Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pembayaran Fasa 1 Bantuan Khas Covid-19 Bermula 6 September

Pembayaran Fasa 1 Bantuan Khas Covid-19 Bermula 6 September

Pembayaran Fasa 1 Bantuan Khas Covid-19 Bermula 6 September 2021 ini merujuk kepada Bantuan Khas Covid-19 PEMULIH Buat Golongan Miskin Tegar, B40, dan M40 yang telah diumumkan sebelum ini. Pada 28 Jun 2021, kerajaan telah mengumumkan Pakej PEMULIH sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik COVID-19. Bantuan Khas COVID-19 (BKC) merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengambil maklum isu kelewatan bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan Ogos yang lalu. Oleh itu, beliau telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran BKC. Hari ini (1 September 2021) dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan.

Kelayakan Penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Kategori bagi penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC) ini terdiri daripada golongan Miskin Tegar, B40, dan juga M40 seperti yang dipaparkan dalam jadual 1 di bawah.

KENYATAAN MEDIA YAB PERDANA MENTERI PEMBAYARAN BKC FASA 1 Page 3

Pembayaran BKC Fasa 1 Bermula 6 September

Proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021. BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

BKC MISKIN TEGAR FASA 1
BKC B40 FASA 1
BKC M40 FASA 1

Jadual Pembayaran BKC Fasa Seterusnya

Pembayaran BKC seterusnya akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti berikut:

KENYATAAN MEDIA YAB PERDANA MENTERI PEMBAYARAN BKC FASA 1 Page 4

Perdana Menteri dalam ucapannya berkata beliau sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19. Tambah beliau lagi, kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan pembayaran fasa 1 Bantuan Khas COVID-19 ini boleh dirujuk menerusi pautan Kenyataan Media Berkaitan Pembayaran Fasa 1 Bantuan Khas COVID-19 Secara Berperingkat (pmo.gov.my)

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Pembayaran Fasa 1 Bantuan Khas Covid-19 Bermula 6 September ini dapat memberi perkhabaran gembira buat anda semua di kala situasi pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara dan satu dunia. Anda juga digalakkan untuk berkongsi hebahan artikel ini dengan sesiapa sahaja yang berkenaan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati