Adakah Pakatan Harapan Bakal Menerajui Putrajaya semula? Pada PRU lepas kita telah melihat gelombang anak muda yang memilih PH untuk menjadi kerajaan.
Selama 22 bulan memerintah Malaysia Pakatan Harapan akhirnya hilang majoriti akibat hilang sokongan daripada parti-parti komponennya.
Pakatan Harapan Masih Relevan?
Namun setakat keputusan yang tidak rasmi pada jam 8.30 malam kita melihat PH mendapat undian paling terbanyak iaitu sebanyak 54 kerusi, kemudian Perikatan Nasional 35 kerusi, kemudian diikuti BN sebanyak 17 kerusi sahaja. Manakala Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendaat 22 kerusi, Gabungan Rakrat Sabah 2 dan Warisan 1 kerusi.
Jika dilihat pada keputusan semasa, PH kelihatan masih menang dihati rakyat walaupun dikatakan sudah tidak relevan kerana terpalit dengan beberapa isu yang hangat baru-baru ini. Akan tetapi sebagaimana yang kta dapat saksikan keputusan yang tidak rasmi PH setakat ini mendominasi parti-parti lain.
Anwar Ibrahim PM-10?
Nampaknya, kebangkitan kembali rakyat Malaysia memilih PH adalah berkemungkinan kerana ingin menjadikan Anwar Ibrahim sebagai PM ke-10.
Anwar Ibrahim adalah seorang yang dahulunya sangat terkenal dengan reformasi. Idea reformasinya yang ingin memulihkan Malaysia daripada rasuah dan kesalahan integriti daripada kepimpinan yang menerajui Negara pada waktu itu.
Kelihatan aura reformasi beliau masih lagi diterima baik oleh kebanyakan rakyat Malaysia yang sudah lama menunggu detik beliau dilantik menjadi PM.