Jawatan Kosong Pegawai Sains Gred C41 (Pemakanan) ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). SPA menawarkan sebanyak 16 kekosongan dan 50 simpanan bagi pengambilan kali ini. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 31 Ogos 2021 (Selasa), jam 11:59 malam.
Individu yang dilantik ke jawatan Pegawai Sains Gred C41 (Pemakanan) ini akan ditempatkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Sehubungan itu, pihak SPA sedang mencari individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut bagi menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:
- Keterampilan yang baik.
- Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan.
- Bakat kepimpinan.
- Ciri-ciri jati diri yang cemerlang.
- Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.
Jadual Gaji Pegawai Sains Gred C41
Isi Kandungan
Gaji Minimum | RM 2,317.00 |
Gaji Maksimum | RM 9,620.00 |
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan | RM 225.00 |
Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Kelayakan Akademik
- ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00)
Kelayakan Bahasa Melayu
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Keperluan Bidang (Ditetapkan oleh Jabatan)
- Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
- Sains (Sains Makanan)
- Sains Kesihatan (Pemakanan)
- Sains Makanan dan Pemakanan
- Sains Pemakanan
- Nutrition
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Juruterapi Pergigian dan Juruteknologi Pergigian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Sains Gred C41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan akademik seperti yang dinyatakan pada syarat lantikan
Had Umur Pelantikan
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini
Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download: IKLAN-SPA9_PG-KKM-PegawaiSainsGredC41_(Pemakanan)
Cara Permohonan
- Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut: Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9)
- Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.
- Calon perlu memastikan pusat temu duga juga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan.
- Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja yang akan diproses.
Senarai jawatan kosong yang lain:
- Jawatan Kosong MySTEP Hospital Tunku Azizah
- Jawatan Kosong MySTEP Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
- Jawatan Kosong MARDI
- Jawatan Kosong Pegawai Veterinar Gred GV41
- Jawatan Kosong Program Pembangunan Peneroka FELDA
- Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia Siri 65/22
- Jawatan Kosong Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pegawai Sains Gred C41 (Pemakanan) ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!