Dengan rekod liga super bertahan 10 tahun berturut-turut, JDT juga telah mencipta rekod dunia.

Soalan FAQs Berkenaan Jadual Liga Super 2024

Apakah perlawanan tumpuan liga super 2024?

Perlawanan tumpuan mungkin melibatkan pasukan gergasi seperti JDT, Selangor, Pahang, Kedah dan Terengganu.

Adakah liga super 2024 menggunakan VAR?

Ya, saingan liga super kali ini akan menggunakan teknologi VAR dalam perlawanan oleh pengadil.

Berapa pasukan bertanding dalam liga super?

Dijangkakan sebanyak 14 pasukan akan dipertandingkan untuk tahu ini.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati