Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Assistant Coach Masuk Islam Kelantan Pada 8 Februari 2023

 

Assistant Coach Masuk Islam Kelantan Pada 8 Februari 2023

Assistant Coach Masuk Islam Kelantan Pada 8 Februari 2023. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh hari ini kita telah mendapati satu berita yang hangat di media sosial yang mana seorang kurus telah masuk Islam dengan kerelaan hati sendiri.

Pembantu Jurulatih dan Penganalisis Video Kelantan Football Club, Pol Corpas Cuatrecasas telah memeluk agama islam pada hari ini yang disyahadahkan oleh pemilik kelab TRW Kelantan FC, Encik Norizam Tukiman di Hotel Zamburger Kota Warisan dan turut disaksikan oleh Coach Rezal, Coach Azli, Coach Abdul Rahman dan Encik Qusmaini. Beliau akan menggunakan nama baharu islam iaitu Abu Bakar.

Abu Bakar telah bersama skuad The Red Warriors sejak dari musim 2021 sehingga kini masih setia berkhidmat dalam barisan kejurulatihan TRW Kelantan FC bagi saingan Liga Super 2023.

Menurut Fb Boszam

Jom ikuti berita Assistant Coach Masuk Islam Kelantan Pada 8 Februari 2023

Kepada yang berminat untuk mengikuti berita semasa info info kerjaya atau bantuan rasmi kepada kerajaan anda boleh ikuti telegram maklumat terpantas di Malaysia di bawah:

telegram us

IMG 20230209 120401 257
Makluman Assistant Coach Masuk Islam

Biodata Assistant Coach Masuk Islam 

Biodata Peribadi

  • Full name: Pol Corpas Cuatrecasas
  • Date of Birth: Aug 15, 1996
  • Place of Birth: Barcelona Spain
  • Age: 26
  • Citizenship: Spain Spain
  • Avg. term as coach: 1.00 Years
  • Coaching Licence: UEFA Pro Licence

Dan di ikuti juga kemeriahan di Instagram beliau dimana ramai orang mengucapkan tahniah dan jutaan syukur kerana telah berminat dan berkeinginan untuk memeluk islam secara rela hati dan tanpa ada paksaan dari pihak lain.

Instagram Pol Corpass

Alhamdulillah Assistant Coach Masuk Islam 

Dikatakan juga bahawa Assistant Coach Masuk Islam adalah orang Sepanyol.

PENOLONG jurulatih dan penganalisis video Kelantan FC, Pol Corpas Cuatrecasas telah memeluk Islam.

Perkara itu dikongsikan laman Facebook TRW Kelantan FC pada Rabu dengan Pol Corpas yang juga berasal dari Sepanyol akan menggunakan nama baharu Islam iaitu Abu Bakar.

Baca juga:

Kerjaya Di Agensi Nuklear Malaysia Bagi Tahun 2023

Semak STR Fasa 2 Bagi Tahun 2023

“Dia disyahadahkan oleh pemilik kelab TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman di Hotel Zamburger Kota Warisan dan turut disaksikan oleh Coach Rezal (Rezal Zambery Yahya), Coach Azli (Azli Mahmood) dan Coach Qus (Qusmaini Noor Rusli).

FB IMG 1675915024022
FB TRW FC

“Dia akan menggunakan nama baharu islam iaitu Abu Bakar,” kata kenyataan di laman Facebook TRW Kelantan FC.

Abu Bakar telah bersama skuad The Red Warriors sejak dari musim 2021 sehingga kini masih setia berkhidmat dalam barisan kejurulatihan TRW Kelantan FC bagi saingan Liga Super 2023.

Nama  Baharu Assistant Coach Masuk Islam

Difahamkan nama baru Pol Carpos adalah Pol Abubakar Corpas Cuatrecasa dan akan mulai dikenali sebagai Abu Bakar mulai esok.

Menurut ZamSaham, wakil Hidayah Centre Foundation akan membantu menguruskan hal-hal berkaitan pendaftaran Syahadah. Ia berlaku di Hotel Zamburger Kota Warisan, Sepang iaitu tempat dimana barisan jurulatih menginap untuk sementara.

Abu Bakar telah bersama skuad The Red Warriors sejak dari musim 2021 sehingga kini masih setia berkhidmat dalam barisan kejurulatihan TRW Kelantan FC bagi saingan Liga Super 2023.

Selain pembantu jurulatih, beliau juga merupakan penganalisis video pasukan TRW Kelantan dan akan membantu ketua jurulatih dari Korea Selatan, Choi Moon Sik dalam merencanakan pelbagai taktikal.

Semoga Allah SWT Merahmati Assistant Coach Masuk Islam Selalu 

Admin berharap semoga berita dan kisah Assistant Coach Masuk Islam Kelantan Pada 8 Februari 2023 menjadi satu kebanggaan dan kita agar untuk kita terus menyebarkan memberitahu akan kesejahteraan keamanan yang mana merupakan satu teras yang ada di dalam agama Islam. Sesungguhnya berdakwah kepada orang bukan Islam tidak terhad kepada seorang yang mendapat tiket Ustaz sahaja akan anda sebagai seorang Muslim yang mampu memberi contoh sifat seorang muslim boleh juga memberi kesan kepada orang bukan Islam lalu mengajar mereka akan Apa itu Islam sendiri.

Kongsikan kisah Assistant Coach Masuk Islam Ini kepada semua yang mengenali diri dia

Perkongsian ilmu

Masuk Islam Secara Mudah (1)

Oleh: Mohamad Abdul Kadir bin Sahak

Di tempat kita, sebahagian orang lebih suka memberat-berat dan menakut-nakutkan orang yang ingin memeluk islam. Jauh sekali untuk membimbing mereka dan memberi tunjuk ajar yang sepatutnya. Yang mereka tahu, apabila ada yang hendak memeluk Islam, perkara pertama yang perlu ditanya ialah sudah ‘potong’ ke belum? Perkara awal pula yang perlu diberitahu;“bila you masuk Islam, you mesti kena solat lima waktu sehari semalam, pagi-pagi lagi you mesti kena bangun tidur dan you mesti kena berpuasa, tidak boleh makan dan minum selama sebulan Ramadhan. Hah macamana? You sanggup masuk Islam atau tidak? Lebih baik you fikir dulu sebelum buat keputusan.”

Orang kita nampaknya bukan hendak memudahkan urusan pengislaman seseorang, tetapi mereka sebenarnya sering mudah terpengaruh dengan buruk sangka mereka sendiri terhadap saudara baru, sehingga mendorong mereka melayan saudara-saudara baru sedemikian rupa.

Saya sendiri pernah mendengar beberapa soalan yang diajukan kepada seorang yang baru memeluk Islam, yang saya bawa untuk mendaftarkan keislamannya di pejabat agama salah sebuah negeri lebih beberapa tahun yang lalu. Termasuk soalan yang ditanya tersebut ialah: “kenapa you hendak masuk Islam?” Apabila soalan ini diajukan kepada hamba Allah tersebut, saya lihat jelas di wajahnya rasa tidak selesa.

Pendekatan kita sebegini, bagi saya tidak bersifat mesra saudara baru. Sepatutnya kita menyambut saudara baru dengan ucapan tahniah dan mengalu-alukan pendiriannya memilih agama Islam yang menyelamatkan dia di dunia dan di akhirat. Sebaliknya kita tanya tujuannya, seolah-olah kita ragu dengan niat ikhlasnya.

Dari segi cara yang kita amalkan, seolah-olah memperlihatkan Muslim hari ini, semuanya benar-benar ikhlas memeluk Islam kerana Allah swt, benarkah begitu? Saya tidak berniat mempersoalkan keikhlasan umat Islam hari ini, kerana soal ikhlas ataupun tidak ini adalah urusan Allah swt. Kita tidak disuruh untuk menyelidik hati setiap orang, cukuplah kita menghukum seseorang yang menzahirkan Islamnya sebagai muslim dan demikianlah sebaliknya.

Cuma jika benar orang muslim hari ini semuanya benar-benar ikhlas kerana Allah swt, sehingga jika ada yang hendak memeluk Islam kita terpaksa bertanyakan tujuannya, maka nampaknya umat yang memeluk Islam hari ini lebih baik dari umat yang memeluk Islam di zaman Nabi saw. Ini kerana di zaman baginda saw, ada juga yang memeluk Islam pada zahirnya sahaja sedang hatinya tetap kufur kepada Allah swt seperti yang terjadi kepada golongan munafik di Madinah.

Apakah kita berani memperkatakan orang yang memeluk Islam hari ini lebih baik keadaannya berbanding di zaman Nabi saw? Perkara ini adalah suatu yang mustahil.

Soalan Yang Tidak Sesuai

  1. Ada orang beranggapan, kita perlu selidik tujuan setiap orang yang nak masuk islam. Supaya tidak ada yang memeluk Islam disebabkan tujuan-tujuan lain selain kerana Allah swt sahaja. Pemahaman sebegini bersalahan dengan sunnah Nabi saw.
  2. Al-Imam al-Bukhari dan selainnya telah meriwayatkan sebuah hadith mengisahkan tentang Usamah bin Zaid yang telah membunuh seorang yang mengucapkan dua kalimah syahadah di dalam peperangan, orang tersebut mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Usamah, ketika Usamah mengangkat pedang untuk membunuhnya. Namun Usamah tetap membunuhnya walaupun mendengar orang tersebut mengucap dua kalimah syahadah. Apabila berita ini sampai kepada Nabi saw, baginda benar-benar mengingkari tindakan Usamah ini, baginda bersabda: “Apakah kamu membunuhnya, walau selepas dia mengucap laailahaillallaah?” Jawab Usamah: “Sesungguhnya dia mengucapkan kalimah itu kerana takutkan pedangku.” Lalu baginda bertanya kepada Usamah: “Apakah kamu telah belah dadanya (sehingga kamu boleh tahu ia mengucapkan kalimah tersebut kerana takutkan pedangmu)?” Di dalam sebahagian riwayat yang lain, Nabi saw bertanya kepada Usamah: “Apa yang hendak kamu katakan dengan kalimah ‘laailahaillallaah’(yang diucapkan)nya itu pada hari kiamat nanti?”
  3. Jika ikutkan cara kita, sudah tentu kita akan kata tindakan Usamah itu adalah benar, kerana orang tersebut melafazkan dua kalimah syahadah setelah Usamah mengangkat pedangnya. Ini menunjukkan orang itu tidak ikhlas mengucap dua kalimah syahadah kerana Allah. Namun perkara yang sebaliknya dilakukan oleh Nabi saw. Ini kerana urusan hati, tidak ada manusia yang dapat membacanya, cukuplah kita mengiktiraf keislaman seseorang dengan kesediaannya mengucapkan dua kalimah syahaadah. Setelah itu kita berusaha bagaimana menjelaskan secara hikmah kepadanya tentang kefardhuan-kefarduan yang lain di dalam Islam, termasuklah ikhlas.
Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati