Program Latihan Penyerapan Kerjaya RISDA ini merujuk kepada tawaran program latihan dan penyerapan terhadap kerjaya dalam sektor perladangan oleh RISDA Estates SDN BHD. Tempoh bagi program yang bersifat latihan di lapangan ini adalah selama tiga bulan.
Maklumat Program Latihan Penyerapan Kerjaya RISDA
Isi Kandungan
- Nama Majikan: RISDA Estates SDN BHD
- Bidang Latihan: Operator Pengeluaran Ladang
- Tempoh Latihan: Tiga Bulan (satu bulan di Akademi RESB, manakala tempoh selebihnya di ladang-ladang RISDA).
Syarat-syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 sehingga 45 tahun.
- Lelaki.
- Kelulusan akademik: PMR/PT3/SPM.
- Terbuka kepada semua yang berminat dan peningkatan kerjaya.
Penempatan Latihan
- Kedah
- Perak
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Terengganu
- Johor
Faedah dan Manfaat
Dalam Tempoh Latihan
- Elaun latihan: RM1,000.00 hingga RM1,200.00 mengikut kawasan.
- Penginapan & makan minum
- Kemudahan perubatan & kesihatan
- Lain-lain kemudahan
Setelah Diserap Masuk
- Penginapan tempat tinggal
- Cuti tahunan
- Insentif – (Kehadiran, Tuaian, Produktiviti)
- Elaun – (Api & Air, Minyak Petrol)
- Kemudahan perubatan & kesihatan
- KWSP & SOCSO
- Lain-lain kemudahan
Dapatkan “Iklan Tawaran Program” di sini
Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
MUAT TURUN: Iklan-kerjaya-RISDA2021
Cara Permohonan
Individu atau pelajar lepasan sekolah yang berminat untuk menyertai program latihan ini boleh mengemukakan permohonan dengan cara menghubungi Pegawai Pusat Latihan: Ladang-ladang RISDA menerusi talian berikut:
- Encik Nabil Fikri (Tel: 013-33905 / E-mel: [email protected])
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkenaan program latihan kerjaya ini boleh dirujuk menerusi:
- RISDA Estates Sdn. Bhd.
No. 31, Jalan Sulaiman 3,
Taman Putra Sulaiman,
68000 Ampang,
Selangor. - TEL: 03-4270 4021
- FAKS: 03-4270 4844
- E-mel: [email protected]
- Laman Web: www.risdaestates.com.my
Senarai jawatan kosong yang lain:
- Jawatan Kosong PSH Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
- Jawatan Kosong Jurutera Gred J41 (Mekanikal)
- Jawatan Kosong Jurutera Gred J41 (Elektrik)
- Jawatan Kosong Jurutera Gred J41 (Awam)
- Jawatan Kosong Pegawai Belia dan Sukan Gred S41
- Jawatan Kosong Pembantu Penerangan Gred S19
- Jawatan Kosong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41
- Jawatan Kosong Pegawai Hidupan Liar Gred G41
- Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia
- Jawatan Kosong Pegawai Sains Gred C41
- Jawatan Kosong Pegawai Sains Gred C41 (Pemakanan)
- Jawatan Kosong Program Pembangunan Peneroka FELDA
- Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia Siri 65/22
- Jawatan Kosong Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia
Semoga perkongsian Program Latihan Penyerapan Kerjaya RISDA ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan pada masa ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!