Jawatan Kosong Jurutera Gred J41 (Mekanikal) ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). SPA menawarkan sebanyak 14 kekosongan dan 20 simpanan bagi pengambilan kali ini. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 7 September 2021 (Selasa), jam 11:59 malam.
Individu yang dilantik ke jawatan Jurutera Gred J41 (Mekanikal) ini akan ditempatkan di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia. Sehubungan itu, pihak SPA sedang mencari individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut bagi menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:
- Keterampilan yang baik.
- Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan.
- Bakat kepimpinan.
- Ciri-ciri jati diri yang cemerlang.
- Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.
Jadual Gaji Jurutera Gred J41
Isi Kandungan
Gaji Minimum | RM 2,529.00 |
Gaji Maksimum | RM 9,643.00 |
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan | RM 225.00 |
Keperluan Bidang (Ditetapkan oleh Jabatan)
- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
- Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)
- Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
- Kejuruteraan Mekanikal (Pemesinan)
- Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautika)
- Kejuruteraan Mekanikal (Design & Innovation)
- Kejuruteraan Mekanikal (Penyaman Udara & Penyejukan)
- Kejuruteraan Mekanikal (Struktur dan Bahan)
- Kejuruteraan Mekanikal (Thermal Bendalir)
- Kejuruteraan Mekanikal, Elektronik & Elektrik
- Kejuruteraan Mekanikal (Automasi)
- Kejuruteraan Mekanikal (Loji)
- Kejuruteraan Mekanikal (Automatif & Diesel)
- Kejuruteraan Mekanik, atau
- Kejuruteraan (Mekanik)
Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Kelayakan Akademik
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia.
Kelayakan Bahasa Melayu
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jurutera adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan akademik seperti yang dinyatakan di atas; dan
- lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Jurutera Malaysia/Institut Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Had Umur Pelantikan
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini
Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
MUAT TURUN: IKLAN-SPA9_PG-KKRM-JuruteraGredJ41_(Mekanikal)
Cara Permohonan
- Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut: Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9)
- Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.
- Calon perlu memastikan pusat temu duga juga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan.
- Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja yang akan diproses.
Senarai jawatan kosong yang lain:
- Jawatan Kosong Jurutera Gred J41 (Elektrik)
- Jawatan Kosong Jurutera Gred J41 (Awam)
- Jawatan Kosong Pegawai Belia dan Sukan Gred S41
- Jawatan Kosong Pembantu Penerangan Gred S19
- Jawatan Kosong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41
- Jawatan Kosong Pegawai Hidupan Liar Gred G41
- Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia
- Jawatan Kosong Pegawai Sains Gred C41
- Jawatan Kosong Pegawai Sains Gred C41 (Pemakanan)
- Jawatan Kosong Program Pembangunan Peneroka FELDA
- Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia Siri 65/22
- Jawatan Kosong Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Jurutera Gred J41 (Mekanikal) ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!