Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Senarai Bantuan Raya 2022 | Bantuan Persiapan Raya Kepada Mereka Yang Layak

Bantuan Raya 2022
Bantuan Raya 2022

Senarai Bantuan Raya 2022 | Bantuan Persiapan Raya Kepada Mereka Yang Layak. Hari raya tidak lama lagi akan tiba. Ramai orang sedang membuat persiapan raya. Oleh itu, terdapat bantuan daripada kerajaan untuk membantu golongan yang tidak mampu untuk menerima bantuan raya. Keprihatinan kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri-negeri menunjukkan kecaknaan kerajaan terhadap rakyat Malaysia.

Terdapat banyak bantuan raya yang anda boleh membuat permohonan. Permohonan bantuan raya adalah penting untuk memastikan raya anda diraikan dengan baik.

Senarai Bantuan Raya 2022 | Bantuan Persiapan Raya Kepada Mereka Yang Layak

1. Skim Bantuan Hari Raya MAIK

Khas untuk rakyat Kelantan, bantuan hari raya ini diberikan secara “one-off” bagi menampung perbelanjaan dan keperluan menyambut Aidilfitri bersama keluarga. Kadar bantuan ialah minimum RM300.00 dan maksimum RM3,000.00. Bantuan akan diberikan berdasarkan mesyuarat pihak MAIK serta AJK-AJK yang terlibat.

Berikut merupakan syarat permohonan Bantuan Raya 2022:

  1. Seorang yang beragama Islam
  2. Orang Kelantan yang menetap di Kelantan.
  3. Bagi bukan warganegara negeri Kelantan, pemohon diwajibkan menetap di negeri Kelantan, dan tidak mendapat bantuan daripada pusat zakat negeri kelahiran/asal.
  4. Mematuhi peraturan penentuan asnaf fakir dan miskin.

Semak BANTUAN RAYA MAIK untuk senarai dokumen dan kaedah permohonan.

2. Skim Bantuan Hari Raya MAIAMP

Untuk makluman, bantuan hari raya ini adalah sebahagian daripada Program Pembangunan Sosial anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk).Dibawah MAIAMP, terdapat banyak bantuan yang disediakan kepada anak negeri. Bantuan hari raya  merupakan antara inisiatif MAIPk.

Berikut adalah syarat-syarat bagi yang ingin memohon:

  1. Islam.
  2. Malaysia.
  3. Seorang bermastautin di Negeri Perak.
  4. Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).
  5. Milik Asnaf Fakir / Miskin / Muallaf
  6. Tidak dapat bantuan hari raya daripada mana-mana pihak/agensi.

Jika sebelum ini anda daripada penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIPk, anda tidak perlu mengisi borang lagi. Anda boleh isi Borang Mohon Bantuan Raya MAIPk untuk membuat permohonan.

3. Bantuan Hari Raya Aidilfitri MAIWP Wilayah Persekutuan

Khas untuk rakyat wilayah persekutuan yang terdiri dari Kuala Lumpur ,Putrajaya dan Labuan. Terdapat bantuan hari raya yang boleh dimohon. Bantuan diberikan kepada penerima bantuan kewangan bulanan bagi membantu asnaf membuat persiapan hari raya.

Syarat Pemohon Bantuan Raya 2022

  1. Seorang yang beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  4. Tertakluk kepada kiraan Had al-Kifayah.

Anda boleh klik Mohon Bantuan Raya MAIWP untuk mengetahui syarat-syarat dan membuat permohonan.

4. Bantuan Tahunan Hari Raya Aidilfitri MUIP

Melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Pahang (MUIP), Terdapat bantuan yang disalurkan kepada rakyat Pahang yang memerlukan. Bantuan tahunan hari raya merupakan cabang daripada skim bantuan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Pahang (MUIP).Penerima bantuan adalah kepada mereka yang layak dan dicalonkan oleh amil fitrah kawasan kariah sahaja.Kepada rakyat Pahang yang ingin memohon bantuan, anda perlulah merujuk pegawai-pegawai amil yang disenaraikan seperti  DI SINI.

5. Skim Bantuan Raya 2022 Majlis Agama Islam Johor (MAINJ)

Terdapat Bantuan Hari Raya khas untuk golongan yang memerlukan dan asnaf di Johor. Dibawah Majlis Agama Islam Johor (MAINJ), terdapat penyediaan bantuan yang akan membantu mereka dalam membuat persiapan raya.

Berikut adalah syarat-syarat pemohonan bantuan hari raya:

  1. Pemohon mestilah merupakan anak jati Johor yang telah menetap tidak kurang daripada tiga (3) tahun berturut-turut di Negeri Johor dan membayar zakat (fitrah dan harta) di Negeri Johor.
  2. Tidak dapat bantuan /sumbangan /pinjaman daripada mana-mana pihak

Anda boleh Mohon Bantuan Raya MAINJ untuk membuat dan mendapatkan bantuan daripada MAINJ.

6. Saguhati Hari Raya, Lembaga Zakat Selangor

Melalui Lembaga Zakat Selangor, Syarat utama bagi mereka yang ingin memohon bantuan saguhati mestilah tergolong dalam kategori ini:

1. Asnaf fakir

Orang Islam yang tidak mempunyai harta atau pendapatan, atau mempunyai harta atau pendapatan tetapi kurang daripada 50 peratus daripada had kifayah dan tanggungan peribadi.

2. Asnaf miskin

Orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya mampu menampung lebih 50 peratus keperluan dan tanggungannya, tetapi tidak cukup had kifayah.

3. Asnaf muallaf

Seseorang yang baru memeluk Islam.

Untuk mengetahui syarat-syarat  yang ditetapkan, Anda boleh KLIK DI SINI untuk panduan dan borang permohonan.

Bantuan Raya 2022 Keperluan Rakyat Malaysia

Hari raya tidak lama lagi akan berkunjung tiba, bantuan-bantuan rayat mula diagihkan. Kerajaan Malaysia dan kerajaan Negeri sentiasa komited dalam membantu rakyat-rakyat yang memerlukan.

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati